http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Dunia/20061028014515/Article/Dunia_html

Mufti komen pakaian wanita enggan berundur



APA KHABAR: al-Hilali dikerumuni penyokongnya 
ketika meninggalkan Masjid Lakemba, Sydney semalam 
selepas solat Jumaat.

CANBERRA: Mufti Australia yang dikritik kerana menganggap wanita tidak 
bertudung mengundang kejadian rogol menegaskan semalam beliau tidak akan 
berundur selagi Rumah Putih terus mempengaruhi dunia.


     


Lembaga persatuan masjid Lakemba, Sydney mengadakan pertemuan dengan Sheik Taj 
Aldin al-Hilali semalam dan memutuskan untuk menerima permohonan maaf beliau 
kerana membandingkan wanita yang tidak menutup aurat sama seperti daging yang 
terdedah tetapi melarang beliau daripada menyampaikan khutbah selama dua hingga 
tiga bulan.

Ditanya jika beliau akan meletak jawatan, al-Hilali memberitahu pemberita:

"Selepas kita membersihkan dunia daripada pengaruh Rumah Putih terlebih dulu." 
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Kenyataan itu mendapat sorakan dan tepukan daripada penyokongnya. Mufti 
berkenaan lantang menentang perang Iraq dan pernah menyifatkan Presiden Bush, 
Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Perdana Menteri Australia, John Howard, 
tiga pemimpin yang mengisytiharkan perang terhadap regim Saddam Hussein, 
sebagai kuasa jahat.

Al-Hilali tidak menyampaikan khutbah ketika sembahyang Jumaat semalam selaras 
dengan larangan yang dikenakan terhadapnya.

Beliau mencetuskan bantahan selepas membuat kenyataan mengenai pakaian yang 
tidak sopan sebulan lalu tetapi hanya disiarkan kelmarin oleh akhbar The 
Australian.

Howard yang mengkritik kenyataan al-Hilali berkata, masyarakat Islam Australia 
akan berubah menyokong pemimpin kelahiran Mesir itu jika dia terus menjadi 
pemimpin agama.

"Apa yang saya katakan kepada masyarakat Islam adalah: Jika mereka tidak 
menyelesaikan masalah ini, ia mungkin akan merosakkan pandangan terhadap 
masyarakat itu di kalangan masyarakat Australia," kata Howard kepada Southern 
Cross Broadcasting. - AP

[Non-text portions of this message have been removed]



=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke