punten teu disundakeun
SEJARAH KAMAL ATATURK
Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran
al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk
bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang
bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada
tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar
salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan
takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda
Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam.
Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan
bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau
ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada
juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya
yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah
Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada
ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk
dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa
Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam
bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah
al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi.
nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari
Sepanyol ke bandar Salonika.
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah
yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka
mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M),
tetapi masih menganut agama Yahudi secara
senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden
Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan
tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri
mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara
mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang
Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran
Yahudi secara senyap-senyap.
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau
memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau
menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada
tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau
memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan
latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M).
Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera
Batalion ketiga di Salonika.
Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi
Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan
kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau
telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak
tertipu dengan pemikiran dunia Islam.
Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada
Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu
selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan
Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan
Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan
kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju
yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang
pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang
kepada pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang
Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima
pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat
mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di
Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun
kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera
Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah
dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada
tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa
kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan
oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk
dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana
peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan
tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari
tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan
sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan
dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya
pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka
telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada
tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu
pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan
peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan
Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris
mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang
tentangan. Ketika itulah belaiu mengadu jatuh sakit
dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah
menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya,
lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara
sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah
mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan
terhadap Inggeris sekaligus membuka peluan kepada
Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan
senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan
Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah.
Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru
hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang
tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta
khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka
rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa
Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa
dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi
rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang
layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian
terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi
institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu
yang sama beliau telah merealisasikan perancangan
Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah
Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan
rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek
daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang
bercanggah dengan teks perjanjian yang telah
dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan
dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan
tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya,
memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian
dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang
dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan
Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas
kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli
telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah
armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke
Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan
memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam
menentang Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk
menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi
kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan
belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah
cuba memeujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan
pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda,
"Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan
dapat dicapai."
Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong
sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada
peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu
telah diserati oleh para pemimpin muda dan
pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak
membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek
telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa
pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah
mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh
menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan
kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil
perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun
Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan
kembali api peperangan. Pada bulan September tahun
yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak
terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari
Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera
Uthmaniyyah mula memeasuki Izmir tanpa menggunakan
sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan
pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan
cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah
tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi
aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji
belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan
Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.
Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh
keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid
Arab.
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan
Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M).,
tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah.
Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari
negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu
Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang
Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama
telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah
Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan
tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang
agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira
tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini
bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah
membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa
adalahadalah pahlawan sebenar yang menjayakan
kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai
perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling
sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan
Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan
oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan
terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan
mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan
pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen
Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British
ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang
pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon
membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai
tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai
kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam".
Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri
ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris
menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka
menekan Khalifah dang mengulingkan baginda. Dalam
episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada
pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki
yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau
telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi
peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan
pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya
walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan
keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya
menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu
mereka pun ke luar dari negara kami."
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah
merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang
didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama
Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan
meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.
Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya
mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh
beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya
menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari
Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan
Ibadah Haji.
Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya,
mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja
dan selepas itu mendikan sebuah gedung.
Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan
membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan
Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat,
melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan
menukarkannya kepada Bahasa Turki.
Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan
huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya
kepada huruf Latin.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali
telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama
Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub
dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi
agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan
berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya.
Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua
pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama.
Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan
pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya
sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H
(1938M).
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya
bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya
selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn
kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala
macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya,
beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat
mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah
dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta
Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul
meminta duta tersebut menggantikannya sebagai
presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih
pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut
menolak permintaan Ataturk.
Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah
disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh
beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah
pendapat sama ada patut atau tidak belaiu
disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara
dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya
disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun
1357H (1937M).
Dipetik dari ENSIKLOPEDIA ISLAM SAFIR
____________________________________________________________________________________
Got a little couch potato?
Check out fun summer activities for kids.
http://search.yahoo.com/search?fr=oni_on_mail&p=summer+activities+for+kids&cs=bz