PM saran sambutan tahun baru diganti majlis doa elak bencana
Oleh: SOPHA SULAIMAN dan ZAID MOHD. NOOR
SUNGAI PETANI 29 Dis. - Kerajaan mengarahkan semua acara keramaian bagi menyambut Tahun Baru 2005 dibatalkan untuk menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dan menderita akibat bencana ombak besar `tsunami' Ahad lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya menyarankan umat Islam dan penganut agama lain menganjurkan majlis memohon doa agar rakyat hidup sejahtera dan dijauhi bala bencana.
``Saya ingin menyatakan bahawa pada kali ini, tidak akan ada apa-apa kemeriahan bagi menyambut tahun baru seperti masa-masa lalu,'' kata Abdullah.
Menurut beliau, pembatalan semua acara keramaian itu juga melibatkan majlis-majlis yang dirancang oleh swasta.
Beliau meminta pihak berkuasa tempatan membatalkan semua kebenaran yang telah diberikan bagi menganjurkan sambutan itu.
``Sebabnya, kita sekarang berada dalam keadaan sedih dan menderita oleh sebab berlaku kemalangan yang begitu besar dan tidak pernah terjadi di negara ini hingga menyebabkan ramai meninggal dunia dan hilang harta benda,'' katanya.
Menurut Perdana Menteri, sekarang bukan masanya bagi masyarakat Malaysia untuk berseronok, sebaliknya sambutan tahun baru lebih baik diganti dengan majlis mohon doa restu dari Allah agar mangsa yang ditimpa bencana dikurniakan kesabaran dan dapat membina semula kehidupan.
Abdullah berkata demikian semasa berucap pada majlis taklimat dan lawatan ke Kampung Kepala Jalan, iaitu antara 10 buah kampung di Kota Kuala Muda, Kedah yang dilanda bencana itu Ahad lalu.
Dalam tragedi itu, 10 orang terkorban dan 21 orang lagi cedera termasuk seorang penduduk Kuala Teriang, Pulau Langkawi.
Selepas meninjau kawasan yang dilanda ombak besar dan melihat kemusnahan rumah-rumah, Abdullah melawat mangsa-mangsa di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Haji Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda.
Beliau turut menyampaikan bantuan segera RM1,000 kepada 10 orang waris mangsa yang meninggal dunia, di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda.
Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain; Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Abdullah juga menyarankan agar setiap masjid mengaitkan khutbah Jumaat dengan bencana alam ini supaya umat Islam sentiasa bersabar menghadapi dugaan Tuhan di samping berdoa untuk mereka yang telah meninggal dunia serta memohon supaya malapetaka seumpama itu tidak berulang.
Menurutnya, mereka yang bukan Islam pula boleh mengadakan upacara mengikut agama masing-masing.
Abdullah juga meminta pihak keselamatan meningkatkan kawalan di kampung-kampung yang dilanda bencana itu untuk mengelakkan berlaku kecurian barangan.
``Ini kerana dalam situasi ini, ada pihak mungkin mengambil kesempatan mencuri tanpa mengambil kira kesusahan dan penderitaan mangsa,'' katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa keselamatan dan mereka yang telah memberi bantuan secara sukarela bagi membantu mangsa-mangsa tragedi itu.
Sebanyak 64 orang di negara ini terbunuh dalam tragedi tersebut termasuk 48 orang di Pulau Pinang, sembilan masih hilang dan 183 orang lagi cedera.
Perdana Menteri yang memendekkan cutinya di luar negara, pulang semalam dan melawat kawasan yang dilanda ombak besar itu di Pulau Pinang.
Beliau turut meninjau kemusnahan harta benda di Pulau Langkawi petang ini sebelum berlepas pulang ke ibu negara.
Masjid Negara adakan solat hajat malam tahun baru
PUTRAJAYA 29 Dis. - Masjid Negara akan mengadakan solat hajat dan qunut Nazilah selepas solat Maghrib pada malam ambang tahun baru Jumaat ini bagi mendoakan keselamatan negara daripada bencana tsunami mahupun malapetaka lain pada masa akan datang.
Ia akan diikuti dengan bacaan Yasin dan tahlil serta solat Isyak berjemaah yang dijangka disertai kira-kira 3,000 orang termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman meminta orang ramai supaya hadir untuk turut berkongsi penderitaan mangsa dan sama-sama memohon ke hadrat Allah s.w.t supaya menjauhi negara daripada bencana seumpamanya.
``Jakim cadangkan sambutan tahun baru ini dipenuhi dengan doa selamat. Dalam keadaan negara sedang bersedih sekarang, sepatutnya kita memohon doa kepada Allah supaya kita terselamat daripada bencana.
``Pada masa yang sama, kita juga memohon supaya diberi kesabaran kepada mangsa kerana ini adalah satu ujian Allah ke atas mereka,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengadakan sebarang acara kemeriahan atau perayaan menyambut Tahun Baru, sebaliknya menganjurkan semua pihak termasuk swasta supaya mengadakan majlis doa agar negara selamat daripada sebarang bencana.
Serentak dengan itu, Perdana Menteri meminta masjid-masjid di seluruh negara mengadakan doa selamat di samping membacakan khutbah Jumaat yang berhubung kait dengan malapetaka tsunami.
Mustafa berkata, khutbah itu akan diedarkan ke negeri-negeri dan mana-mana masjid yang tidak sempat memperoleh teks berkenaan diminta menyebut mengenai bencana itu sebagai satu ujian Allah yang memerlukan banyak bersabar menghadapinya.
``Isi kandungan khutbah itu juga antara lain menekankan perlunya umat Islam meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains dan teknologi supaya dengannya dapat mengesan bencana yang mungkin berlaku lebih awal dan menjauhi daripada kemusnahan,'' katanya.
Beliau turut meminta masjid-masjid supaya membuat kutipan untuk Tabung Bantuan Bencana Tsunami untuk diselaras dan disalurkan oleh Jakim kepada Kerajaan Persekutuan bagi membantu mangsa bencana itu.
mh <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
muhun kang oman, tadi wengi di tv3 malaya aya
pangumuman, acara pesta tahun baru di pulo langkawi
dibatalkeun, alatan musibah lini tsunami. eta pulo teh
minangka pulo balina malaya. mudah-mudahan wae
pamarentah urang oge, ngagaduhan pamadegan anu sarupa.
kitu deui masayarakat sadayana, ngarojong kana gerakan
solidaritas bantuan korban gempa.
salam,
mh
--- Oman Abdurahman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Kayungyun ku nagara tatangga, Malaysia, anu
> ngabatalkeun pesta taun
> baru karana musibah bencana lini jeung tsunami di
> Aceh, sakumaha
> tiasa kailo dina detic.com. Ceuk eta warta,
> pamarentah Malaysia ku
> anjeun anu ngabedokeun sakabeh acara pesta taun
> baru. Kumaha ari di
> urang? nilik kana sababaraha info, sabagean
> masyarakat tos
> ngarencanakeun ngabatalkeun pesta taun baru atawa
> mindahkeun acara
> pesta jadi sarupi pangeling-ngeling atawa
> ngumpulkeun bantuan keur
> korban bencana alam di Aceh. Kumaha pamarentah
> urang? Naha baris
> ngayakeun tindakan saperti pamarentah Malaysia oge
> anu ngabatalkeun
> pesta taun baru di nagarana? Kuduna mah kitu, urang
> antosan bae
> (atawa sim kuring anu kakantun warta?).
>
> Baktos,
> manAR
>
>
>
>
=====
bibit: http://free.angeltowns.com/studio579/
hanca: http://www.geocities.com/hasangarut/
__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Find what you need with new enhanced search.
http://info.mail.yahoo.com/mail_250
Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Find what you need with new enhanced search. Learn more.
Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/urangsunda/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

