Punten teu di Sunda keun

> Pagar Diri ??
> Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang
boleh di lakukan
> untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang
sihir atau pengamal
> ilmu
> hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia
boleh menyerang
> anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir
dan gangguan
> syaitan.
>
> Pagar Pertama (1) -
> Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
>
> Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh
makan bersama dengan
> Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh
mendapatkan kedua-dua jenis
> tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang
ada supaya menepati
> sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa
yang memakan tujuh
> biji
> tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang
kemudaratan racun atau
> sihir yang terkena pada hari itu".
> (Riwayat al-Bukhari.)
>
> Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
>
>
> Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap
seseorang muslim yang
> mempunyai wuduk. Setiap muslimyang berwuduk akan
sentiasa dikawal ketat
> oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh
Allah S.W.T.
> kepadamereka.
>
> Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah
jasad-jasad ini
> mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana
sesungguhnya tiada
> seorang pun dari
> mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur,
melainkan ada
> bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak
akan pernah
> terlalai walaupun
> sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah
dosa hambaMu ini
> kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'
> (Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)
>
> Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat
berjemaah
>
> Mengambil berat tentang solat berjemaah akan
menjadikan seseorang muslim
> bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap
sambil lewa terhadap
> solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil
peluang untuk
> mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan,
lama kelamaan ia akan
> berjaya
> merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain.
>
> Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah
S.A.W.telah bersabda:
> Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan
hulu yang tidak
> mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma
tiga orang, nescaya
> akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah
dirikan solat
> berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan
kambing-kambing yang
> menyendiri
> dari puaknya.
> (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
>
> Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk
memagarkan diri dari
> sihir
>
> Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
> mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan
bangun bersolat malam
> boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai
diri seseorang itu.
> Apabila syaitan telah mampu menguasai diri
seseorang, maka dirinya
> adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat
kesan tindakbalas
> hasil perlakuan syaitan tersebut.
>
> Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W.
pernah diberitahu
> tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke
Subuh dengan tidak
> mengerjakan
> solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
> Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di
dalam telinganya"
> (Riwayat al Bukhari dan Muslim).
>
> Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila
masuk di dalam
> tandas
>
> Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi
syaitan. Oleh itu ia
> akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan
yang ada untuk
> menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu
masuk ketandas. Di
> dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah
melapurkan bahawa dia
> pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa
perlindungan. Seketika
> kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
>
> Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki
tandas,baginda akan membaca doa
> perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama
Allah. Ya Allah!
> Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang
kekotoran dan
> gangguan syaitan".
>
> Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah
berlindung dari gangguan
> syaitan-syaitan jantan atau betina.
>
> Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai
akad nikah
>
> Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin
sebelum memulakan
> adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami
meletakkan tangan
> kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil
berdoa:
>
> "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan
kebaikan yang telah
> Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari
keburukannya dan
> keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya
Allah berkatilah
> isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari
segala keburukan
> perbuatan
> orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir
apabila dia telah
> melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang
suka melakukan tipu
> daya."
> (Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya
baik).
>
> Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca
ayat-ayat al Kursi
> dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
>
> Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa
syaitan telah berkata
> kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca
ayat-ayat al Kursi
> sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan
Allah manakala
> syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya
sehinggalah ke waktu
> pagi''.
>
> Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu
Hurairah tersebut
> sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada
engkau, walhal ia
> sendiri sememangnya penipu."
> (Riwayat al-Bukhari).



 


                
__________________________________ 
Discover Yahoo! 
Have fun online with music videos, cool games, IM and more. Check it out! 
http://discover.yahoo.com/online.html


Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/urangsunda/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke