"Rohayah .........." <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Ilmu Hisab Darjah Satu Oleh Dr Ekonomi (Laman [EMAIL PROTECTED])
Seorang bekas pemimpin berceloteh mengenai kenaikan harga minyak yang dia anggap tersangatlah munasabah dan sungguh masuk akal. Antara lain, dia berhujah dengan hujah yang sudah lapuk lagi mual iaitu harga minyak di Malaysia masih lagi terendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Dia memberi contoh, di Britain harga minyak lebih kurang dalam RM7 seliter, jauh lebih tinggi, berlipat kali ganda daripada harga di Malaysia. Sayang seribu kali sayang, begitulah pemikiran seorang pemimpin bangang, ilmu hisab darjah satu pun masih tak paham-paham. Dalam ilmu hisab, kita ada diajarkan dengan tajuk PERATUS. Naik sekolah menengah, ada tajuk advance sikit: NISBAH DAN KADARAN. Tajuk-tajuk ini adalah tajuk yang paling asas (basic) dalam ilmu hisab. Kalau tajuk-tajuk ini pun kita tak boleh paham, makna kata, memang kita buta ilmu hisab. Bila kita kata harga minyak kita jauh lebih rendah dengan Britain, kita mesti tanya balik: Berapa NISBAH perbelanjaan minyak seliter orang Britain (British) BERBANDING dengan gaji sebulan mereka? Kemudian, kita kira pula nisbah perbelanjaan minyak seliter orang Malaysia pula (berbanding dengan gaji sebulan). Kemudian, baru kita boleh buat satu perbandingan yang adil dan tidak berat sebelah (fair comparison). Ambil contoh kelas menengah di Britain dan di Malaysia. Gaji eksekutif muda di Britain lebih kurang dalam £2,000 sebulan. Gaji eksekutif muda di Malaysia pun lebih kurang dalam RM2,000 sebulan. Eksekutif di Britain hanya membayar sebanyak 81 pence (£0.81) seliter. Eksekutif di Malaysia pula kena bayar RM1.48 seliter. Sekarang, tolong kira berapa NISBAH harga minyak seliter dengan gaji sebulan bagi kedua-dua negara? Siapa yang lebih rendah dan siapa pulak yang lebih tinggi? Itu baru cerita pasal minyak. Belum cerita pasal harga barang makanan lagi. Eksekutif di Britain boleh beli barang-barang dapur dengan harga yang amat murah. Barang-barang makan seperti bijirin sarapan pagi masih boleh dibeli pada harga di bawah £1. Coklat Snickers boleh dibeli pada harga 30 pence satu. Bak kata orang, kalau bawa £50 pergi membeli-belah, jawabnya 2-3 troli kena pakai bawa barang keluar. Banding pula dengan eksekutif di Malaysia. Boleh beli barang makan di bawah harga RM1? Boleh jumpa Snickers pada harga 30 sen? Berapa banyak barang boleh dapat kalau bawa M50??? Dengar cerita, sardin cap ayam pun dah dekat RM5 setin, mampus tak makanlah kalau orang takde duit! Memang tak hairan kalau eksekutif muda Britain boleh pakai BMW second-hand, boleh beli tunai (cash) lepas kerja 6 bulan. Eksekutif di Malaysia?? Kancil cabuk pun kena berhutang sampai 7 tahun. Nak beli BMW second-hand?? Kirim salam....... Jadi, bila campur-campur semua ni, kita boleh dapat NISBAH besar PERBELANJAAN BERBANDING dengan PENDAPATAN. Perbandingan nisbah adalah perbandingan yang lebih munasabah, adil dan masuk akal. Kalau membanding dengan kos yang ditukarkan ke mata wang Malaysia, memang jelas dan terang seolah-olah harga di Malaysia adalah yang terendah dalam dunia, tapi jangan kita lupa pula gaji bulanan kita pun terendah juga! Jangan ambil sekerat-sekerat, jangan highlight satu aspek sahaja, tapi aspek lain cuba disorok-sorokkan. Kadang-kadang, bila jabatan-jabatan kerajaan dan media-media keluarkan statistik, nampak macam tak pernah pergi sekolah punya orang. Nak kata tak pergi sekolah, tapi di belakangnya bergulung-gulung ijazah dan PhD sana sini, kononnya akulah yang terhebat dalam dunia. Tapi, apa yang diwar-warkan lebih rendah dari taraf hampas kelapa sebab hampas kelapa masih lagi boleh diberi makan kepada ayam. Dr. Ekonomi - 07.05.2005 --- "Mohd.Monier B Mat Din" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Ni aku nak sembang sikit pasal rega minyak naik. > Seronok gak minyak naik, boleh pi maki hamun UMNO > merata jalan, sapa pun tak > kisah dah. > > Kisahnya camni: > > Dua tiga malam lepas, masa aku tgh nak bayar kat > cashier sabuah minimarket > yg agak besar kat tempat aku tinggal ni (situ ada 4 > cashier); aku dok > terdengar suara org dok pumpam pam sorang-sorang kat > belakang aku dok maki > sapa entah. Aku pusin tengok; nampak la sorang > pakcik tgh dok beratur bawa > beras nak bayar, sambil beratur dia dok kata: > > "Apa punya kerajaan, minyak naik, barang naik, > minggu ini brg naik sekupang > minggu depan lagi sekupang, lepas tu naik lagi > sekupang....ha, padan muka > sapa-sapa yg undi Barisan!!" > > (Aku dok perati keliling, ramai org dok Q, tak tau > parti mana depa undi, > masing2 pakat dok ignore pakcik tu). > > Lepas tu pakcik tu kata lagi: > > "Ini siapa-siapa yg undi BN itu macam cerita > P.Ramlee tu la.....cerita apa > entah; P.Ramlee kata "....MAI LAH ROMPAK RUMAH > AKU....AKU ORANG > KAYA!!"......ha, undi lagi Barisan!!" > > Bila aku tengok semua org senyap termasuk la Cashier > tu macam tension > semacam aje, macam dok ignore pakcik tu, macam dok > anggap pakcik tu kurang > siuman, lepas bayar duit, aku pun pusin belakang, > aku kata kat pakcik tu: > > "Pakcik, la macam ini lah senang kira, 'KITA KIRA > SIAPA-SIAPA YANG UNDI > BARISAN ITU MEMANG BODOH, MEMANG BANGANG....UNDI > LAGI, MINYAK NAIK, HARGA > BARANG NAIK...PADAN MUKA...BODOH, BANGANG!!!" > > Lepas tu, aku terus belah dari situ; semua org > termasuk la pakcik tu tak > terkata apa... > > Fuh! Puas hati... > __________________________________ Yahoo! Mail Mobile Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone. http://mobile.yahoo.com/learn/mail ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> In low income neighborhoods, 84% do not own computers. At Network for Good, help bridge the Digital Divide! http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/