Harga minyak: Kesian sungguh rakyat
Oleh: Nobitta
Oct 12, 2004  

Bila harga minyak naik, sepatutnya rakyat Malaysialah
yang paling gembira. Mana tidaknya, minyak keluaran
Malaysia sudahlah jenis premium, malahan boleh dijual
pada harga yang sungguh tinggi. Tentulah pendapatan
negara berlipat ganda sebab export minyak adalah
sumber pendapatan utama negara ini. 

Ini tidak, bila harga minyak meningkat di pasaran
global, rakyat disuruh percaya yang kerajaan tidak
tertanggung lagi dengan azab subsidi untuk mengekang
kenaikan harga pada pasaran tempatan. Yang
digembar-gembur saban hari ialah kerajaan rugi,
kerajaan rugi. Tak pernah pula kita dengar cerita
kerajaan untung atau negara untung.   Kemana perginya
untung Petronas berbillion-billion RM setiap tahun  ?

Kalau betul kerajaan rugi, kenapa pula ramalan
Keluaran Dalam Kasar Negara (GDP) meningkat hampir
lapan peratus tahun ini? Bukankah nilai ekspot itu
salah satu faktor penyumbang kepada GDP? Bukankan
peningkatan GDP itu kayu pengukur ekonomi negara?
Tinggi GDP, makmurlah ekonomi, dan begitulah
sebaliknya. Harga saham pun nampaknya semakin
mencanak. 

Tapi sayang seribu kali sayang, kerajaan pilihan
rakyat dalam pilihanraya awal tahun ini tak sanggup
menggadaikan sedikit keuntungan besarnya kepada
tangan-tangan yang memangkah mereka. Kalau dulu
pembuat dasar itu hanyalah sekadar guru biasa yang
berbasikal di kampung-kampung, kini sudah berkot ke
hulu-ke hilir dalam kereta mewah selepas diangkat
menjadi ahli Yang Berhormat (YB). Tetapi si pemangkah
tetap menjual pucuk paku, mengayuh beca atau menjual
besi buruk untuk meneruskan hidup. 

Mungkin betullah kata sesetengah orang – ‘BN’ bukannya
Barisan Nasional, tetapi ‘Barang Naik’. Tengoklah apa
jadi selepas enam bulan BN melepaskan pukulan TKO
kepada parti pembangkang. Hari ini semua pihak
menuntut kenaikan harga. Ironinya, kerajaan berkeras
dengan pelbagai amaran kepada mereka yang cuba
menaikkan harga walaupun kerajaan sendiri tidak
mengamalkan sikap “Kepimpinan Melalui Teladan” yang
diperkenalkan Tun Mahathir Mohamad lebih dua dekad
lalu.

Pernahkan mereka yang bergelar YB itu membayangkan
betapa peritnya penderitaan pemandu teksi di ibukota
ini yang terpaksa menyara empat atau lima orang anak
yang masih bersekolah atau menyusu? Pernahkah YB-YB
yang saban hari makan minum di hotel lima bintang itu
membayangkan kenaikan harga minyak buat kesekian
kalinya ini, meranapkan harapan anak pemandu teksi
untuk ke universiti kerana yuran pendaftarannya pun
tidak mampu si bapa 
jelaskan. 

Sejak Anwar Ibrahim dipecat, harga minyak sudah naik
beberapa kali. Kalau dulu harga petrol RM1.10 seliter,
kini RM1.52. Memang betul, kenaikan itu bukannya
sekaligus, tetapi sudah berapa kalikah tambang teksi
sudah dinaikkan dalam tempoh enam tahun ini? Apakah
pemandu teksi tidak perlu kenaikan gaji? Apakah harga
barang gantian kenderaan semakin murah? Apakah peniaga
nasi campur di warung usang ditepi jalan memberi
diskaun kepada pemandu teksi? Apakah yuran dan harga
buku anak-anak pemandu teksi diberikan percuma? 

Jawapannya tentu tidak. Bukan pemandu teksi sahaja,
semua rakyat marhaen menderita akibat inflasi ini,
apatah lagi mereka yang bekerja sendiri seperti
nelayan, pesawah dan petani yang tidak pernah memegang
slip gaji atau mengenal istilah ‘bonus’. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cuma
mereka yang leka dibuai keenakan stering Brabus, sukar
untuk memahami ini semua. Komen mereka: “Kenaikan
harga minyak adalah minima”, “harga minyak di negara
kita paling murah di rantau ini”, atau “nampaknya
peniaga-peniaga sengaja nak ambil kesempatan…”. 

Saya sebenarnya menghormati pendirian TNB untuk
menaikkan tarif elektrik. Sebagai syarikat yang
disenaraikan di Bursa Malaysia, tanggungjawab TNB
ialah memaksimakan keuntungan kepada pemegang saham
mereka. TNB bertanggungjawab kepada mereka, jadi
kepentingan mereka mestilah dijaga. 

Oleh itu, kenapa pula menteri-menteri kita melenting
apabila ada peniaga mahu menaikkan harga? Mereka semua
ada tanggungjawab, sama ada kepada keluarga ataupun
pemegang saham. 

Sepatutnya kerajaan patut berfikir atas landasan yang
sama. Kerajaan dipilih rakyat untuk mentadbir negara
dan sepatutnya memikirkan kepentingan rakyat. Apalah
sangat dengan ‘kehilangan’ RM10 bilion subsidi tatkala
rezeki negara melimpah ruah, hasil eksport minyak.
Kenapa acapkali alasan kononnya wang subsidi itu
sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara? 

Pembangunan macam mana lagi yang kita mahu? Sudah ada
lapangan terbang tercanggih, sudah ada Putrajaya,
sudah ada litar F1, sudah ada Multimedia Super
Corridor? Kalau ingin bercakap pasal pembangunan di
pedalaman Sarawak, lebih baik lupakan saja. Sudah 47
tahun merdeka pun, masih ramai murid sekolah di sana
berkaki ayam dan tidak bersarapan ke sekolah. 

Setiap kali berpesta, kita tembak saja mercun atau
lampu laser yang berjuta ringgit ke langit dengan
hasil kutipan duit rakyat. Apakah mereka di Lubok Antu
atau Machang Bubok dapat menikmatinya sama? Tentu
tidak, tetapi yang sah, kesan rantaian inflasi dari
harga minyak tidak mengenal sesiapa dan di mana, hatta
yang tinggal di Gua Cha atau Niah. 

Janganlah sesekali bandingkan kita dengan Singapura
jika minyaknya lebih mahal. Jiran kita itu tidak
mengeluarkan setitik minyak pun. Lagipun, kenaikan
harga minyak di sana tentu tidak membebankan kerana
rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia.    Gaji
pekerja di Singapura jaul lebih tinggi berbanding gaji
pekerja di Malaysia.   Lagipun, mereka tidak perlu
memandu ke tempat kerja, kerana pengangkutan awamnya
cukup cemerlang, gemilang dan terbilang. 

Tetapi pengangkutan awam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang
atau Johor Baru hanyalah sekadar ‘temberang dan
tembelang’. Cubalah Dato’ YB cuba gunakan perkhidmatan
awam, agaknya nak ke bangunan Parlimen pun payah,
apatah lagi nak ke Putrajaya. 

Akhir sekali, biarlah saya ulangi bahawa yang
menderita akibat kenaikan harga minyak ini sebenarnya
adalah golongan berpendapatan rendah. Tidak hairanlah
semakin ramai rakyat negara ini yang mengalami sakit
jiwa atau bergadai nyawa dan maruah berhutang dengan
Ah Long kerana mereka yang diberi mandat untuk
mentadbir kekayaan negara ini sebenarnya tidak dapat
melihat keluar dari dinding-dinding kaca pejabat
berhawa dingin mereka. 

Pilu rasanya apabila mengenangkan seorang ibu hilang
pertimbangan sehingga memaksa dua anak kesayangannya
terjun dari tingkat 17 (walaupun beliau sendiri tidak
sanggup berbuat demikian) semata-mata kerana tekanan
ekonomi. Sebenarnya, inilah manifestasi penderitaan
rakyat.

Ketua Munafik, Dollah Badawi tidak hirau, BN/UMNO akan
menang besar lagi dalam Pilihanraya akan datang,
dengan penipuan yang lebih dahsyat !




                
__________________________________ 
Yahoo! Mail Mobile 
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone. 
http://mobile.yahoo.com/learn/mail 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to