Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan 
muslimat,

Terlebih dahulu saya minta maaf kepada semua sekiranya message ini 
mengganggu anda .Tujuan saya menghantar message ini ialah untuk 
memberitahu tentang ibadah  `umrah sambil melihat kesan peninggalan 
umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah 
mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini , melihat azab yang 
telah menimpa umat yang telah mendustakan kekuasan ALLAH  " .

Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan  `umrah sambil 
mengembara ketempat lain. 
- Tahun 1994 `Umrah /Jordan.( Cuti sekolah 14 hari – Peak Season , 15 
hari – 2 malam di Amman, Jordan ) . Jumlah jemaah 15 orang dan harga 
pakej 3200 RM.
- Tahun 1995 `Umrah /Jordan/Baitul Maqdis ( 18 Hari - 1 malam di 
Amman, Jordan, 2 mlm Baitul Maqdis ) . Jumlah jemaah 14 orang dan 
harga Pakej 3800RM .
- Tahun 1996 `Umrah /Jordan/Baitul Maqdis 15 hari ( tak puas pergi 
sekali ke Baitul Maqdis lebih-lebih lagi ianya tempat suci yang 
ketiga selepas Makkah dan Madinah ). Jumlah jemaah 11 orang dan harga 
Pakej 3600 RM
- Tahun 1997 `Umrah / Beirut,Lubnan ( 14 hari ). Jumlah jemaah 6 
orang dan harga pakej  3300 RM ( Sekarang kapal terbang Lubnan tidak 
lagi beroperasi diKuala Lumpur ).
- Tahun 1998 `Umrah /Istanbul . Jumlah jemaah 9 orang dan harga Pakej 
3600 RM 
- Tahun 1999 tak dapat pergi kerana tak ada rezki. Semuanya ALLAH 
yang tentukan.
-  Tahun 2000 `Umrah / Istanbul/ Mesir. ( 18 hari – 2 hari Istanbul 
dan 4 hari di Kaherah ).Tak puas melawat Istanbul pada kali yang 
pertama. Jumlah jemaah 8 orang,harga Pakej 4000 RM.
- Tahun 2001 tak pergi kerana tiada rezki.
- Tahun 2002 `Umrah / Dubai   ( cuti sekolah 14 hari – Peak Season ). 
Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej 3300 RM.
- Tahun 2003 `Umrah/Bahrain ( 15 hari ). Jumlah jemaah  7 orang dan 
harga Pakej 3500 RM .      - Bulan March 2004 , saya pergi ke 
Beijing, China selama 9 hari.
- Bulan Jun 2004 `Umrah/ Dubai ( cuti sekolah 14 hari – Peak 
Season ). Jumlah jemaah 10 orang dan harga Pakej 3500 RM. Pada awal 
Ramadhan pula `Umrah dengan pesawat MAS selama 15 hari. Oleh kerana 
naik MAS maka kami hanya ke Makkah dan Madinah sahaja. Jumlah jemaah 
7 orang dan Harga pakej 4000 RM ( peak season ).
- Bulan Jun 2005 `Umrah / Berunai ( 15 hari ). Jumlah jemaah 23 orang 
dan harga Pakej 3600RM
- Tahun 2006 `Umrah /Abu Dhabi ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 25 orang. 
Harga Pakej 4100 RM, dan cuti sekolah Jun 2006 ( 14 hari ) . Jumlah 
jemaah  9 orang dan harga Pakej 4300 RM ( Peak season ).

Untuk pengetahuan semua belanjanya tidak mahal kalau nak dibandingkan 
pergi melalui agensi. Walau bagaimana pun semua telah maklum bahawa 
harga tiket semakin naik walau pun harga minyak dipasaran dunia dah 
turun.. 

Pada tahun ini, insha` ALLAH dalam bulan April atau Mei atau kedua-
duanya sekali saya bercadang untuk mengerjakan `umrah dan seterusnya 
lawatan ke Jordan  atau Syria atau ke negara `Arab yang lain selama 2 
minggu. 

Saya belum buat keputusan lagi nak ziarah ke mana selepas selesai 
`umrah kerana nak lihat cadangan jemaah dahulu. Ada beberapa tempat 
yang dicadangkan seperti Kaherah, Istanbul, Jordan, Syria atau ke 
tempat yang lain. Sekiranya ke Jordan , kalau ada  rezki boleh 
menziarahi Al Masjidil Aqsa, iaitu tanah suci Islam yang ketiga 
selepas Makkah dan Mdinah. Jangan bimbang !  Insha` ALLAH pergi ke 
Baitul Maqdis ini selamat kerana Baitul Maqdis adalah sebuah daerah 
dan AL Msjidil Aqsa termasuk dalam daerah Baitul Maqdis. Ada pun 
tempat berlakunya konflik ianya jauh dari Al Masjidil Aqsa .Lawatan 
ke Baitul Maqdis juga tertakluk kepada kelulusan, sekiranya keadaan 
tidak aman kerajaan Jordan tidak benarkan kita memasukinya awal-awal 
lagi . Sebab itulah saya katakan kalau ada rezki kerana bukan semua 
orang yang masuk Jordan boleh melawat Baitul Maqdis, ianya tertakluk 
kepada kelulusan kerajaan Jordan. 

Kalau tak dapat melawat Baitul Maqdis kita melawat sekitar  `Amman , 
Jordan seperti laut mati, Gua Ashaabul kahfi, maqam Nabi Shu`ib ( 
Wallaahu `aa`lam ) , Roman Amphiteater dan lain-lain tempat lagi. 
Sekiranya ada cadangan nak melawat Dimasq ( Damshiq ), Syria bagus 
juga kerana  Damshiq merupakan satu destinasi yang penting , ianya 
pernah menjadi pusat pemerintahan Bani Umayyah selepas pemerintahan 
Al Khulafa` Ar Raashidin . Banyak kesan peninggalan zaman silam dan 
kesan Bani Umayyah yang terdapat diDamshik. Dari Amman, Jordan ke 
Damshiq hanya 2 jam perjalanan dengan bas dan rakyat Malaysia tidak 
perlu mohon visa memasuki Jordan dan Syria.

Walau bagaimana pun lawatan ke Baitul Maqdis atau Damshik, Syria ini 
diatas perbelanjaan sendiri.        Saya tak tahu lagi berapa 
bayarannya kerana urusan ke Baitul Maqdis dibuat setelah kita sampai 
diJordan . Begitu juga lawatan ke Syria, tetapi saya anggarkan dalam 
500 RM. Ada pun lawatan ke Jordan , harganya termasuk dalam harga 
pakej yang akan ditentukan selepas dapat harga tiket dari airlines 
nanti.

Harga Pakej tak dapat ditentukan lagi kerana pihak airlines belum 
keluarkan harga lagi. Mungkin anda semua lihat didalam akhbar pihak 
travel agensi telah pun mempamirkan harga pakej masing-masing. Namun 
demikian , saya perlu beritahu bahawa itu hanyalah anggaran sahaja , 
bukan harga sebenar. Sekiranya harga naik lagi besar kemungkinan 
harga akan diubah semula oleh pihak travel agensi.

Harga pakej saya rasanya yang termurah kerana saya sendiri yang 
uruskan semuanya seperti urusan penginapan, makanan ( 3 kali sehari , 
termasuk air panas dan sejuk 24 jam ). Saya sendiri yang akan menjadi 
travel guide. Kalau pergi dengan agensi , mereka akan contact rakan-
rakan saya di Makkah dan Madinah. Jadi saya terus direct dengan 
mereka disana. Oleh itu kosnya murahlah . Jangan bimbang ya ! Saya 
tinggal 6 tahun disana semasa belajar dahulu.  Saya hanya dapat pergi 
ke Makkah sewaktu cuti semester sahaja kerana saya bekerja sebagai 
seorang pensyarah disalah sebuah IPT. Saya dapat kendalikan sendiri 
kerana pengalaman saya sewaktu belajar di Madinah dari akhir tahun 
1979 hingga 1985. Saya mempunyai banyak pengalaman semasa disana, 
termasuk pengalaman mengendalikan kebajikan jemaah haji , mencari 
jemaah haji yang sesat , cara nak berkomunikasi dengan tok `Arab yang 
kasar dan lain-lain lagi. Diantara pengalaman yang tak dapat 
dilupakan ialah mencari jemaah yang hilang. Ada diantara jemaah yang 
hilang tak dapat dikesan oleh pihak tabung haji tetapi saya ada cara 
yang tersendiri untuk mengesanya sehingga saya dapat menemui mereka 
yang sesat ini. Cerita ini panjang .Mungkin lain kali saya akan 
ceritakan, insha` ALLAH.  

Setelah saya kembali ke Malaysia tahun 1985 saya hanya dapat 
megerjakan umrah pada tahun 1989 , iaitu dalam perjalanan untuk 
menyambungkan pelajaran ke Sudan. kemudian pada tahun 1994 saya mula 
membawa jemaah . Ketika itu saudara-mara dan sahabat berhasrat nak 
mengerjakan `umrah. Apabila mereka beritahu saya, terlintas untuk 
menolong mereka kerana dari pengalaman saya, ramai jemaah haji dan 
`umrah melakukan kesalahan ketika mengerjakan haji dan `umrah. Saya 
terfikir kenapa nak biarkan mereka pergi dengan travel agen ,yang 
mana setahu saya semenjak saya masih belajar disana,  pihak travel 
agen akan serahkan kepada wakil di sana, iaitu orang melayu Malaysia, 
Indonesia atau Patani yang tinggal disana. Sewaktu ziarah pula wakil 
ini akan cari seorang tour guide untuk memberi penerangan kepada 
jemaah . Saya juga pernah menjadi tour guide semasa belajar disana 
dahulu. Yang jadi masalahnya, selalu juga pelajar sibuk , jadi wakil 
disana akan cari siapa sahaja yang boleh jadi tour guide. Olih itu 
mungkin penerangan yang disampaikan itu salah. Kita tak tahu samada 
mereka mempunyai pengetahuan tentang amalan haji atau `umrah. Ada 
yang tinggal disana kerana bekerja sendiri tetapi mengaku belajar. 
WALLAHU `AA`LAM.

Selama hampir 6 tahun belajar di Universiti Madinah, saya terlibat 
secara langung dengan urusan haji dan `umrah . Saya pernah diambil 
oleh Tabung Haji dan ditempatkan di zon atau maktab ( pejabat ) , 
saya juga pernah berkhidmat dibahagian hospital .Setiap hari saya 
akan berulang alik dari pejabat tabung haji dan hospital-hospital 
diMadinah meninjau jemaah haji Malaysia sekali gus menjadi perantara 
diantara  pejabat tabung haji dengan hospital-hospital diMadinah. 
Saya juga pernah menjadi Tour Guide dengan berbagai-bagai syarikat di 
Malaysia termasuk syarikat MAS sewaktu musim `umrah.

Sebelum ini saya hanya pergi setahun sekali sahaja kecuali dalam 
tahun 2004 saya dapat pergi 2 kali iaitu bulan Jun dan bulan puasa. 
Sebelum bulan puasa saya tak dapat lagi taqwim semester . Selepas 
saya pulang `umrah barulah taqwim keluar dan saya dapati bulan puasa 
dalam tahun tersebut cuti. Jadi. saya pun pergi sekali lagi kerana 
nak rebut pahala besar dalam bulan puasa. Apabila saya nak 
mengerjakan `umrah, kawan-kawan dan, jiran dan orang kampung akan 
tanya kerana nak tumpang sama.

Pada tahun lepas , Alhamdulillah saya dapat mengerjakan  `umrah 2 
kali juga , kali pertama dari 5.5.2006 hingga 18.5.2006 seramai 23 
orang jemaah dengan harga pakej 4100RM. Oleh kerana ada lagi orang 
nak pergi tapi tak sempat kerana mereka beritahu saya lambat, maka 
saya suruh mereka tunggu saya pulang untuk mengendalikan urusan . 
Setelah saya siap buat urusan, Alhamdulillah saya berangkat untuk 
kali kedua dari  13.6.2006 hingga 27.6.2006 (  Cuti sekolah 14 Hari – 
Peak season ) seramai 9 orang sahaja tetapi travel agensi hantar 
jemaah dia seramai 7 orang . Jadi jumlahnya 16 orang .

Sebenarnya tidak ramai orang ikut saya ( sila lihat jumlah jemaah 
yang saya catitkan diatas ). Walau pun jemaah yang ikut sedikit 
tetapi sekiranya saya nak pergi saya tak kisah samada jemaah ramai 
atau sedikit kerana saya tak fikirkan sangat soal keuntungan. 
Selalunya saya tak dapat percuma  ( saya pun kena keluar duit juga ) 
kerana jemaah tak ramai. Dalam bulan puasa tahun 2004, saya kena 
bayar penuh , sama dengan jemaah bayar pada saya . Saya ambil dengan 
jemaah 4000RM sedangkan jemaah hanya seramai 7 orang sahaja. Oleh itu 
saya tak dapat nak cover, lebeh-lebeh lagi harga hotel melambung 
tinggi dalam bulan puasa. Jemaah tahu yang saya pun kena bayar macam 
mereka kerana mereka tanya harga pakej jemaah dari travel agensi lain 
yang tinggal satu hotel dan naik pesawat yang sama. Mereka terkejut 
kerana harga pakej travel agensi jauh lebeh mahal dari saya sedangkan 
jumlah mereka lebeh 40 orang. Oleh itu mereka nak beri wang lagi 
kepada saya kerana kasihan melihat saya letih sedangkan saya tak ada 
untung langsung, tetapi saya tak mahu terima kerana saya bersyukur 
kepada ALLAH dapat mengerjakan `umrah dalam bulan puasa.  

Namun begitu travel agent tempat saya beli tiket selalu kirim jemaah 
melalui saya .Ini bermakna mereka ini dah jadi jemaah saya tanpa saya 
menerima bayaran yang setimpal sebab ada travel agen yang beri saya 
100 RM untuk setiap seorang jemaah mereka,  dan ada yang hanya beri 
50 RM untuk seorang. Hanya sekali sahaja yang beri 200 RM untuk 
setiap jemaah. Bayangkan saya nak jaga manusia yang bukan semua nya 
satu kepala. Travel agen ni dapat untung banyak kerana mereka tak 
perlu hantar jemaah yang melibatkan kos yang tinggi . Olih itu kirim 
sahaja kepada saya ,ejen ni dapatlah untung banyak .dan saya pun 
sanggup bawa , saya tak kisah kerana tujuan saya untuk berdakwah dan 
berkhidmat kerana ALLAH.Satu perkara lagi nak diterangkan ialah kalau 
kita pergi ramai kosnya lebeh murah lagi. 

Sebagaimana yang saya telah jelaskan bahawa pada tahun 2004 ,dalam 
bulan puasa hanya 7 orang yang mengikut saya mengerjakan umrah . Di 
Makkah,  kami yang seramai 8 orang ( termasuk saya ) menaiki bas yang 
sama dengan rombongan 35 orang dari sebuah agency di Johor untuk 
melawat persekitaran Makkah. Sepatutnya saya menaiki bas yang saya 
sewa sendiri tanpa bercampur dengan orang lain tetapi oleh kerana 
konsortium ( muassasah ) disana nak untung maka dicampurkanlah kami 
dengan rombongan lain. Saya boleh berkeras dan melaporkan kepada 
kementerian Haji Arab Saudi tetapi saya tak mahu melakukan demikian 
kerana memandangkan bulan puasa yang mulia. Tahun 2003 dulu saya 
pernah ugut nak laporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi , apa 
lagi wakil konsortium merayu-rayu saya dan diberinya bas yang besar 
kepada rombongan saya yang hanya berjumlah 11 orang sahaja.

Berbalik kepada cerita tadi ketika bas nak bertolak saya hanya 
berdiam diri tak mahu tampil ke depan kerana maklumlah saya sedar 
rombongan saya hanya 8 orang sedangkan mereka 35 orang, sudah tentu 
mereka ada tour guide sendiri , tetapi apabila saya tak nampak 
seorang pun yang maju kedepan lantas saya pun mengambil mikrofon dan 
tanya siapakah ketua rombongan dari Johor tadi, kemudian tampil 
seorang haji ( rombongannya panggil dia ustaz dan memang orang 
panggil ketua rombongan `umrah sebagai ustaz walau pun dia bukan 
ustaz - senang dapat title ustaz ya, bawa rombongan `umrah, orang 
akan panggil ustaz atau ustazah ???? ).Saya hulurkan microphone 
kepadanya minta dia jadi tour guide tetapi dia jawab tak tahu nak 
cakap apa. Katanya tour guide rombongannya ( orang yang tinggal di 
Makkah ) ada hal dan tak dapat datang. Saya rasa kasihan kepada 
jemaah itu lalu saya bertindak menjadi tour guide. Kawan-kawan saya 
seramai 7 orang itu semuanya ustaz-ustaz lecturer dari UM dan UIA. 
Kalau saya nak terangkan kepada mereka pun cukuplah secara ringkas 
sahaja tetapi kerana kasihankan jemaah yang ramai itu saya terpaksa 
berikan penerangan dengan panjang lebar. Rakan-rakan saya suruh saya 
minta tips dari ketua jemaah kerana memang ketua jemaah mesti bayar 
kpd tour guide sebanyak 150RM tetapi saya tak melakukan demikian 
kerana saya inginkan pahala , lebeh-lebeh lagi bulan puasa. Walau 
bagimana pun ketua rombongan itu masukkan dalam kocek saya 50 Rial.

Sebenarnya dah 3 kali saya alami peristiwa yang sama sebelum ini. 
Kasihan jemaah ya ! Tujuan saya bawa cerita ini ialah untuk 
mengingatkan kepada semua kalau kita nak pergi `umrah seboleh-
bolehnya pergilah dengan orang yang pernah belajar disana kerana dia 
tahu selok belok disana lebeh-lebeh lagi ramai ketua rombongan ( 
termasuk ustaz-ustaz dan ada yang hafiz ) yang memimpin jemaah `umrah 
melakukan perkara yang salah semasa mengerjakan `umrah. Kita dah 
habiskan wang yang banyak untuk `umrah , maka sudah tentu kita 
inginkan ibadah yang sempurna.

Untuk maklumat anda kenapa saya beria-ria sangat mengajak orang pergi 
`umrah dengan saya . Selain dari tujuan untuk berdakwah dan 
membimbing jemaah supaya melakukan umrah dengan cara yang betul 
mengikut cara yang dilakukan Nabi sallallahu `alaihi wasallam ada 
satu lagi sebab, iaitu berkaitan dengan travel agensi.

Sejak saya mula membawa jemaah ber`umrah, dah 10 kali saya bertukar 
egensi untuk membeli tiket. Saya ada senarai egensi yang di black 
list oleh caterer di Makkah  dan Madinah . Kebanyakan caterer di 
Makkah dan Madinah itu kawan-kawan saya . Mengapa egensi2 ini di 
black list ? Sebab tak bayar wang makan. Ada egensi yang tak  bayar 
100000 Saudi Rial . Tahun lepas, salah seorang kawan saya ( caterer ) 
pulang ke Malaysia dari Makkah menjejaki travel agensi yang berhutang 
dengannya sebanyak 30000 rial. 

Dalam hal ini jemaah tidak salah kerana diMalaysia lagi mereka telah 
membayar harga penuh kepada travel agensi dan ini termasuk wang makan 
serta hotel tetapi banyak egensi tak membayar wang makan kepada 
caterer diMakkah dan Madinah. Dalam erti kata lain anda bayar harga 
pakej penuh kepada egensi untuk ber`umrah tetapi egensi inilah yang 
tak bayar kpd Caterer di Makkah dan Madinah. Mungkin pada mulanya 
egensi ini berhutang kerana nak pusing duit atau modal tetapi lama 
kelamaan hutang yang tertunggak menjadi banyak dan agak berat nak 
membayarnya. Caterer2 ini pula tak sampai hati tak beri makan kepada 
jemaah  `umrah kerana mereka tahu jemaah dah bayar kepada egensi. 
Inilah yang selalu berlaku.tetapi jemaah tidak tahu hal ini. 

Sekiranya anda tidak berhajat nak pergi bolehlah tanya teman-teman 
atau saudara mara yang nak pergi. Kemudian contact saya melalui e 
mail . Setelah itu saya akan berikan nombor talipon. 
Berkaitan dengan harga pakej pula , rasanya lebeh kurang 1 minggu 
lagi airlines akan keluarkan harga dan ketika itu barulah saya boleh 
tetapkan harga dan insha` ALLAH lebeh murah dari agensi.

Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan `umrah ini amat mudah 
sekali. Kita hanya perlu kerjakan rukun-rukun dan wajib-wajib haji 
sahaja. Tiada bacaan yang khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja. 
Ada pun buku-buku haji dan `umrah yang banyak berada dipasaran yang 
memuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh `ulama sahaja 
sedangkan Nabi sallallaahu`alaihi wasallam sendiri tidak 
mengkhususkan bacaan. Jadi jangan keliru ya kerana saya banyak 
bertanya orang kenapa tak pergi haji atau umrah . Mereka jawab susah 
nak melancar bacaan ( doa` ). Ini sudah salah kerana tiada bacaan 
yang khusus untuk melaksanakannya. Menyedari kesilapan  ini, 
Alhamdulillah saya telah pun mengarang sebuah buku tentang haji dan 
`umrah.Buku ini belum diterbitkan lagi kerana saya tiada modal. Saya 
hanya berikan buku ini kepada jemaah yang ikut saya mengerjakan 
`umrah. Kalau anda mahukan buku ini saya boleh lampirkan dalam e 
mail. 

Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL 
`AALAMIN.  Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.


Firman ALLAH : " Dan sempurnakanlah `ibadah haji dan `umrah kerana 
ALLAH " ( Aali `Imran :196 ).

Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam  bersabda : "  Iringilah ( 
susulilah ) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat 
menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana ahli logam membuang 
karat dari besi, perak, dan emas. Tiada lain pahala yang diterima 
haji yang mabrur kecuali syurga  ( H.R At Turmudzi, Ibnu Hibban dan 
Ibnu Khuzaimah Rahimahumullah ). Hadith ini darjatnya Hasan Sahih.
 
Diriwayatkan dengan isnad yang hasan ( baik ) oleh Ibnu Juraij 
Rahimahullah dari Jabir Radhiallaahu`anhu bahawa Rasulullah 
Sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :" Rumah (Kaa`bah) ini adalah 
tiang Islam ,maka sesiapa yang berangkat menuju ke  rumah ini dia di 
jamin oleh ALLAH , sekiranya dia mati ALLAH akan masukkannya ke dalam 
syurga dan jika dia kembali ke tanah airnya ALLAH akan menberkatinya 
dengan memberinya oleh-oleh dan pahala " .

Dalam hadith yang pertama, ALLAH telah beri jaminan kepada sesiapa 
yang mengerjakan haji dan `umrah bahawa ALLAH akan menghapuskan 
kemiskinan mereka. Namun begitu ramai orang tak faham, mereka sangka 
wang mereka akan habis. Kita hendaklah yakin terhadap janji ALLAH 
kerana bermacam-macam cara ALLAH akan memberi rezki kepada kita.

Walaubagimana pun sekiranya kita hendak pergi haji dan `umrah pada 
kali yang kedua dan seterusnya, kalau ada jiran atau saudara mara 
kita memerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itu 
keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak pergi 
melancung  juga  ke tempat lain , adalah lebeh baik kita mengerjakan 
haji dan `umrah. WALLAAHU `AA`LAM.


Kirim email ke