Prof Ungku Aziz BUKAN ahli UMNO.
Beliau dapat anugerah itu kerana dalam UMNO sudah
tidak ada Melayu Terbilang.
Bukti kukuh yang diakui UMNO sendiri bahawa yang
Gemilang, Cemerlang dan Terbilang semuanya berada di
LUAR UMNO.
Yang tinggal dalam UMNO hanya Penyamun, Perasuah dan
Penyangak.

UMNO dan rasuah tidak dapat dipisahkan lagi, ibarat
tahi dan kentut !!!


Prof. Diraja Ungku Aziz terima `Anugerah Melayu
Terbilang'

KUALA LUMPUR 11 Mei - Tokoh akademik, Prof. Diraja
Ungku Aziz hari ini menempa sejarah negara apabila
menjadi penerima pertama `Anugerah Melayu Terbilang'
sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Penganugerahan itu yang disifatkan antara sejarah
politik tanah air disempurnakan sendiri oleh Perdana
Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi.

Pemilihan Ungku Aziz yang juga anak saudara kepada
pengasas UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, adalah
berdasarkan sumbangan berharga beliau terutamanya
dalam bidang ekonomi dan perkembangan intelektual
Melayu dan negara.

Dengan penganugerahan itu, Ungku Aziz menerima hadiah
wang tunai RM100,000, pingat emas, plak serta sijil
penghargaan.

Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada negara ialah
pelaksanaan Dasar Ekonomi Negara (DEB) bagi membantu
Bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta
Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.

Selain itu beliau juga adalah pencetus idea penubuhan
Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad
(Angkasa), Akademi Islam Universiti Malaya (UM), Pusat
Asasi Sains dan Kedai Buku Koperatif UM.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih atas
penganugerahan itu, Ungku Aziz dalam ucapan ringkasnya
mengingatkan bahawa kejayaan UMNO dan orang Melayu
terletak di bahu generasi Melayu kini dan masa depan. 

``Kejayaan orang Melayu sebenarnya memberi keyakinan
kepada semua ahli UMNO sekarang dan pada masa akan
datang bahawa kejayaan UMNO itu dapat dikekalkan,''
katanya.

Selain itu beliau juga mengajak orang Melayu untuk
terus menjadikan pegangan ilmu sebagai gagasan paling
penting dalam menjana kehidupan mereka.

``Pada masa UMNO belum ditubuhkan dulu, saya fikir
saya mahu terus menuntut di Universiti Malaya (UM)
kerana saya mahu dapatkan ijazah.

``Bagi saya, tiada ijazah, tiada masa depan bagimu,
itu pandangan saya dan Alhamdulillah saya dapat ijazah
kelas pertama,'' katanya.

Ungku Aziz turut mencuit hati lebih 3,000 ahli UMNO
yang hadir pada majlis itu dengan menceritakan mengapa
beliau tidak menyertai bidang politik.

Beliau memberitahu: ``Sebelum UMNO ditubuhkan, politik
pada masa itu sangat hebat dan ikutinya dengan rapat.
Saya sempat bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh
politik ketika itu.

``Ada juga yang tanya bila hendak masuk UMNO?, tapi
semakin lama saya memikirkan tak payahlah (masuk
politik) baik saya cari ilmu dan sampai sekarang dah
umur 83, umur dah lebih veteran... susah dah nak masuk
parti politik,'' katanya sambil menerima tepukan
gemuruh hadirin.




                
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour:
http://tour.mail.yahoo.com/mailtour.html



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to