--- On Tue, 12/23/08, JUNHAIRI BIN ABD JALIL <e_bel...@yahoo.com> wrote:

From: JUNHAIRI BIN ABD JALIL <e_bel...@yahoo.com>
Subject: [KENALAN] SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - MUHARRAM 1430 HIJRAH (29 
DECEMBER 2008)
To: pakbel...@yahoogroups.com, uitm-mel...@egroups.com, 
saujan...@yahoogroups.com, sahabatinterak...@yahoogroups.com, 
klmenje...@yahoogroups.com, jen...@yahoogroups.com, penawa...@yahoogroups.com, 
taman2syu...@yahoogroups.com, mahli...@yahoogroups.com, 
melayucy...@yahoogroups.com, respeks_gr...@yahoogroups.com, 
hidayah...@yahoogroups.com, kenalan-ab...@yahoogroups.com, 
my-eyecatcher-gr...@googlegroups.com
Date: Tuesday, December 23, 2008, 8:46 PM











biar susah, jangan menyusahkan..
 
JUNHAIRI BIN ABD JALIL

 

 
 
Assalamualaikum wbth.
Kepada semua Muslimin dan Muslimat Yang Di Rahmati Allah sekelian.
 
 
MA'AL HIJRAH 1430
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada 
yang maha Esa, InsyaAllah. 
Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun 
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu 
Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 
December 2008)
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".







Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan 
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada 
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum 
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan 
aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk 
menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku 
melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka 
ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang 
Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian 
itu. Maka aku memohon kepadaMu. 
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha 
Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan 
harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas 
penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan 
mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
 





Doa Awal Tahun 
(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 
Decmber 2008)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan 
terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.






Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan 
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas 
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru 
yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di 
sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan 
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan 
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha 
Agung dan Maha Mulia. 
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat 
ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan 
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
 
 
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah 
berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. 
Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah 
Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah 
SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian 
larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak 
pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa 
terikat lagi dengan larangan berkenaan.

.
Peristiwa-peristiwa penting: 
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam 
Hijrah. 
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi 
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan 
tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. 
Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 
Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan 
selama enam bulan. 
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya 
selama 40 hari 40 malam. 
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari 
tentera Firaun. 
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
Hari pertama Allah menciptakan alam. 
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
Allah menj adik an 'Arasy. 
Allah menj adik an Luh Mahfuz. 
Allah menj adik an alam. 
Allah menj adik an Malaikat Jibril. 
Nabi Isa diangkat ke langit. 
 
 
Wassalam.
 










. 




      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke