Perbuatan mengarak dua orang laki perempuan telanjang keliling kampung 
selain melanggar UU Pornografi juga tidak Islami. Meskipun hal itu 
dilakukan oleh orang-orang yang mengaku bermoral dan Islami. Perilaku 
yang saling bertolak belakang.
KM

----Original Message----
From: am...@tele2.se
Date: 09/04/2010 5:21 
To: <<Undisclosed-Recipient:>, <>>
Subj: [wanita-muslimah] Pasangan berzina diarak bogel keliling kampung

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm

Pasangan berzina diarak bogel keliling kampung

BANDA ACEH 8 April - Seorang guru bersama kekasihnya yang merupakan 
isteri orang, diarak bogel mengelilingi kampung mereka setelah didapati 
berzina sebelum dipukul oleh penduduk dan kini berdepan dengan hukuman 
sebat di khalayak umum.

Guru itu yang hanya dikenali sebagai Bus, berusia 36 tahun ditangkap 
semasa mengadakan hubungan seks dengan seorang suri rumah Yus, 28, di 
Aceh oleh penduduk kampung.

"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita itu dan mendapati mereka 
sedang berdua-duaan,'' kata pegawai penguatkuasa Syariah Aceh Barat, 
Teuku Abdurrazak.

"Mereka kemudiannya ditarik keluar dan diarak berbogel keliling 
kampung, diikat di sebatang tiang dan dipukul menggunakan kayu serta 
tangan mereka sehingga menjadi hitam dan biru.

"Penduduk kampung sangat marah... jika polis lambat tiba di tempat 
kejadian, pasangan itu mungkin mati,'' kata Abdurrazak.

Menurutnya lagi, pasangan itu kini berhadapan hukuman sembilan sebatan 
jika didapati bersalah berzina.

Aceh melaksanakan sebahagian undang-undang Syariah pada 2001 sebagai 
sebahagian daripada pakej autonomi dari Jakarta bertujuan untuk 
menghapuskan sentimen puak pemisah. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]




Kirim email ke