Kalau UMNO betul-betul ada telur, bukan sahaja Pulau
Pinang patut di rebut tetapi Singapura lebih utama
mesti diambil balik.
Hong Kong sudah kembali ke pangkuan China.
Macao juga sudah dipulangkan kepada China.
Tanah Melayu Singapura sampai sekarang masih
dihadiahkan UMNO kepada kerabat Lee Kuan Yew.
UMNO hanya berani buli orang Melayu ..... tapi bacul
kepada China, Yahudi dan Keling.


Gilir Ketua Menteri: Gimik politik murahan Umno
Oleh Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 25 Mei  - "Umno cuba buat sibuk di musim
aman untuk mencari publisiti murahan bila secara
tiba-tiba isu pergiliran Ketua Menteri Pulau Pinang
dibangkitkan, " kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri
Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man.

Beliau ketika diminta mengulas cadangan Ketua Bahagian
Umno Bukit Mertajam, Senator Musa Sheikh Fazir supaya
Pulau Pinang mengamalkan dasar pergiliran Ketua
Menteri (KM) untuk memberi ruang kepada parti lain
selain Gerakan membangunkan negeri ini. 
Baginya, isu tersebut sukar diperolehi sepertimana
berlaku di Sabah kerana pergiliran KM di Sabah
bertujuan menjaga kepentingan Barisan Nasional (BN)
kerana bimbang kalah kepada pembangkang dalam pilihan
raya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir,
Mohd Hamdan Abdul Rahman pula menegaskan, cadangan itu
adalah gimik politik untuk melonjak nama individu
sahaja. 

Sebagai Timbalan Ketua Menteri pun sambungnya, Dato'
Rashid Abdullah gagal tangani banyak masalah
terutamanya isu perumahan, perniagaan bumiputera dan
sebagainya. 

"Ini semuanya gimik politik Umno kerana parti itu
tiada isu lagi supaya rakyat terus menyokong mereka, "
terangnya. 

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri
Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf ketawa apabila
soalan ini diacukan kepadanya. 

Baginya, Umno bagaikan baru bangun dari tidur yang
panjang kerana secara tiba-tiba bercakap soal
pergiliran Ketua Menteri sedangkan pada hakikatnya
rakyat tahu kerusi parti mana yang lebih. 

Manakala bekas Ahli Parlimen Sik, Kedah, Profesor
Emeritus Dato' Shahnon Ahmad menyifatkan cadangan itu
umpama sandiwara terbaru Umno untuk meningkatkan
sokongan. 

Walhal pada hakikatnya, sukar untuk dipercayai kerana
isu ini telah hangat diperkatakan selepas pilihan raya
umum 1990 apabila Umno menang 12 kerusi sedangkan MCA,
Gerakan dan MIC kalah teruk tetapi akhirnya Gerakan
juga mendapat kedudukan sebagai Ketua Menteri manakala
Umno hanya diamanahkan timbalan sahaja. 

"Keputusan piliha raya 1990 membuka ruang luas untuk
Umno menjadi Ketua Menteri tetapi akhirnya Perdana
Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad
menasihatkan agar Gerakan yang hanya tinggal beberapa
kerusi dilantik sebagai ketua manakala yang menang
sekadar timbalan, " ujarnya



                
__________________________________ 
Yahoo! Mail Mobile 
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone. 
http://mobile.yahoo.com/learn/mail 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to