Tentera Amerika Hina Al-Quran di Teluk Guatanamo   -
PDRM dan UMNO (Kaki Rasuah) jadi tali barut Kafir
Amerika
 
20 Mei 2005 (Kuala Lumpur) - Hari ini Dewan Pemuda PAS
Pusat yang diketuai YB Salahudin Ayub telah
menyerahkan memorandum bantahan penghinaan tentera
Amerika terhadap Al-Quran di Teluk Guatanamo. Pegawai
Khas Sekretariat PBB di Kuala Lumpur, Anis Yusal
Yusoff telah menerima memo dari YB Salahudin, Ust.
Idris Ahmad dan Sdr. Mohamed Hanipa Maidin jam 12.30
tengahari hari ini. 

Selepas solat Jumaat, Pemuda PAS telah turun bersama
Umat Islam untuk berdemo bagi membantah tindakan askar
Amerika yang tidak menghormati akidah umat Islam. 
Demontrasi ini yang bertemakan “Menjunjung Kemuliaan
Al-Quran”, diadakan sejurus selepas solat Jumaat di
Masjid Kampung Baru. Lebih 1000 orang umat Islam telah
berkumpul bagi menyatakan bantahan mereka terhadap
tindakan bacul tentera Amerika itu. Antara pimpinan
lain yang hadir adalah Tn. Hj. Mohamad Nor-Tim.
Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ust. Riduan Mohd Nor-Ketua
Pemuda DPPWP, Ust. Ramli Sidom Ketua Pemuda PAS
Selangor dan pimpinan PAS lainnya 

Walaubagaimana pun, pada hari ini pihak Dewan Pemuda
PAS Wilayah Persekutuan berasa amat kecewa dengan
tindakan tidak Islamik pihak Polis DiRaja Malaysia
yang cuba mengagalkan perhimpunan ini. Seawal
perhimpunan beberapa orang pegawai Polis yang beragama
Islam telah menghampiri Anjung Masjid yang dijadikan
tempat perhimpunan.. Laungan takbir bergema memecah
suasana. 

Ketika Sdr. Khairul Anuar Mat Zuki-Exco DPPWP mula
berucap, Polis telah mengeluarkan ugutan untuk
menangkap beliau. Walaubagaimana pun Ust Idris Ahmad
kehadapan untuk membakar semangat umat Islam untuk
terus berhimpunan dengan melaungkan takbir Allahu
Akhbar dan disambut oleh umat Islam yang hadir. 

Keadaan semakin riuh bila mana Ahli Jawatankuasa
Masjid Kg. Baru memasang kaset bacaan Al-Quran dengan
kuat bagi mengganggu perhimpunan aman ini. Tindakkan
kebudak –budakkan ini telah mendapat kritikkan dari
umat Islam yang hadir dan di lihat sebagai tidak
matang. 

Ucapan Ust Idris disambung oleh Sdr. Hanipa Maidin..
Ketika itu, suasana menjadi semakin tegang bila mana
pihak Polis bertegas untuk menyuraikan perhimpunan.
Adegan tarik menarik banner dan hailer antara penunjuk
perasaan dan pihak polis berlaku. YB Salahuddin Ayub
telah telah tampil untuk meredakan suasana dan
memberikan ucapan ringkas. Doa umat Islam bersama Ust
Idris telah mengakhiri perhimpunan singkat pada petang
ini. Dengan penuh rasa kesal umat Islam telah bersurai
dan InsyaALLAH akan tampil dihadapan Kedutaan Amerika
pada hari Jumaat Minggu hadapan bagi menyatakan
bantahan rakyat terhadap kezaliman Israel dan sikap
kurang ajar tentera Amerika. 

DPPWP melihat bahawa perhimpunan hari ini telah
memberikan gambaran pada rakyat bahawa pihak Polis dan
AJK Masjid Kg. Baru dibawah Kerajaan Islam Hadhari BN
bersetuju dengan tindakkan tentera Amerika yang
mencampakkan Al-Quran ke Lubang tandas. 

Mereka patut malu bila berada dihadapan Allah dan
Rasulullah di akhirat kelak kerana membiarkan Kitab
Wahyu Allah menjadi bahan buangan di dalam tandas.
Mereka harus malu kepada Umat Islam kerana gagal untuk
bersama mempertahankan maruah kitab suci umat Islam. 

Mereka harus meminta maaf kepada semua umat Islam dan
kembali memikirkan bahawa apa yang mereka lakukan pada
hari ini tiada bezanya dengan tindakkan tentera
Amerika yang memperhinakan Al-Quran dihadapan tahanan
Islam di penjara Guatanamo. Mereka seharusnya insaf
dan turut bangkit bagi mempertahankan akidah Islam
yang mereka anuti dan bukannya mengganggu perjuangan
murni umat Islam yang hadir. 

DPPWP mengucapkan syabas terhadap pimpinan dan umat
Islam yang hadir pada hari ini. Walaupun perhimpunan
pada hari ini adalah kecil di mata Kerajaan BN, kerdil
di dalam pandangan Amerika, tetapi yang pasti inilah
kehendak Allah s.w.t. Semoga pihak Polis dapat
memberikan kerjasama yang baik untuk perhimpunan Aman
yang bakal diadakan minggu hadapan iaitu pada 27 Mei
2005 dihadapan Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat. 

Umat Islam akan hadir untuk berhimpun secara aman dan
tiada apa yang perlu dirisaukan oleh Pihak Polis. Atas
nama keamanan kami menjemput semua umat Islam untuk
hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kezaliman
Israel dan Tentera Amerika. InsyaALLAH perhimpunan
pada minggu hadapan akan di ketuai oleh Presiden PAS,
YB Dato’ Seri Tn. Guru Hj. Abd Hadi Awang. 

khaibar...khaibar ya Yahuud...! Jaisyu Muhammad saufa
ya'ud...! 

Herman Samsudeen 
Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan 




                
__________________________________ 
Yahoo! Mail Mobile 
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone. 
http://mobile.yahoo.com/learn/mail 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to