http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_11.htm

Rakyat Malaysia tidak agresif boikot produk AS, Israel?
Oleh ZULKIFLI JALIL
[email protected]

DI tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur berhampiran Kuala Lumpur
City Centre semalam, Setiausaha Gabungan Badan NGO Malaysia, Mohd. Jurit
Ramli hanya sekadar mampu menggelengkan kepalanya.

Di kafe-kafe makanan Barat berjenama Amerika dan Israel tetap sesak
dikunjungi. Di dua restoran ayam goreng terkenal, pemandangannya juga sama.
Nampaknya, kempen memboikot sama ada produk Israel atau Amerika sejak empat
hari ini sebagai tindak balas kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk
Palestin, tidak berhasil.

''Lebih menyedihkan lagi, menerusi pemantauan anggota-anggota kami dalam
kempen boikot produk Israel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor
Bahru ini, turut sama kelihatan di restoran dan kafe ini adalah kelibat
pelancong Arab.

''Rakyat kita tidak kisah nasib rakyat Palestin, memanjang penuh
restoran-restoran itu," keluh Mohd. Jurit, 38, yang melepaskan perasaannya
dalam kunjungannya ke pejabat cawangan Utusan Malaysia di Putrajaya,
baru-baru ini.

Mohd. Jurit, yang mengendalikan badan yang menaungi 150 NGO dengan
keanggotaan 50,000 orang itu membawa penulis kepada pengalamannya sewaktu
bertugas menyertai misi pengaman Malbatt 3 di Bosnia pada 1995/1996.

''Dalam kancah peperangan Serb-Bosnia ini, manusia hidup melarat, anak-anak
menjadi yatim piatu sekelip mata berceleparan di jalanan. Saya dapat
menyelami sendiri penderitaan penduduk Palestin kerana semasa bertugas di
Bosnia, banyak pengalaman melihat mangsa perang melekat di kepala sampai ke
hari ini.

''Acap kali penduduk Bosnia ini akan singgah di kem kami untuk
bertukar-tukar barang atau dalam bahasa sana dipanggil 'poklon'. Kami tukar
barang-barang perhiasan atau gambar dinding mereka dengan beberapa buku roti
dan makanan," kata bekas koperal itu.

Paling menyayat hati beliau adalah apabila menemui banyak anak kecil di
taman perumahan dekat Konjic dan Kosovo yang menangis kelaparan di sisi
mayat ibu bapa dan anggota keluarga dewasa sambil tembakan terpapar di dada
dan kepala.

''Kami yang pernah bertugas di negara-negara yang dilanda konflik peperangan
ini menyelami dan faham erti penderitaan penduduk Palestin ketika ini. Tapi
apabila berada di tengah-tengah Kuala Lumpur semalam, hati saya macam
disiat-siat kerana kempen boikot produk Israel dan Amerika ini memang tiada
kesan, terpaksalah kena fikir cara lain," katanya.

Ketika melihat situasi ambil mudah sebilangan warga kota terhadap kempen
boikot produk itu, Mohd. Jurit mengandaikan mereka seolah-olah sudah
'diprogramkan' untuk tidak berasa apa-apa kesengsaraan penduduk Palestin.
Kerana itu, apabila gabungan NGO beliau mengadakan demonstrasi menggesa
kerajaan jangan melayan desakan pihak tertentu supaya Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) dihapuskan, Mohd. Jurit pada masa sama meminta rakyat Malaysia
memikirkan risiko yang bakal dihadapi jika ISA ditiadakan.

''ISA ini perlu untuk menjamin ketenteraman awam dan negara keseluruhannya.
Bagi pihak yang mendesak supaya ISA dihapuskan, saya cabar mereka jangan
asyik gesa tu, desak ni dalam 'aircond', salinlah pakaian mereka dengan baju
tentera, kemudian ke medan perang jika suatu hari nanti ketenteraman negara
tidak terjaga tanpa satu akta pencegahan seperti ISA," katanya.

Mohd. Jurit dan ahli-ahli NGO beliau tetap mengetepikan ayam goreng dalam
menu anak-anak atau singgah di kafe yang menjadikan eskekutif muda 'pejabat
kedua' menghirup kopi petang mereka.

Walaupun antara alasan popular diterima 'kalau aku seorang sahaja yang
boikot, tak menjadi juga', Mohd. Jurit masih bertekad meneruskan pemantauan
itu.

---

hantar 10,000 iklan dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438 ***myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"uiis4023" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/uiis4023
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke