tadi peuting beja ti tv3 malaya, cenah korban akibat
pangaruh gempa aceh aya kana 1000-na anu jadi korban.
ari ka lembur naha nepi kitu eta gempa teh. ninggal
dina petana mah, radiusna di sekitar pulo sumatra.

tah ieu salah sahiji berita ti koran utusan malaya.

salam,
mh

=========
11,000 terkorban -- 43 rakyat Malaysia turut terbunuh
akibat ombak besar `tsunami'

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Lebih 11,000 orang terkorban
termasuk 43 di Malaysia dilanda ombak besar akibat
gempa bumi di utara Sumatera hari ini yang paling
dahsyat di dunia dalam tempoh 40 tahun.

Dua negeri paling teruk terjejas ialah Pulau Pinang
dan Kedah. Sebanyak 32 daripada 43 mangsa terkorban di
negara ini adalah di Pulau Pinang, sembilan di Kedah
dan dua lagi di Perak.

Malapetaka ombak besar yang dikenali sebagai 'tsunami'
yang terbentuk daripada gempa berukuran 8.9 pada skala
Richter tersebut turut mengakibatkan beribu-ribu lagi
hilang dan dikhuatiri terbunuh di kawasan pantai barat
Asia serta kemusnahan teruk di bandar serta pulau
peranginan di Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India,
Myanmar serta di Sumatera sendiri.

Ombak besar setinggi hingga 6 meter menerjah pesisiran
pantai negara-negara terlibat juga, yang mendatangkan
malapetaka, merupakan yang kelima terbesar sejak tahun
1900.

Di Malaysia, keadaan turut menjadi panik kira-kira
pukul 9 pagi ini apabila bangunan-bangunan tinggi di
beberapa negeri serta di ibu negara turut bergegar,
kesan daripada gempa tersebut, menyebabkan orang ramai
bergegas menyelamatkan diri sebagai langkah
berjaga-jaga.

Para pesakit terpaksa dipindahkan keluar bangunan
hospital di beberapa negeri sebagai langkah
berjaga-jaga.

Kebanyakan mangsa di Pulau Pinang sedang berkelah dan
memancing di tepi pantai di Batu Ferringhi dan di
Balik Pulau, ketika ombak itu melanda kira-kira pukul
1.30 tengah hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang
kini berada di luar negara telah mengarahkan supaya
langkah segera diambil untuk mempermudahkan apa juga
bantuan yang perlu dikeluarkan untuk membantu mangsa
tragedi itu.

Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pula
mengarahkan penduduk di kawasan pantai yang berisiko
di Pulau Pinang dan Kedah segera dipindahkan kerana
dikhuatiri `tsunami' berulang lagi.

Enam orang termasuk budak perempuan berusia 15 tahun
masih hilang di Kedah manakala empat mangsa dilaporkan
masih hilang dan 141 cedera di Pulau Pinang.

Di Kedah, lapan terbunuh di daerah Kuala Muda dan satu
lagi mangsa di Langkawi.

Antara yang terbunuh di Kuala Muda ialah bayi lelaki
berusia tujuh bulan, selepas ombak besar melanda
sembilan kampung dan memusnahkan 1,000 rumah di
kawasan itu.

Pulau peranginan Langkawi turut terjejas dengan
seorang wanita yang lumpuh berusia 80 tahun lemas
dihanyut air manakala tiga pelancong Australia cedera.

Di Perak, dua lelaki terkorban manakala seorang lagi
hilang apabila sampan dan bot yang mereka naiki karam
dipukul ombak besar dalam kejadian berasingan petang
ini.

Di Perlis, lebih 70 buah bot nelayan rosak dan
kebanyakannya tenggelam dalam kejadian itu terutama di
Kuala Sungai Baru.

Kawasan lain yang terlibat ialah Kuala Sanglang,
Sungai Padang dan Kurong Tengar.

Beberapa bangunan di pinggir muara sungai turut roboh.

Sementara itu di Klang, seorang lelaki yang sedang
memancing ikan bersama tiga rakannya di Pantai Sungai
Burung hilang selepas terpelanting ke laut akibat
pukulan ombak besar itu.

Di India dan Sri Lanka iaitu dua negara yang paling
teruk, sekurang-kurangnya 6,500 kematian dilaporkan
dan memaksa kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan darurat
di negara itu.

Bencana alam tersebut meragut sekurang-kurangnya 4,500
nyawa apabila kawasan pantai timur dan selatan Sri
Lanka dilanda ombak besar dan banjir kilat.

Sementara itu di India, sekurang-kurangnya 2,000
mangsa terkorban selepas kawasan pantai di selatan
negara itu turut dilanda ombak besar, kata Menteri
Dalam Negeri, Shivraj Patil.

``Kira-kira 200 mangsa terbunuh di negeri Andhra
Pradesh sementara di Tamil Nadu, sekitar 800 kematian
dilaporkan,'' kata Patil.

Bencana itu turut melanda negeri Kerala selain kawasan
di kepulauan Andaman dan Nicobar, di Teluk Benggala.

``Kita telah mengarahkan penghantaran segera
pesawat-pesawat yang membawa bantuan kecemasan seperti
ubat-ubatan, makanan serta selimut untuk mangsa-mangsa
di kawasan yang dilanda banjir kilat tersebut,'' kata
beliau.

Di Thailand, sekurang-kurangnya 310 mangsa terkorban
dan lebih 2,000 cedera apabila enam buah wilayah di
selatan negara itu dilanda ombak besar sehingga lima
meter tinggi.

Ombak besar dan banjir kilat yang melanda kawasan
Phuket, Koh Pi Pi, Songkhla, Krabi, Phang Nga dan
Surat Thani dilaporkan memusnahkan rumah-rumah serta
premis lain di kawasan pantai.

Sepasang suami isteri warga Malaysia dilaporkan
terbunuh ketika menyelam di Gua Emerald, yang
merupakan tumpuan pelancong asing di selatan Thailand.

Di Indonesia sendiri, lebih 4,185 mangsa terkorban.
Ketua Pusat Persediaan Darurat Indonesia, Doti
Indrasanto berkata, jumlah kematian di wilayah Acheh
meningkat kepada 1,400 orang terutama di daerah Deli
Serdang dan Nias di selatan Acheh.

Ia turut memusnahkan beribu-ribu rumah di sepanjang
kawasan pantai selain beribu-ribu lagi mangsa
dilaporkan masih hilang.

Di Myanmar, yang turut dilanda ombak besar menyaksikan
sekurang-kurangnya 10 penduduk terkorban sementara
sejumlah bot nelayan karam.



=====
bibit: http://free.angeltowns.com/studio579/
hanca: http://www.geocities.com/hasangarut/


                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
All your favorites on one personal page � Try My Yahoo!
http://my.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$4.98 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/Q7_YsB/neXJAA/yQLSAA/0EHolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/urangsunda/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke