|
sanes wae "jangan terlalu percaya", tapi memang
"tidak perlu dipercaya"
----- Original Message -----
Sent: Friday, 13 January, 2006
23:14
Subject: Re: [Urang Sunda] KENALI WARNA
ANDA
Hatur nuhun. Terimakasih Kang Roslee
Mengenali warna menjadi hiburan yang mengasyikan.
Warna saya BIRU! tapi banyak salahnya tuh, benarnya ada juga sedikit :-),
jadi memang jangan terlalu percaya ya.
Selamat mencuba. *** Warna saya---KUNING Malah
sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya
tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna
Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat
keperibadian diri kamu menerusi warna
tersebut. tapi jgnla pula terlalu
percaya!!!
23 Disember hingga
1hb Januari - Merah 2 hingga 11hb
Januari - Oren 12 hingga 24hb Januari -
Kuning 25hb Januari hingga 3hb Februari -
Merah jambu 4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru
kehijauan) 11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam 22 hingga 31hb Mac - Ungu 1 hingga 10hb April - Biru 11 hingga 20hb April - Perak 21 hingga 30hb April - Putih 2 hingga 14hb Mei - Biru 15 hingga24hb Mei - Emas 25 hingga 3hb Jun - Krim 4 hingga13hb Jun - Kelabu 14 hingga 23hb Jun - Maroon 24hb Jun - Kelabu 25
hingga 4hb Julai - Merah 5 hingga 14hb
Julai - Oren 15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru 14 hingga 23hb Ogos - Hijau 24hb Ogos 2hb September - Perang 3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive 24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu 4 hingga 13 Oktober - Biru 14 hingga 23hb Oktober - Perak 24hb Oktober hingga 11hb November - Putih 12 hingga 21hb November - Emas 22hb November hingga 1hb Disember - Krim 2 hingga 11hb Disember - Kelabu 12 hingga 21hb Disember - Maroon 22hb Disember - Teal Merah
Merah
Selalunya mereka yang
mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan
menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan
gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah
diajak berbincang dan boleh membuatkan
dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.
Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga
bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya.
Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang
diidamkan. Namun kamu cukup takut akan
'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu!
Sebagai seorang kawan, kamu boleh
dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan
hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta
hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa
yang lama untuk melafazkan sayang!
Teal
(warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni
yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri
kamu. Kamu sering melakukan kesilapan
dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah.
Manakala dalam memilih pasangan, kamu
bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar
orang lain menurut perintah kamu. Walau
bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha
sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan
mengambil tahu tentang orang orang di
sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap
orang lain. Dari segi percintaan kamu
mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan
yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap
kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam
tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin
diri kamu disayangi dan diberi perhatian
penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa
dengan jejaka/gadis yang benar benar
sesuai untuk dirinya!
Emas Kamu seorang yang
tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan
sesiapa saja dan ceria serta tak suka
bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang
benar benar kamu sukai tapi sekali kamu
menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi
untuk kali yang seterusnya dalam tempoh
yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang
manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu,
kamu juga lebih suka menguasai dalam
sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti
oleh si dia! Kamu juga mampu membuat
keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat
juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal
hal yang romantik bersama si dia. Alahai!
Maroon
Bagi kamu
yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang
bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri
kamu. Namun kamu juga suka melakukan
sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa
pedulikan perasaan atau pendapat orang
lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari
segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal
dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu
ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata
orang, berani buat beranilah tanggung.
Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini
membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam
hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal
perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang
sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia!
Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat
penting!
Ungu
Amboi! Kamu
ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat
mendekati diri kamu kecuali orang yang
benar-benar kamu percayai. Walaupun
begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara yang
baru bagi kamu. Mood memainkan peranan
penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
gembira, sudah tentunya hari itu menjadi
hari yang paling ceria bagi diri kamu dan
begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan
dan agak stabil kewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu
yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila
dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana
perkara-perkara kecil pun kamu amat
prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih
yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu
ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan
seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya
punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu
menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka
mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta,
kamu lebih suka bersikap 'hard to get'
untuk menduga keikhlasan hati si dia.
Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui
cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar
kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan
apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa
yang cuba
mencabar kamu kerana kamu
ni kan pantang
dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat
keputusan, ia sukar untuk diubah oleh
orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu
berkekalan. Belajarlah untuk bertolak
ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi">Bagi
kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan
suka menolong orang lain. Sebab itu juga
kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga
bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan
kamu menjadi 'favourite' di kalangan
mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik
hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu
cukup menenangkan hati si dia dan tak suka
cari pasal!
Perang
Kamu seorang
yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai
seorang teman, kamu sentiasa menyokong
tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika
tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang.
Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta.
Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam
tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis
sikap itu dan cuba berusaha
untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang
diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali
orang ramai dan menjadi kepantangan kamu
pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan
apa juga perasaan di dalam hati dan lebih
suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai
menawan hati orang lain apatah lagi dengan
sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang
yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap
negatif yang harus kamu ubah kerana
mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan
sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu
hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu
mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali
juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan
benar-benar menyintai si dia setulus hati.
Silap sendiri lah kan ? Kalau kamu
mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan
ikhlas.
Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi
segala galanya. Bagi kamu, jika kamu tak
sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering
menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu
juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu
marah pada seseorang, sukar kamu nak
melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia.
Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang
lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam
hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan
penghargaan tinggi terhadap kamu
memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat
cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak
bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu
terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda
sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin
satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain
bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan
kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan
pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur
dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap
terlalu mudah percaya pada orang lain
membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta
tuli, kelak temakan
diri!
Yahoo! Photos Got holiday prints? See
all the ways to get quality prints in your hands ASAP.
Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|