SPR (Sial Punya Rashid) main wayang lagi.
Berpuluh-puluh petisyen pilihanraya telah dibuat oleh
PAS tetapi ditolak oleh mahkamah yang melindungi
rasuah UMNO/BN.
UMNO dan rasuah sudah sebati, ibarat tahi dan kentut. 

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

SPR persoal Pas -- Tidak fail petisyen jika ada bukti
BN menang kerana wang
Oleh: NOR AZIAH JAAFAR

UTRAJAYA 8 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
mempersoalkan mengapa Pas tidak memfailkan petisyen ke
Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas keputusan
pilihan raya lalu diumumkan jika benar ia mempunyai
bukti Barisan Nasional (BN) menang kerana menggunakan
wang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
berkata di bawah Undang-Undang Pilihan Raya, mana-mana
pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan
raya boleh memfailkan petisyen ke Mahkamah Tinggi
dalam tempoh 21 hari selepas ia diwartakan.

``Jika (Pas) ada bukti kenapa tidak kemukakan
petisyen? Pilihan raya sudah selesai dan peluang
kemukakan petisyen berkaitan salah laku pilihan raya
sudah habis. Kalau ungkit sekarang ia cuma mainan
politik. Jika masuk mahkamah pun tidak boleh menang,''
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan
Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan,
Datuk Nik Aziz Nik Mat menuduh BN menggunakan wang
untuk memenangi pilihan raya umum lalu.

Berikutan tuduhan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO, Khairy Jamaludin memberi kata dua kepada Menteri
Besar Kelantan itu _ tarik balik kenyataan atau hadapi
tindakan undang-undang.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan berbuat demikian
tetapi mengaku mempunyai bukti dakwaannya adalah
benar.

Abdul Rashid menyifatkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu
sebagai mengarut dan tidak berasas serta dikeluarkan
tanpa menggunakan akal, sebaliknya hanya untuk
melepaskan geram.

Justeru, beliau meminta supaya tidak mengambil berat
kenyataan itu kerana ia hanya membuang masa.

``Memang perangai dia (Pas) begitu. Saya serta SPR
banyak kali menerima tuduhan Pas yang mendakwa
mempunyai bukti (kegagalan SPR menguruskan pilihan
raya).

``Saya tunggu sampai sekarang pun tidak ada (Pas)
hendak mendakwa SPR (di mahkamah),'' jelas beliau.






                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$4.98 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/Q7_YsB/neXJAA/yQLSAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to