*Hari ni aku terjumpa dengan Jalil, kawan lama aku masa sekolah menengah.
Aku pun tanya dia...
<http://lelakiperkasa.com/>
*"Apa project ko sekarang? Ko kerja dengan syarikat printing hari tu lagi
ke?"
"Dah lama berenti... ada la 5-6 bulan dah... aku buat bisnes skang ni" *Jawab
jalil.*
"Laaa... awat berentinya, apa kilang printing ko tu nak bangkrap ke?" *Tanya
aku.*
"Aku ada bisnes skang ni, bela lintah" *Jawab jalil melirik*.
"What? Apsal kampung sangat ko ni? dulu masa sekolah bukan main lagi ko
smart-smart kat sekolah... last-last bela lintah" *aku mengejek.*
"Hehehehehe... ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi, 3.50 sekor
sekarang ni... kolam aku je dah ada 2000 ekor lebih..."

Lalu jalil meninggalkan aku...



*Aku duduk di kerusi depan rumah aku... aku memandang sekeliling, kiri dan
kanan. Ada sebuah lori berhenti di depan timbunan sampah tak jauh dari rumah
aku. Lori sampah barangkali, tapi tak semua sampah diambilnya, hanya
sampah-sampah kering berupa kertas dimasukkan ke dalam lori.

Aku buat-buat tanya... <http://lelakiperkasa.com/>*
"Bang, recycle kertas ke bang?"
"ha ah...kenapa? kat rumah banyak paper lama?" *tanya drebar lori tu.*
"ada...ada... tak banyak la... nak ambik la"

*Setelah diangkut ke dalam lori, drebar lori tu menghulurkan RM2 sebagai
bayaran paper lama aku tu.*
<http://lelakiperkasa.com/>
"eh tak payah la... abang lebih memerlukan duit tu, tak payah bayar la" *kata
aku kononnya simpati.*
"ye ker? tak menyesal? paper naik harga sekarang ni...." *kata drebar lori
tu.*
"tak pe... cuma saya nak tau... kalau penuh satu lori, berapa agaknya abang
dapat?"* tanya aku.*
"300-400 jugak la..." *jawab pemandu lori dan terus blah dengan lorinya
sambil mengucapkan terima kasih.*


Aku duduk kembali di kerusi aku tu, dan aku teringat kembali kata-kata
jalil...
"ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi"
Jual sampah pun boleh dapat 300-400 sehari....



Aku berjalan-jalan di kaki lima rumah kedai area rumah aku. Ternampak la
pulak orang jual goreng pisang tepi jalan.

"kasik 2 ringgit" aku beli pisang goreng tu.
"Baik pak... terima kasih ya pak" kata peniaga tu.

Orang seberang rupanya.... kemudian peniaga tu ingin mengambil sesuatu dari
keretanya... KERETA WAJA.....

"hmmm... pakai waja... kira hebatla jugak.... aku pun pakai iswara je..."
fikir aku...




banyak lagi benda yang aku boleh nampak sekeliling yang amat sesuai dengan
ayat "ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi".... walaupun takdelah
membawa hasil sehingga jadi jutawan, tetapi takde la hidup susah sangat....
kaum yang lagi satu tu jangan ditanya... diorang memang dah hebat dari
segala segi.. takde subsidi kerajaan mahupun bantuan.. mereka bleh hidup
walaupun tak berpelajaran...

tu kadang-kadang aku terfikir... kenapa kita selalu merungut sana-sini....
ini tak cukup, sana tak cukup... apakah gaya hidup kita yang salah atau
mentaliti kita masih kekampungan atau tak ingin berubah? Memang ini negara
kita... negara melayu... tapi kenapa bangsa lain hidup senang lenang di
negara kita walaupun takde bantuan kerajaan atau apa-apa keistimewaan?

Kalau kita duduk di eropah bagaimana plak? hmmmm.... ingatlah ayat ni..
"ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi"


So... aku sendiri pun masih malas dan tanak berusaha... asyik mengharap
sesuatu yang ajaib berlaku dalam hidup ni... takpe la kalau sekarang ni
masih kaum aku yang memerintah... kalau satu hari nanti PM aku hidungnya
mancung, matanya biru rambutnya perang, agaknya apa la nasib generasi aku
akan datang.... bersyukurlah... ini MALAYSIA.... kalau rajin semua jadi....

THANK YOU....
*www.lelakiperkasa.com* <http://www.lelakiperkasa.com/>

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"uiis4023" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/uiis4023
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke