Baraya, 
Lain mani rame ari di lembur, geuning di lembur batur
mah cenah perang mah urusan tangtara. Rahayat mah
jongjon we kana pancen maranehna sapopoe. Mangga ieu
aya artikel di tatangga, ngarah saimbang. 

Salam,
MH

======
KL, Jakarta berunding:
Sepakat elak ketegangan isu sumber minyak
Oleh Kadir Dikoh

PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia sepakat untuk
mengelak ketegangan hubungan kedua-dua negara ekoran
isu pemberian konsesi minyak oleh Petronas di Laut
Sulawesi, menjadi lebih buruk, dengan menyelesaikannya
di meja rundingan.

Persetujuan itu dicapai dalam satu perbualan telefon
antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar)
dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono,
awal pagi semalam.

Perdana Menteri berkata, mereka bersetuju supaya
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan rakan
sejawatnya di republik itu, Hassan Wirayuda,
mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan kontroversi
itu.

�Bagi mengelakkan apa-apa kejadian tidak diingini yang
kerananya boleh menegangkan hubungan antara Indonesia
dan Malaysia, maka kami bersetuju supaya perkara ini
dibincang pada peringkat diplomatik antara Menteri
Luar Malaysia dan Menteri Luar Indonesia.

�Mudah-mudahan dengan cara ini, apa juga masalah yang
dihadapi insya-Allah akan dapat kita selesaikan dengan
baik,� katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan
Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, kira-kira sejam
selepas bercakap dengan Susilo.

Difahamkan, Abdullah dan Susilo mengadakan perbualan
telefon pada jam 7.30 pagi waktu Malaysia (6.30 pagi
Indonesia) sejurus sebelum Presiden Indonesia itu
melawat Nunukan, yang bersempadan dengan Sabah untuk
meninjau sendiri urusan penghantaran semula pekerja
Indonesia ke Malaysia.

Kedua-dua pemimpin, yang sering kali bertemu dan
diketahui sering saling menelefon untuk membincang isu
dua hala dan masalah lain membabitkan kedua-dua negara
itu, menjadi sahabat baik sejak Susilo menjadi
Presiden Indonesia, Oktober lalu.

Indonesia sebelum ini membantah langkah Malaysia,
melalui Petronas memberi hak mencari gali sumber
minyak di ND6 dan ND7 yang terletak berhampiran
kepulauan Sipadan dan Ligitan kepada Shell, 16
Februari lalu.

Jakarta mendakwa Malaysia hanya berhak terhadap
kawasan sejauh 19 kilometer dari kedua-dua pulau itu
dan berkata, Blok Ambalat dan Blok Ambalat Timur di
perairan sebelah timur Kalimantan, telah dikelolakan
oleh ENI, sebuah syarikat minyak Itali sejak 1999,
manakala Blok East Ambalat diberikan kepada Unocal
Corp, berpangkalan di Amerika Syarikat pada 2004.

Bagaimanapun, Syed Hamid menegaskan, Malaysia
melakukan apa yang difikirkan tepat dan betul
membabitkan kawasan maritim negara.

Wisma Putra menghantar tiga notis kepada republik itu
bagi membantah sebarang aktiviti oleh Indonesia di
Blok Ambalat dan Blok Ambalat Timur yang didakwa
miliknya.

Kedua-dua negara juga dilaporkan telah menghantar
beberapa kapal perang dan jet pejuang ke kawasan
perairan terbabit sejak beberapa hari lalu.

Abdullah, dalam ucapannya semalam berkata, hubungan
Malaysia dan Indonesia ketika ini adalah baik dan
tidak terjejas walaupun diselubungi isu mengenai
pendatang tanpa izin yang mencetus beberapa
kontroversi.

�Kita utamakan apa juga masalah kalau ada,
dirundingkan... dibincangkan, digunakan pendekatan
perbincangan diplomatik sebagai satu pendekatan yang
kita anggap cukup baik dan pendekatan melambangkan
hubungan kerjasama antara dua negara yang berjiran.

�Satu pendekatan yang diambil yang diasaskan kepada
pendekatan perbincangan peringkat diplomatik itu,
insya-Allah akan dapat memelihara hubungan baik
Malaysia dan Indonesia, dan akan dapat mengelak apa
yang tidak diingini berlaku.

�Semangat ini adalah semangat kita pegang bersama dan
insya-Allah kita akan dapat mencari penyelesaiannya,�
katanya.

Susilo pula, dalam kenyataannya di Jakarta berkata
beliau dan Abdullah bersetuju supaya isu itu
diselesaikan �secara baik tanpa sebarang konfrontasi,
apalagi konfrontasi bersenjata.�

Sementara itu, Syed Hamid berkata beliau berharap
dapat berbincang isu itu dengan dengan rakan
sejawatnya, Hassan Wirayuda, ketika mereka menghadiri
mesyuarat antara Kesatuan Eropah (EU) dengan Asean di
Jakarta, Rabu ini.

�Kedua-dua pemimpin kita (Abdullah dan Susilo) tidak
mahu isu ini menjadi lebih buruk lagi. Ia adalah isu
perundangan dan berbentuk teknikal yang perlu
diselesaikan di meja perundingan,� katanya.

Syed Hamid sependapat dengan Susilo dan Abdullah
bahawa perhubungan Malaysia-Indonesia amat baik dan
istimewa. �Terlalu banyak perkara yang membawa manfaat
kepada kita bersama. Tidak perlu menimbulkan
ketegangan bila kita boleh mencari penyelesaian yang
memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak,� katanya.

Di JAKARTA, Bernama melaporkan, Panglima Tentera
Nasional Indonesia, Jeneral Endriartono Soetarto,
berkata dalam perbincangannya dengan Panglima Angkatan
Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Zahidi
Zainuddin kelmarin, mereka bersetuju untuk meredakan
ketegangan di kawasan itu.

�Tengah hari ini (semalam) saya telah bercakap dengan
Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan kami sepakat
untuk mencuba meredakan ketegangan,� Endriartono
dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas
mengadakan pertemuan dengan Susilo.

Akhbar Republika memetik Endriartono sebagai berkata,
angkatan tentera kedua-dua negara sepakat bahawa
masalah itu sebaik-baiknya diselesaikan secara
diplomatik.

Mengenai kerahan tentera oleh Indonesia atau pun
Malaysia ke kawasan berhampiran perairan Pulau Sipadan
dan Ligitan itu, beliau berkata, ia untuk menjaga
kedaulatan negara masing-masing.

Endriartono berkata, kapal perang dan empat pesawat
pejuang F-16 yang dihantar ke Kalimantan Timur
kelmarin adalah persiapan bagi mengawal keselamatan
Presiden Susilo yang melawat Nunukan di wilayah itu
semalam.

Hassan Wirajuda juga dilaporkan bersetuju dengan
pandangan itu dengan berkata, Indonesia dan Malaysia
akan mengadakan perbincangan mengenai masalah batas
sempadan, Mei ini.

Republika turut melaporkan, Setiausaha Agung Majlis
Ulama Indonesia, Din Syamsuddin, juga mahu kedua-dua
negara mencari jalan penyelesaian diplomatik dengan
semangat keIslaman, kejiranan, serumpun dan harmonis,
bagi mengelak kerugian negara dan nama baik Islam,
serta eksploitasi oleh pihak ketiga.

Pengerusi Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Tifatul
Sembiring, pula meminta kedua-dua negara mengelak
penggunaan kekuatan senjata kerana masalah itu boleh
diselesaikan di meja rundingan yang lebih murah
berbanding kos tindakan ketenteraan.




                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Read only the mail you want - Yahoo! Mail SpamGuard. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Give the gift of life to a sick child. 
Support St. Jude Children's Research Hospital's 'Thanks & Giving.'
http://us.click.yahoo.com/lGEjbB/6WnJAA/E2hLAA/0EHolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/urangsunda/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke