Perniagaan mail order telah dijalankan sejak tahun 1800 dan sehingga kini masih
merupakan jenis perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah yang agak lumayan
sekiranya diimplemenkan dengan betul. Mail order dikatakan perniagaan jual beli
yang dilakukan melalui pos (kebiasaannya pesanan mungkin melalui borang pesanan
atau melalui telefon).
Michael Dell, usahawan Internet yang tidak asing lagi, sebenarnya mencapai
status jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet.
Ketika beliau menjual komputer keluarannya sendiri DELL, Internet belum lagi
berkembang. Oleh itu, mail order menjadi pilhannya.
"Di Malaysia, ia boleh menjadi perniagaan yang baik oleh kerana masih ramai
lagi yang ragu-ragu membuat pesanan menggunakan kad kredit secara online.
Syarikat saya juga ada menjalankan perniagaan melalui mail order dan pendapatan
dari situ sahaja mencecah 5 angka sebulan!Walaupun mail order tidak begitu
popular dan kurang diperbincangkan jika dibandingkan dengan perniagaan
Internet, jangan memandang rendah kebolehannya! Telah ramai jutawan-jutawan
dilahirkan melalui perniagaan mail order."
-Dr.Irfan Khairi-
www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perniagaan-mail-order/
Laporan PERCUMA,sila sms nama dan alamat rumah ke 0172139514.
[Non-text portions of this message have been removed]