http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm

Pelajar agama Indonesia mati ditikam di masjid
NARATHIWAT 1 Julai - Seorang pelajar agama warga Indonesia ditikam sampai mati 
di sebuah masjid di selatan Thailand, hari ini.

Mangsa berusia 18 tahun itu ditikam tujuh kali ketika dia tidur di dalam masjid 
di Sungai Golok, wilayah Narathiwat, kata polis.

Enam pelajar lain turut tidur berhampiran mangsa ketika kejadian tetapi tidak 
ada orang lain yang cedera dalam serangan itu.

Siasatan awal menunjukkan serangan itu ada kaitan dengan perbalahan peribadi 
dengan remaja-remaja tempatan dan tidak ada kena-mengena dengan pemberontakan 
puak pemisah Islam yang berlarutan di selatan Thai sejak enam tahun lalu. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke