Harap diperhatikan, pada umumnya para ilmuwan Barat (Eropa dan Amerika) memahami tuhan dengan latar belakang tradisi religion (keagamaan) Yudeo-Christiani.
From: sunny Sent: Saturday, September 04, 2010 11:10 AM To: Undisclosed-Recipient:; Subject: [wanita-muslimah] Stephen Hawking: Tuhan tidak cipta alam semesta http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm Stephen Hawking: Tuhan tidak cipta alam semesta LONDON 3 Sept. - Pakar fizik dan matematik terkenal, Stephen Hawking muncul dengan teori baru yang mencetuskan kemarahan ramai pihak mendakwa Tuhan bukanlah pencipta alam semesta ini. Konsep itu dikesan didalam buku terbarunya The Grand Design yang dipetik dan disiarkan dalam akhbar Britain, The Times semalam. Buku berkenaan ditulis bersama seorang lagi pakar fizik, Leonard Mlodinow dijadual diterbitkan oleh Bantam Press pada 9 September ini. The Grand Design yang disifatkan oleh penerbit sebagai karya besar Hawking dalam tempoh hampir sedekad lalu, mencabar teori Isaac Newton yang menyatakan bahawa Tuhan terlibat dalam penciptaan alam semesta kerana sistem solar tidak mungkin terjadi secara semula jadi. Namun, Hawking menegaskan ia bukan semudah itu kerana untuk memahami alam semesta, adalah penting untuk mendalami bagaimana dan mengapa sesuatu berlaku, dengan memanggilnya sebagai 'Persoalan Terbesar Kehidupan, Alam Semesta dan Segala-galanya.' Hawking, pakar fizik British yang terkenal melalui tulisan mengenai lubang hitam, mendakwa penemuan sebuah planet mengelilingi sebutir bintang selain matahari pada 1992 'yang sama dengan keadaan planet bumi, menjadikan kejadian bumi bukan sesuatu yang membanggakan dan kurang mengagumkan seperti dakwaan bahawa bumi dicipta khas untuk manusia'. Sebelum ini, dalam buku terlarisnya, A Brief History of Time pada 1988, Hawking dilihat menerima konsep Pencipta, dengan menyatakan bahawa penemuan teori lengkap akan menjadi 'kejayaan besar untuk manusia dan untuk itu kita perlu tahu apa yang Tuhan fikirkan.' Namun The Grand Design dilihat berganjak daripada pendapat asalnya itu dengan menyatakan bahawa fizik dapat menjelaskan kejadian tanpa perlunya 'Pencipta yang menjadikan Alam Semesta untuk kebaikan kita.' "Oleh kerana terdapat hukum alam seperti graviti, Alam Semesta mampu dan akan tercipta dengan sendiri daripada tiada. "Penciptaan spontan merupakan sebab adanya sesuatu berbanding tiada apa-apa, mengapa Alam Semesta wujud dan mengapa kita wujud. Tidak semestinya ia membabitkan Tuhan untuk... mengaturkan Alam Semesta," katanya. Hawking bersara pada tahun lalu daripada Lucasian Chair of Mathematics di Universiti Cambridge selepas 30 tahun memegang jawatan itu yang juga pernah dipegang oleh Newton. Beliau yang mengalami penyakit urat saraf sejak berusia 22 tahun, terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan bertutur menggunakan bantuan sebuah komputer dan alat sintesis suara. - AP [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed]