Baraya,
punten ngahaja teu disundakeun. hiji artikel anu ceuk kalangan aktipis buruh mah tendensius!
 
Mangga:
 
Baktos,
tantan
 
Watak pembantu rumah
>
> Oleh Nazarudin Zainun dan Soijah Likin
> (Utusan Malaysia, selasa 1 Jun 2004)
>
> Walaupun sebelum ini telah terjadi kes-kes penderaan
> terhadap pembantu rumah tetapi ia tidak separah yang
> dialami Nirmala Bonat. Kes Nirmala mungkin akan reda
> dengan sendirinya setelah hukuman dijatuhkan ke atas
> tertuduh. Tetapi senario ini akan terus berulang tanpa
> penyelesaian yang tepat. Tindakan paling tegas yang akan
> diambil ialah menambah lagi syarat-syarat pengambilan
> pembantu rumah yang akan dibebankan kepada majikan.
>
> Apakah faktor-faktor sebenar yang menyebabkan terjadinya
> penderaan pembantu rumah? Kenapa ada majikan yang mendera
> pembantunya? Daripada pengamatan didapati jawapan yang
> paling jelas dan mudah diberikan oleh majikan ialah mutu
> kerja pembantu tidak seperti yang diharapkan.
>
> Majikan mengeluarkan belanja yang besar sehingga mencecah
> RM5,000 untuk proses mendapatkan pembantu. Mereka juga
> dibayar gaji setiap bulan. Keadaan ini menyebabkan harapan
> majikan terhadap mutu perkhidmatan pembantu sangat tinggi.
> Apabila pembantu gagal memberikan perkhidmatan yang
> diharapkan maka terjadilah kekecewaan. Tidak semua majikan
> boleh menerima kekecewaan ini dengan sabar dan lapang
> dada. Terdapat majikan yang kurang sabar dan kadangkala
> tidak berfikir dengan waras maka terjadilah penderaan.
>
> Punca penderaan ini harus diselesaikan jika kita tidak
> mahu penderaan terjadi lagi.
> Tindakan untuk mengenakan pelbagai syarat ke atas majikan
> bukanlah jalan penyelesaian malahan akan menekan majikan.
> Majikan dituntut mematuhi peraturan yang ditetapkan,
> tetapi bagaimana jika pembantu rumah tidak bekerja sesuai
> dengan peraturan dan perjanjian? Apakah pembantu rumah
> patut memahami majikan atau majikan yang sepatutnya
> memahami mereka?
>
> Dewasa ini agensi pekerjaan didapati berlumba-lumba
> membawa masuk pembantu rumah Indonesia tetapi mereka
> kurang faham kesesuaian watak suatu suku bangsa dengan
> bidang pekerjaan yang serasi. Asalkan ada orang Indonesia
> yang mahu bekerja sebagai pembantu rumah, mereka akan
> terus diambil tanpa meneliti adakah pekerjaan itu sesuai
> ataupun tidak dengan calon pembantu rumah tersebut?
> Indonesia terdiri daripada pelbagai suku bangsa (malahan
> ada yang menyatakan lebih daripada 300 suku bangsa).
> Setiap suku bangsa mempunyai watak yang tersendiri. Orang
> Jawa misalnya berperwatakan lembut dan lambat, orang Sunda
> - periang dan penggoda, orang Batak - kasar, orang Padang
> - licik. Terbentuknya watak-watak tersebut disebabkan
> kepercayaan, persekitaran (lingkungan), sejarah, pola
> makanan, bentuk muka bumi dan sebagainya.
>
> Watak-watak tersebut membentuk watak masyarakat dari
> masyarakat tersebut, dan proses pembentukannya
> diterjemahkan melalui pola pengasuhan orang tua terhadap
> anaknya. Anak-anak yang telah diasuh dan bertindak menurut
> pola tingkah laku yang diasuh ini tentunya akan memberi
> reaksi terhadap sesuatu keadaan yang bukan lumrah bagi
> budaya mereka.
>
> Sesuatu yang baik bagi rakyat Malaysia belum tentu baik
> bagi mereka, begitu juga sebaliknya.Hakikatnya pembantu
> rumah Indonesia di Malaysia, mendapat layanan jauh lebih
> baik berbanding pembantu rumah Indonesia yang menjadi
> pembantu di negara mereka sendiri. Pembantu rumah di
> Malaysia makan apa yang kita makan, tidur di bilik yang
> selesa, cuci baju menggunakan mesin basuh, memasak dengan
> dapur gas/elektrik, gosok baju untuk pakaian kerja,
> sekolah dan pakaian bersiar-siar. Pergi ke mana-mana,
> pembantu pasti dibawa bersama. Menonton TV duduk di sofa.
> Malahan majikan boleh makan semeja dengan pembantu rumah.
>
> Adakah layanan seperti ini akan dinikmati jika pembantu
> rumah bekerja di negara sendiri. Sedangkan hakikatnya
> pembantu rumah di Indonesia; makan tidak menentu.
> Seringkali juga lauk untuk pembantu tidak sama dengan yang
> dinikmati oleh majikan. Selagi kerja belum siap, jangan
> harap dapat berehat, cuci baju dengan tangan, masak
> menggunakan dapur minyak tanah, kalau yang kaya boleh
> mengguna dapur gas. Semasa menonton TV, majikan duduk di
> kerusi (sofa), pembantu duduk di bawah. Kalau majikan
> makan, pembantu berdiri di tepi meja, menunggu arahan.
> Jika melihat kelibat kereta majikan, mereka akan
> cepat-cepat berlari membuka pintu pagar.
>
> Kalau majikan panggil, menjawab dengan sopan, `ya pak, ya
> bu, ya nyonya, ya tuan, ya meener'. Kalau lalu di depan
> majikan, tunduk hormat. Semakin kaya majikannya maka
> semakin membongkok tanda hormatnya dan semakin pelan bila
> bercakap dengan majikan. Kalau majikan mahu keluar, mereka
> akan mengambil kasut letak di depan majikan. Layanan yang
> sama diberikan untuk anak-anak dan saudara mara majikan.
> Menjaga anak majikan, seekor nyamuk pun tidak boleh
> menggigit, apalagi menangis pun susah didengar. Anak kecil
> majikan sentiasa didukung dalam kain batik lepas.
>
> Pendek kata, memang perkhidmatan kelas pertama yang
> diberikan walaupun gajinya kecil Rp50 ribu - Rp100 ribu
> (RM20-RM45) sebulan, kerjanya tidak tertanggung oleh badan
> mereka. Percaya atau tidak itulah hakikat pembantu rumah
> di negara mereka sendiri yang boleh dibaca dalam banyak
> buku atau artikel.
> Persoalannya, mengapa mereka begitu patuh walaupun
> diperlakukan sedemikian rupa? Sedangkan bila bekerja di
> Malaysia dilayan sebaik mungkin tapi perkhidmatan yang
> diberikan begitu mengecewakan. Mungkin jika mereka bekerja
> sebaik di negara mereka, barangkali majikan tidak lokek
> untuk membayar lebih.
>
> Kenapa wujudnya watak yang berbeza bagi jawatan yang sama
> di dua tempat yang berbeza. Banyak jawapan boleh
> diberikan. Satu hal yang barangkali majikan di Malaysia
> terlepas pandang ialah disebabkan majikan di Indonesia
> memahami watak dan sikap suku bangsa yang boleh bekerja
> sebagai pembantu rumah.
> Setiap suku bangsa mempunyai perwatakannya sendiri.
> Majikan Indonesia hanya mengambil suku bangsa Jawa (orang
> Jawa) dan suku bangsa Sunda (orang Sunda) untuk bekerja
> sebagai pembantu rumah kerana mereka mempunyai watak dan
> sikap yang sesuai untuk pekerjaan tersebut.
>
> Orang Jawa merupakan pekerja yang taat kepada majikan,
> tidak melawan, jika marah dan tidak puas hati hanya
> diam/senyum. Hal ini terjadi kerana orang Jawa begitu kuat
> terikat dengan tradisi dan adab sopan feudalistik.
>
> Orang Jawa adalah suku bangsa yang sangat kuat berpegang
> pada adat dan tradisi. Adat dan tradisi ini adalah panduan
> dan pegangan dalam segala aspek kehidupan orang Jawa. Hal
> ini tercermin dalam budaya dan bahasa Jawa.
> Satu pekara lagi yang menyebabkan orang Jawa begitu taat
> dengan majikan ialah soal kebaktian. Ia adalah salah satu
> daripada ajaran yang terdapat dalam kitab Wulangreh
> (ditulis oleh raja Jawa untuk panduan putera-puteranya).
>
> Menurut ajaran kitab Wulangreh kebaktian itu diwajibkan
> kerana jalaran (penyebab). Misalnya, kebaktian kepada
> orang tua kerana mereka merupakan jalaran keberadaan anak.
