Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan
wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang
memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda
senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis
mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?
Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan
sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu
rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit
baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.
Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih
lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah
habis beribu-ribu pun, janji saya puas.

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti &
doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi
bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau
kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa
tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid,
sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau ada
lebihan baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan
anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil
sikap sambil lewa dalam urusan ini.
Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda
melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit,
dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda
tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam
kocek semula. Itu adalah lebih baik.



www.lelakiperkasa.com

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"uiis4023" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/uiis4023
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke