topic: RAKYAT MEMBIAYAI KEDIAMAN PM & TPM

Ini bermakna, kerajaan menanggung RM 27,545 sehari untuk membayar sewa dan 
menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.Wang sebanyak itu untuk 
sehari untuk si fakir adalah lebih bermakna. 
  
  
Wednesday, December 17, 2008 
RM27,545.80 sehari untuk istana PM dan TPM 
 
 
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa 
kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 
833.33 sebulan dari Putrajaya Holding. 

Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau 
RM158,051.40 sebulan. 
  
Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan 
menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala 
penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan. 

Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan 
menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini. 

"Inilah bangunan yang Almarhum Datuk Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan 
jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri 
tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan 
TPM kita sekeluarga," tulis Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dalam 
blognya. 

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok 
permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. 

Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya 
sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! 
  
Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar 
lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri 
perdana untuk Perdana Menteri kita. 
  
Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9, 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan 
Bil. 8 tahun 2007) sebulan. 
  
"Jadi apa nak kita lakukan?" tanya Roslan. 
  
Dalam pada itu, tulisnya, rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin 
keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula 
memberhentikan para pekerjanya. 
  
"Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun 
bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan 
TPM kita," tulis beliau. 
Posted by Siasah at 7:51 AM 9 comments 



      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke