"Kumpulan tersebut didapati bergerak secara sembunyi
dan ini menjadi punca pihak berkuasa sukar untuk
mengambil tindakan ke atas mereka."
Sembunyi apa kalau sampai menulis sebuah buku dan
berkempen untuk sokong Islam Hadhari ???
Sekali lagi Al-Arqam terperangkap dengan niat jahat
UMNO.   
Al-Arqam hanya diperalatkan untuk sokong Islam Hadhari
ciptaan golongan Munafiq UMNO.


Al-Arqam aktif
Oleh: HERMAN HAMID dari Mingguan Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Mei - Pergerakan al-Arqam yang
diharamkan adalah antara 24 kumpulan ajaran sesat yang
dikesan masih bergerak aktif di seluruh negara, kata
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Beliau berkata, kesemua kumpulan tersebut didapati
bergerak secara sembunyi dan ini menjadi punca pihak
berkuasa sukar untuk mengambil tindakan ke atas
mereka.

``Secara keseluruhan, Jakim mengesan sebanyak 124
kumpulan ajaran sesat tetapi 100 darinya sudah diambil
tindakan dan berjaya dihapuskan.

``Tinggal lagi 24 kumpulan ini yang kebanyakannya
digerakkan oleh pengikut-pengikut yang masih setia
seperti mana yang berlaku pada al-Arqam tetapi kita
tetap memerhatikan pergerakan mereka setiap masa,''
katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.
Abdullah Md. Zin merasmikan Seminar Wacana Islam
Liberal, di sini hari ini.

Mengenai fahaman Islam liberal, Mustafa menjelaskan
bahawa pihaknya sedang memerhatikan pergerakan aliran
fahaman tersebut di negara ini.

``Setakat ini kita dapati yang ada cuma kecenderungan
ke arah fahaman tersebut.

Islam liberal seperti Islam Had-ada-hari ???








                
Discover Yahoo! 
Use Yahoo! to plan a weekend, have fun online and more. Check it out! 
http://discover.yahoo.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to