Kisah Benar….Dibelit Ular Ketika Sedang Berzina
Ambillah iktibar dari kisah benar ini..

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta
baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di
dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan…………..

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi
masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud,
penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan
dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor
dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu
menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung
setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam
semak, kereta dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas
anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak
takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan
haram,” tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di
Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu
yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta
pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah
kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya
manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera
menceritakan masalah mereka.
Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat
kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari
jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. “Ustaz…macam ini, saya
dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular
dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang
saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering
terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu,
Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh
yang dihadapi oleh pasangan itu. “Awak pernah pukul ular ke?” Ustaz Abdullah
mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil
memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia
dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi
lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air
penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi
semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.
Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan
berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena
sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba
menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan
sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak
malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal
encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar
kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz
Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si
perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke
bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan
Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa
setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu
dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu
agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya
kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin
dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu
menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum
mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah
syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke
sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif
malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari
tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan
bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada
hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana,
pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu.
Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada
gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. “Hanya dua bulan perkenalan,
kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan
dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu
sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai
sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala
tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air
sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak
kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa
gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik
semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara
mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil
berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu
mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia
dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu
demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.
Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak
di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa
sedang mengeram. “Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki
saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan
membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami
hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat
belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada
bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu
menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada
lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus
diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana
belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak
sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan
kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah.
Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi
ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak
sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak
membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul
kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya
menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana
sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis
itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu
bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula
baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke
hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari
mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya
buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut,
pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu
tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan
merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga
yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh
bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang
rusuk. Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan
walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak
ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa
sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah
menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit
ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak
berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab
kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat.
Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan
balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka
ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu
menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat
mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi
dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar
sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang
dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz
Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput
beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :
“SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING
MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG
DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH
MENGETAHUI HUKUMNYA.”
**
**
**
*Untuk Renungan.....*

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan
mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang
muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia
menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan
untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.
Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka
membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas
mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah
akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat
amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.


*Pengajaran hadis:*

(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat
antara satu sama
lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar
kegemilangan tamadun lslam
yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam
kesempitan dunia,
yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara
ke'aibannya daripada
disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan
Allah balasan yang setara
dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka
tolong menolong sesama
mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu,
dengan niat ikhlas, Allah
menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan
yang amat diberkati
Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat
menyelubungi mereka. Mereka
mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka
kepada para
penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan
rahmat Allah,
bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan
jahatnya
menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak
mampu sama sekali
memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat
lslam agar berbekal
dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti

 *Sesungguhnya aku mencari ‘Dunia’ Dan ‘Akhirat’ Serentak…*

 Marilah kita berfikir sejenak tentang rancangan berbentuk keagamaan yang
banyak disiarkan di TV.

Biasanya akan ada iklan perniagaan /barangan untuk beberapa minit..

Apakah mereka menggunakan agama untuk lariskan pasaran..

Atau mereka mencari *''dunia'' dan ''akhirat''* secara serentak..
 Fikir2kanlah dan renung2kanlah..moga2 terbuka permikiran kita..INSYAALLAH..

Fikirkan Sejenak..Sesiapapun  DiDunia Ini Tidak Akan Memberikan Anda Duit
Dengan Begitu Mudah walaupun hanya satu  RINGGIT.. Tanpa Ada Sebab Dan
Alasannya…..

Jadi Marilah Kita jadikan PROGRAM ini sebagai TAPAK/PLATFORM Untuk Kita
Saling Bantu-Membantu Sesama Insan Disamping Menambah Ilmu
Pengetahuan…INSYAALLAH

*Soalan: Bagaimana hukum menjual e-book?*

*Jawaban:*

Alhamdulillah, shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan kepada Nabi
Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Hukum memperjual-belikan e-book adalah halal, selama e-book tersebut tidak
mengandung hal-hal yang diharamkan dalam syari’at, sebagaimana halnya
program komputer atau buku cetak biasa atau barang lainnya. Karena hukum
asal setiap perniagan barang yang bermanfaat adalah halal.

*Sumber: 
**PengusahaMuslim.com*<http://www.pengusahamuslim.com/fatwa-perdagangan/tanya-jawab/700-tanya-jawab-hukum-menjual-e-book-dengan-program-reseller-yang-mirip-mlm.html>

Program  jutawan50 .com
*Jual Kembali E-book Anda Dan perolehi 100% keuntungan*

*PELANGGAN BARU BUAT BAYARAN TERUS KE AKAUN BANK ANDA..BUKAN DAN TIDAK KE
AKAUN BANK SAYA..
Tidak perlu sewa laman web.
Tidak perlu buat / design website.
Tidak perlu sediakan produk.*

*Kerana Produk Sudah Tersedia Ada….*


*Hanya** RM50 dan anda boleh mulakan bisness online serta merta.
1 jualan = RM50
10 jualan = RM500
100 jualan = RM5,000*

*100% keuntungan milik Anda!!!!*


*Lakukan promosi di laman iklan berbayar atau percuma.
Emailkan promosi laman anda ke alamat email simpanan anda.
Jika tiada jualan, anda sebenarnya telah membeli produk yang lebih dari
nilai yang anda bayar, produk terdiri dari software dan e-book berguna. Ilmu
Penyuluh Hidup.
Jika 1 jualan, anda dapat kembali wang RM50 dan bererti juga anda sudah
mendapat produk secara percuma.
Jika lebih dari 1 bermakna anda sudah mencapai keuntungan.*
*

 SILA KLIK :   http://www.jutawan50.com/?id=IZURI
<http://www.jutawan50.com/?id=IZURI>*


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

click here
http://www.giantproduct.com
http://www.bukusiber.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/usahawan-siber/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/usahawan-siber/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke