sunny, Bismilahirrahmanirrahiim
mari kita belajar kpd Pakistan yang mana dulunya
membesarkan Gol Islam Fundamentalis bernama; jemaah Mesdjid Merah
Sekarnga setelah mereka besar,mereka malah melawan kpd pemerintah
sama dgn Taliban yg dulunya dibantu Amerika, kmd mentang Amerika
bergabung dgn al Qidah.

Pemerintah dan tentara kalau tdk hati2 dgn Islam melitan ini
akan mengahncurkan Indonesia...semua akan mendapat musibah
dari mereka.....

salam

--- In wanita-muslimah@yahoogroups.com, "sunny" <am...@...> wrote:
>
> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm
> 
> Militan Indonesia dipercayai mahu serang Susilo, Obama
> 
> JAKARTA 14 Mei - Polis Indonesia mematahkan komplot oleh puak militan untuk 
> membunuh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, pegawai kerajaan dan tetamu asing 
> dalam serangan semasa sambutan hari kemerdekaan pada 17 Ogos ini.
> 
> Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri (gambar) berkata, militan 
> merancang serangan itu dengan mendapat inspirasi daripada serangan yang 
> membunuh 166 orang di Mumbai, India pada November 2008.
> 
> "Mereka merancang untuk membunuh Presiden, pegawai kerajaan dan tetamu asing 
> yang menghadiri sambutan hari kemerdekaan," kata Bambang pada sidang media di 
> sini hari ini. 
> 
> Militan Indonesia 'merancang beberapa pembunuhan di Jawa dan Jakarta dengan 
> warga asing terutamanya rakyat Amerika menjadi sasaran utama mereka, selain 
> Presiden Indonesia', katanya.
> 
> Mereka juga merancang untuk menggempur hotel-hotel dengan meniru serangan di 
> Mumbai, dan jika serangan-serangan itu berjaya, puak militan akan 
> mengisytiharkan Indonesia sebagai sebuah negara yang menjalankan pemerintahan 
> Islam, tambah beliau.
> 
> Ketua Polis itu bercakap pada taklimat mengenai siri serbuan yang dilancarkan 
> oleh polis antikeganasan baru-baru ini, berikutan penemuan sebuah kem latihan 
> militan di Aceh pada Februari lepas.
> 
> Bambang berkata, 58 suspek pengganas ditangkap dan 13 lagi dibunuh dalam 
> serbuan sejak tiga bulan lalu.
> 
> Sementara itu, pakar berkata, serbuan polis baru-baru ini menunjukkan militan 
> di Indonesia mungkin menukar strategi daripada melancarkan serangan bom 
> kepada pertempuran bersenjata ala tentera.
> 
> "Itu cara paling berkesan untuk menyerang warga asing tanpa membunuh penduduk 
> awam Indonesia," kata Noor Huda Ismail daripada Institut bagi Memupuk 
> Keamanan Antarabangsa.
> 
> Katanya, 'impian' militan ialah membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS), 
> Barack Obama yang dijadual melawat Indonesia pada pertengahan Jun ini.
> 
> Sebelum itu, pakar perisikan, Mardigu Wowi Prasantyo yang mengikuti siasatan 
> polis, berkata, Obama adalah antara individu yang dipercayai menjadi sasaran 
> puak militan yang ditangkap dalam serbuan polis baru-baru ini. - AFP/Reuters
> 
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
>


Kirim email ke