Tujuh orang pelajar Universiti itu tersilap.  
Sepatutnya mereka jadi Penagih Dadah, bukan jadi
Mahasiswa Universiti.
Kalau 7 orang itu menjadi Penagih Dadah mereka akan di
beri layanan yang sangat istimewa.
Kalau jadi Mahasiswa Universiti, menyusahkan ibu-bapa
dan negara.  Kena hutang keliling-pinggang terutamanya
dengan along PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional).   Kecerdikan Mahasiswa membuatkan
mereka memperjuangkan keadilan dan kebenaran, yang
upahnya ialah ISA dan disingkirkan dari pengajian. 
Susah-payah kena pikul buku tebal dan buat research
yang memecahkan kepala-otak.  Lepas graduate, peluang
besar hanya jadi penggangur sahaja.

Kalau jadi Penagih Dadah, dapat masuk Mahligai
Serenti, dapat makan free, pakaian free, hotel free,
dadah free, jarum free, kondom free, pelacur free
...... semua ditanggung HALAL oleh KERAjaan UMNO
Barang Naik.   Setelah keluar Serenti boleh jadi
penyamun, peragut, perogol dan pembunuh ....... kalau
ditangkap dapat masuk balik Mahligai Serenti  ........
bahagia hingga ke anak-cucu, dengan syarat tidak
menentang kehendak nafsu buas UMNO Barang Naik...

Selagi UMNO Barang Naik masih menjajah Malaysia Boleh,
galakkan anak-cucu anda semua mejadi Penagih Dadah
tegar,   profession yang paling mulia !!!!!

Tindakan UITM menolak sambung belajar ISA 7 ........  

KUALA LUMPUR, 8 Jun  - Tindakan Universiti Teknologi
Mara (UITM) menolak permohonan menyambung semula
pengajian oleh Helman Samsudeen, salah seorang mangsa
ISA 7 yang teah dibebaskan oleh mahkamah memeranjatkan
banyak pihak. 

Tindakan pentadbiran tersebut dengan alasan bahwa
tempoh pengajian Helman telah tamat tempoh adalah
alasan teknikal yang diperbesarkan. 
Helman bersama enam lagi pelajar telah didakwa di
bawah Akta Polis atas tuduhan menyertai demonstrasi
membantah ISA di perkarangan Masjid Negara dan mereka
dikenali sebagai 'Mangsa ISA 7'. 

Ekoran itu, kesemua mereka telah digantung dari
belajar oleh pusat pengajian mereka termasuk Helman
oleh UITM. 

Baru-baru ini, Mahkamah telah membebaskan mereka dari
pertuduhan itu dan Helman memohon untuk menyambung
pelajarannya semua di UITM namun di tolak. 

Angkatan Muda PKR dalam kenyataannya berasa pelik
kerana Helman dan enam yang lain digantung oleh pihak
universiti bukan atas kehendak mereka. 

Sebaliknya mereka telah dilarang untuk hadir ke kuliah
dan peperiksaan oleh pentadbir universiti sendiri,
kata Amirudin Shari, Biro Mahasiswa Angkatan Muda PKR
dalam kenyataannya. 

"Oleh itu alasan menggunakan peraturan tempoh belajar
adalah suatu yang tidak adil, pelarian dan helah untuk
tidak memberikan Helman hak untuk mendapatkan
pendidikan," katanya. 

Katanya lagi, tindakan Uitm juga mengambarkan sikap
mereka yang tidak menghormati keputusan mahkamah yang
telah membebaskan mereka dari tuduhan perhimpunan
tanpa permit yang dikenakan kepada mereka. 

Ini juga membuktikan Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) adalah suatu yang tidak releven dan
bertamadun untuk diteruskan.













                
__________________________________ 
Discover Yahoo! 
Stay in touch with email, IM, photo sharing and more. Check it out! 
http://discover.yahoo.com/stayintouch.html


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to