Kominis BN yang menguasai Malaysia dengan rasuah dan
penipuan terus mengali lubang untuk menutup lubang 
Barang Naik dll.

Memenjarakan budak bawah umur dan miskin, Ahmad
Hafizal Ahmad Fauzi,  kerana tidak menghadiri PLKN
pada Julai tahun lalu ada banyak tujuan jahat BN,
antaranya:

1.)   Tindakan Hakim yang menganggap tugas terhadap
negara lebih besar daripada tugas terhadap keluarga
adalah salah satu slogan utama KOMINIS.

2.)   Isu ini dihebohkan supaya rakyat terlupa
kejahatan BN yang lalu terutamanya rasuah, munafik
Islam Had-ada-hari dan Barang Naik.

3.)   Mahu memastikan semua orang muda terpaksa jadi
ahli Putera UMNO atau Puteri UMNO.

4.)   BN suka rakyat miskin dan papa seperti Ahmad
Hafizal supaya senang disiksa dan dipaksa akur segala
kehendak buas BN.
 
5.)   BN akan terus berkuasa dengan penipuan,
kezaliman dan kejahatan yang lebih dahsyat.


Tindakan terhadap peserta PLKN bukti kezaliman BN
oleh: izzuddinqassam  

"TV3 pada malam ini menjadikan tindakan kerajaan
terhadap peserta PLKN yang dikenakan tindakan penjara
14 hari kerana tidak mengikuti program tersebut
sebagai berita utama.Tindakan tersebut yang pada
kacamata penulis merupakan satu tindakan yang zalim
dan mencemarkan imej Pak Lah yang membawa gagasan
Islam Hadhari.Pihak polis yang bertindak menggari
remaja tersebut dilihat seolah-olah beliau telah
melibatkan diri dalam jenayah seperti merompak atau
merogol telah menjatuhkan maruah dan memalukan beliau.

Setelah melihat sendiri dalam TV penulis mendapati
remaja tersebut datang dari keluarga yang
miskin.Beliau tidak hadir program tersebut kerana
terpaksa menjaga ibu di rumah.Tindakan beliau yang
memilih penjara 14 hari daripada membayar RM600
membuktikan perkara ini.

Kita semua maklum PLKN merupakan satu program untuk
'BRAIN WASH' pemuda-pemudi negara ini supaya
berfikiran sekular.Program tersebut juga dipenuhi
dengan maksiat dengan bercampur bebas lelaki dan
perempuan.Kejadian rogol dan pergaduhan dikalangan
peserta yang berlaku menbuktikan perkara ini.

Peserta-peserta juga semakin liar setelah pulang dari
program itu.Ini menunjukkan secara jelas PLKN adalah
gagal menerapkan nilai Islam malah merosakkan akhlak
mereka.

Bagi penulis tindakan Hakim yang menganggap tugas
terhadap negara lebih besar daripada tugas terhadap
keluarga adalah satu kenyataan yang tidak sepatutnya
dikeluarkan oleh orang berpendidikan seperti beliau.

Apakah kita patut taat pada kerajaan HADHARI yang
didalamnya penuh dengan maksiat,rasuah dan
penipuan.Apakah Kerajaan ini mampu membentuk akhlak
remaja kita dengan program seperti ini?

Penulis amat berharap pemuda PAS menyediakan peguam
untuk menolong remaja ini.Inilah masanya untuk kita
dedahkan kepada rakyat siapa sebenar UMNO dan BN.

Kalau sebelum ini kita melihat bagaimana pemimpin UMNO
dan BN mempertahankan Jeslina Hashim dan rakan mereka
yang ditahan JAWI kerana mengadakan pesta maksiat di
disko THE ZOUK.Padahal merekalah sebenarnya yang lebih
berhak untuk digari dan dikenakan tindakan mahkamah
atas perilaku mereka yang memalukan Islam tetapi apa
yang berlaku adalah sebaliknya.

Hanya mereka yang buta mata hatinya saja akan terus
menyokong UMNO dan BN. " 


                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Make Yahoo! your home page 
http://www.yahoo.com/r/hs


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to