Michael Jackson Peluk Islam
November 22nd, 2008 Posted in personal
Penyanyi
kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan
menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.
Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan
kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam
dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.
Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu
diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau ‘Jacko’ dihadapkan ke
Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut
Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau
menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.
Rakannya, David Wharnsby seorang penulis lagu Kanada dan produser
Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam.
Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud
Wharnsby Ali dan Idris Philips.