> Kebaktian kepada majikan kerana mereka merupakan jalaran
> mendapat kerja dan wang.
>
> Malahan diajarkan juga tentang tiga pantang umum iaitu
> jangan sombong diri, jangan selalu mencela (menganggap
> sesuatu kurang baik atau tidak betul), melakukan pekerjaan
> tanpa rungutan.
>
> Orang Sunda juga mempunyai adat tradisi yang hampir sama
> dengan orang Jawa, seperti adat tradisi berbahasa. Adat
> tradisi berbahasa ditentukan oleh usia, status sosial dan
> status ekonomi.
>
> Orang Sunda memang kurang terdapat di Malaysia kerana
> mereka lebih suka menjadi pembantu di Arab Saudi dengan
> hasrat boleh menunaikan haji. Orang yang berjaya
> menunaikan haji mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
> masyarakat Sunda yang majoritinya beragama Islam.
>
> Sumatera Barat (Padang - Minangkabau) dan Sumatera Utara
> (Medan - Batak), Sumatera Timur (Acheh) adalah suku bangsa
> yang tidak sesuai untuk bekerja sebagai pembantu rumah
> disebabkan kekuasaan wanita. Mereka lebih suka bekerja
> sebagai peniaga atau di restoran sahaja. Wanita Acheh
> mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesebuah keluarga.
>
> Kekuasaan wanita juga dapat dilihat dalam masyarakat
> Minangkabau.
> Walaupun wanita Batak tidak mempunyai kekuasaan yang
> tinggi seperti Acheh dan Minangkabau tetapi sikap orang
> Batak agak kasar dan kurang bersopan santun. Malahan orang
> Batak juga sukar diatur dan barangkali sesuai bekerja di
> tempat yang agak lasak.
>
> Di Indonesia kita akan melihat sesuatu pekerjaan
> berdasarkan suku bangsa contohnya orang Jawa dan Sunda
> sebagai pembantu rumah, orang Padang berdagang (berniaga)
> sesuai kerana wataknya yang licik. Orang Batak pemandu bas
> mini, pengawal di pusat-pusat hiburan, penagih hutang
> kerana dikatakan bersesuaian dengan wataknya yang kasar.
> Orang Nusa Tenggara Timur, Lombok dan sekitarnya sesuai di
> sektor perladangan dan pembinaan.
>
> Demikianlah antara watak sebahagian daripada orang yang
> sering dianggap serumpun dengan kita. Mempelajari hal-hal
> yang kelihatannya remeh tapi perlu akan membantu untuk
> menempatkan orang yang tepat di tempatnya.
>
> Di pihak majikan pula hendaklah memahami dan mempelajari
> serta mengenali siapa sebenarnya yang dikatakan pembantu
> rumah Indonesia.
>
> Perkara utama yang majikan harus tahu tentang pembantu
> rumah Indonesia ialah tahap pendidikannya rendah, berasal
> dari kampung yang mundur dan miskin. Tahap pendidikan yang
> rendah menyebabkan mereka tidak dapat memahami sesuatu
> arahan dengan tepat dan cepat.
>
> Tambahan pula pembantu rumah yang datang dari desa juga
> kurang fasih berbahasa Indonesia. Kebanyakan mereka
> menggunakan bahasa daerah sebagai bahasa utama.
> Untuk memahami bahasa ibunda mereka saja susah apatah lagi
> memahami bahasa orang lain. Keadaan ini menyebabkan lain
> yang disuruh lain yang dibuat. Bila kesalahan dibuat
> berulang-ulang sedangkan majikan telah menjelaskannya,
> maka kemungkinan besar ini merupakan petanda pembantu
> tidak faham bahasa yang digunakan majikan.
>
> - Dr. Nazarudin Zainun ialah pensyarah Sejarah Asia
> Tenggara (Indonesia), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
> Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
> - Soijah Likin ialah ahli antropologi bebas dan pengamat
> sosial masalah pekerja wanita Indonesia di Malaysia.
>
____________________________________________________
  IncrediMail - Email has finally evolved - Click Here


Komunitas UrangSunda --> http://www.UrangSunda.or.id



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke