cerita dongeng apa pengelihatan si iblis ya [?]

On Fri, Nov 7, 2008 at 5:42 AM, tawangalun <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

>   Tatkala Rasulullah SAW mengorak langkah untuk menyebarkan dakwah
> secara terbuka, orang-orang musyrikin Quraisy menuduh baginda yang
> mencipta ayat-ayat Al-Quran. Jika difikirkan secara logik, Rasulullah
> SAW adalah seorang yang buta huruf.
>
> Tambahan pula, sepanjang hayat baginda menetap di jazirah Arab yang
> mengalami purata hujan tahunan yang amat rendah. Bagaimanakah baginda
> tahu-menahu tentang gumpalan awan seperti gunung serta pembentukan
> ketulan ais akibat proses pengumpulan awan?
>
> Sudah tentu terdapat `penyampai' yang menitip maklumat kepada
> Rasulullah SAW perihal suasana di atmosfera dan cakerawala.
> `Penyampai' yang dimaksudkan adalah malaikat Jibrail yang mula membawa
> wahyu, tanggal 6 Ogos (17 Ramadan) tahun 610 Masihi.
>
> Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukanlah suatu kitab ketinggalan zaman
> yang perlu diubah mengikut perkembangan semasa kerana pelbagai bidang
> sains seperti astronomi, kosmologi, oseanografi mahupun zoologi sudah
> pun termaktub di dalamnya.
>
> Saintis Barat seperti Luke Howard, Francis Beaufort, Cleveland Abbe
> dan Vilhelm Bjerknes terkial-kial membuat kajian tentang meteorologi
> sejak 300 tahun lepas, ilmu tersebut sudah pun termaktub dalam Al-
> Quran sejak 1400 tahun dahulu.
>
> Meteorologi merupakan kajian saintifik tentang atmosfera dan pelbagai
> proses yang berlaku di dalamnya. Apabila disebut meteorologi, sudah
> pasti masih ramai yang tidak tahu maksud istilah tersebut berbanding
> "ramalan cuaca".
>
> Setelah kajian dilaksanakan oleh stesen kaji cuaca dengan bantuan
> satelit dan beberapa perkakasan canggih, barulah ramalan cuaca
> dikeluarkan. Berapakah peratus daripada penonton televisyen yang
> memberi perhatian terhadap segmen ramalan cuaca yang disiarkan di
> dalam rancangan televisyen atau radio setiap hari?
>
> Di Malaysia, meteorologi tidak begitu menonjol jika dibandingkan
> dengan cabang ilmu sains yang lain. Hakikatnya, bertitik tolak dari
> meteorologi, ia menghasilkan pelbagai kajian sains seperti climatology
> (kajian tentang iklim), hidrologi, strata vegetasi, botani, zoologi
> dan biogeografi.
>
> Allah SWT telah mencipta air yang berupaya wujud dalam tiga fasa pada
> masa yang sama iaitu pepejal, cecair dan gas. Ciri unik ini
> menghasilkan pelbagai bentuk kehidupan di eko sistem daratan mahupun
> akuatik. Selain daripada air, parameter seperti keamatan cahaya, suhu,
> arah pergerakan angin, radiasi elektro magnetik dan tekanan udara
> turut diambil kira.
>
> Tahukah anda bahawa terdapat beberapa ayat Quran yang memberi gambaran
> tentang meteorologi? Rujuklah kepada : Surah Al Araaf (7: 57), An Nahl
> (16: 65), Al Mukminun (23: 18), An-Nur (24: 43), Al Furqaan (25:
> 48-50), Ar Rum (30: 48), As-Sajdah (32: 27), Fushshilat (41: 39) dan
> Al Mulk (67: 30).
> Kesemua ayat-ayat tersebut adalah di bawah kategori ayat Makiyah
> kecuali An-Nur (24: 43) merupakan ayat Madaniyah. Surah Ar Rum (30:
> 48) yang membawa maksud: "Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu
> angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit
> menurut yang dikehendaki- Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal,
> lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan
> itu turun pada hamba-hamba yang dikehendaki- Nya, tiba-tiba mereka
> menjadi gembira."
>
> Jika diteliti ayat di atas, terdapat beberapa proses yang berlaku di
> dalam atmosfera sebelum hujan turun: Awan Bergerak (Dengan Bantuan
> Angin) –> Awan Membentang –> Awan Bergumpal –> Hujan Turun.
>
> Surah An-Nur (24: 43) yang membawa maksud: Tidakkah kamu melihat
> bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara
> (bahagian-bahagian) nya, kemudian menjadikan bertindih-tindih, maka
> kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga
> menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, iaitu dari
> gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya
> butiran ais kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan dipalingkan dari
> sesiapa yang dikehendaki- Nya.
>
> Terdapat sedikit perbezaan di antara ayat pertama dan kedua,
> diringkaskan seperti berikut: Awan Bergerak –> Awan Berkumpul–> Awan
> Bergumpal/bertindih –> Hujan/butiran Ais Turun.
> Surah Ar-Rum (30: 48) menggambarkan tentang klasifikasi awan manakala
> An-Nur (24: 43) menerangkan tentang proses kerpasan (precipitation) .
>
> Ahli-ahli meteorologi telah merumuskan bahawa awan terbahagi kepada
> dua kategori:
> i) Awan membentang: sirus, sirokumulus, altokumulus, altostratus,
> stratus dan stratokumulus
> ii) Awan bergumpal: kumulonimbus, kumulus dan nimbostratus
>
> Awan kumulus tidak bertahan lama. Apabila angin kuat yang mengandungi
> udara lembap bergerak ke atas, ia akan membentuk awan kumulonimbus
> yang membawa hujan lebat, petir dan guruh. Awan jenis ini kadangkala
> mempunyai bahagian atas dan bawah yang leper.
>
> Jika angin bertiup kencang, bahagian atas akan membentuk satu lapisan
> awan yang dikenali sebagai stratokumulus. Awan stratus terbentuk
> apabila satu lapisan udara disejukkan pada titik tepu. Selain daripada
> kumulonimbus, nimbostratus turut ditakuti oleh manusia kerana membawa
> hujan bagi jangkamasa yang lama. Lantaran itu, ia menyebabkan tanah
> runtuh, jalan raya merekah serta banjir yang lambat surut.
>
> Kerpasan berlaku ketika titisan air atau hablur ais menjadi cukup
> berat dalam gumpalan awan dan udara tidak berdaya lagi untuk
> menghalangnya daripada jatuh ke bumi. Fenomena ini boleh
> diklasifikasikan kepada dua kategori:
> i) bentuk cecair: hujan dan gerimis
> ii) hablur ais: salji, hujan beku (freezing rain), untal ais (ice
> pellets) dan hujan batu (hail)
> Hujan beku adalah air hujan yang akan membeku apabila jatuh ke bumi
> manakala hujan batu terdiri daripada ketulan ais yang mungkin mencapai
> saiz bola golf. Yang pasti kedua-dua jenis hujan ini membawa
> kemusnahan kepada tanaman ladang, menumbangkan pokok, merosakkan
> pencawang elektrik serta bumbung rumah.
> Firman Allah SWT dalam Surah Al Mukminun (23: 18): Dan Kami turunkan
> air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu
> menetap di bumi dan sesungguhnya Kami benar berkuasa menghilangkannya.
>
> Ada pihak yang merujuk istilah `suatu ukuran' atau `biqadarin' (Bahasa
> Arab) kepada air yang meliputi kira-kira 71% daripada permukaan bumi.
> Tafsiran itu tidak salah dan boleh diterima tetapi `biqadarin' perlu
> dilihat dari sudut lain iaitu:
>
> 1. Saiz (diameter) titisan air hujan dan hablur ais yang turun akibat
> kerpasan
>
> - Gerimis adalah titisan air yang berdiameter 0.2-0.5 mm, berasal dari
> awan stratus. Kedudukan stratus yang rendah membatasi titisan air
> daripada membesar akibat proses perlanggaran sesama sendiri.
>
> - Titisan air hujan berasal dari nimbostratus berukuran berdiameter
> 1-2 mm sementara titisan dari kumulonimbus berdiameter 3-6 mm.
>
> - Untal ais adalah partikel berwarna putih dalam bentuk kon atau
> sfera, berdiameter 1-5 mm. Ia terbentuk apabila itisan air dalam awan
> berada pada suhu -10C (14F) hingga -20C (-4F).
>
> - Hujan batu (hail) terbentuk ketika hujan lebat, diikuti dengan angin
> kencang. Proses perolakan angin menolak butiran ais ke arah atas,
> kembali ke lapisan atas dan tengah awan kumulonimbus. Butiran ais
> menjadi besar setelah bergabung dengan titisan air.
>
> 2. Ukuran purata air hujan yang turun di pelbagai tempat
> - Di Lembah Amazon dan Lembah Congo, purata hujan tahunan adalah
> melebihi 250 sm. Di Pulau Madagascar dan Gunung Kilimanjaro, purata
> hujan tahunan adalah di antara 50 - 100 sm manakala di Gurun Gobi dan
> Gurun Great Victoria, purata hujan tahunan hanya mencecah 25sm.
>
> Dengan wujudnya pelbagai purata hujan tahunan serata dunia, maka
> terbentuklah tujuh kumpulan iklim: Tropika Lembap, Kering, Subtropika,
> Temperat, Boreal, Kutub dan Tanah Tinggi.
>
> Firman Allah dalam Surah as-Sajdah (32: 27): "Dan apakah mereka tidak
> memerhatikan bahawa Kami menghalau awan yang mengandungi air ke bumi
> yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu dengan tanaman
> yang menjadi sumber makanan binatang ternakan dan mereka sendiri. Maka
> apakah mereka tidak memerhatikan?"
>
> Ayat di atas menggambarkan satu rantai makanan (food chain) yang
> ringkas: Air Hujan –> Tumbuh-tumbuhan
> (Autotrof) –> Haiwan (Heterotrof)
>
> Autotrof atau pengeluar, membuat makanan sendiri melalui proses
> fotosintesis. Haiwan tidak boleh menjadi autotrof kerana ia tidak
> boleh membuat makanan sendiri. Heterotrof yang terdiri daripada
> herbivor, karnivor dan omnivor memerlukan autotrof untuk meneruskan
> kelangsungan hidup.
>
> Semakin tinggi purata hujan tahunan bagi suatu kawasan, maka rantai
> makanan menjadi lebih kompleks. Dua jenis biogeografi dipilih sebagai
> perbandingan:
>
> (a) Hutan Amazon dan Kalimantan: berhampiran dengan garis Khatulistiwa
> (hutan hujan tropika).
>
> Kawasan ini mendapat cahaya matahari sepanjang tahun dan purata hujan
> tahunan melebihi 250 sm. Oleh itu, kepelbagaian spesies flora dan
> fauna adalah tinggi, rantai makanan menjadi lebih kompleks, berubah
> menjadi jaringan makanan. Lebih banyak kitaran biogeokimia berlaku
> untuk memberi keseimbangan gas dan nutrient, antara organisma dan
> persekitaran. Misalnya kitaran karbon, kitaran nitrogen, fosforus dan
> sulfur.
>
> (b) Siberia dan Alaska: berhampiran dengan Kutub Utara (tundra).
>
> Kawasan ini pula memperoleh cahaya matahari enam bulan sekali dan
> purata hujan tahunan kurang daripada 25 sm. Lantaran itu, kepelbagaian
> spesies flora dan fauna adalah rendah, rantai makanan adalah ringkas.
> Semasa musim panas dan lapisan air mencair, beberapa spesies
> bunga-bunga kecil, rumput dan herba akan kelihatan.
>
> Apa yang jelas, Quran bukannya diturunkan untuk satu umat atau satu
> abad, tetapi untuk seluruh umat manusia sehingga hari Kiamat kelak.
> Bagi sesetengah pihak yang menuduh kandungan Quran tidak sesuai
> diamalkan pada zaman sekarang adalah mereka yang tidak mengkaji Quran
> secara menyeluruh. Golongan pemikiran cetek dan dangkal ini hanya
> mengkaji dan mentafsir ayat-ayat yang tertentu sahaja.
>
> Shalom,
> Tawangalun.
>
>  
>

<<32B.gif>>

Kirim email ke