(2) Bulan ini juga istimewa kerana ganjaran pahala berganda-ganda buat umat yang mengerjakan ibadah ini dengan penuh sempurna. Umat Islam disaran mengerjakan ibadah puasa bersama ibadah-ibadah lain pada tahap maksimum. Manisnya adalah ganjaran pahala yang tak ternilai jika dibanding usaha sehayat usia kita mengumpul harta di seluruh penjuru buana. Sabda Nabi: "Apabila tibanya bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintui-pintu neraka, dan syaitan dibelenggu". (riwayat Bukhari dan Muslim)
(3) Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi matlamatnya jelas yakni untuk melahirkan manusia bertakwa kepada Allah swt. Firman-Nya: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat terdahulu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah:183). Jadi, untuk mendapat ketakwaan, umat Islam hendaklah berpuasa dengan cara yang sebenarnya. Maksudnya, puasa dilakukan kerana ianya 'ibadat' dan bukan 'adat.'
(4) Puasa yang murni adalah puasa yang mencapai tahap "khusus al-khusus" seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya Ulumuddin". Maksudnya, seluruh diri individu itu dalam keadaan berpuasa, bukan sekadar mulut dan perut sahaja.
(5) Puasa yang sekadar menahan nafsu lapar dan dahaga sahaja adalah puasa yang sia-sia. Sayang kalau kita berpuasa saban tahun tapi hasilnya kosong! Sabda Nabi:"Terdapat orang yang berpuasa hanya memperoleh lapar semata-mata." (riwayat Ibnu Majah, al-Nasaei & al-Hakim). Justeru itu, apa yang perlu dibuat untuk mendapat pahala berganda dan puasa sempurna?
(6) Berusaha memastikan semua anggota badan digerakkan ke arah kebaikan dalam semangat berpuasa. Misalnya mata kita yang sempurna ini, gunakanlah mata untuk memandang wajah ibu bapa dengan perasaan kasih sayang, memandang ayat-ayat suci al-Qur'an serta memandang keindahan alam buana ini dengan penuh rasa kagum pada kehebatan Allah swt yang mencipta dan mengaturnya. Ringkas kata, gunakanlah seluruh anggota pancaindera yang ada untuk mengabdikan diri kepada-Nya.
Maka selayaknya kita beriltizam mengingatkan diri untuk meningkatkan kualiti puasa pada tahun ini agar ianya memberi makna kepada pembentukan diri. Puasa adalah ibadah yang menyuci hati dan menggerak diri ke arah pengabdian total dalam seluruh kehidupan hanya kepada Pencipta yang maha Esa.
Mudahan-mudahan kita menuai ketakwaan di perkebunan Ramadhan dalam perjalanan jauh untuk menggapai syurga idaman nanti. Amin.
**Nota ini ditulis bersama bauran idea dan kalimat kata dari sumber berikut: Mohd Suki b Othman. "Falsafah Ramadhan". Milenia, Okt. 2004, hlm 48-49.
Yahoo! Movies
Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id
SPONSORED LINKS
| Culture change | Corporate culture | Cell culture |
| Organization culture | Tissue culture |
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___

