Isa Samad jadi Kambing Hitam Parti Rasuah UMNO Baru.
Hakikatnya semua pemimpin UMNO Baru terlibat rasuah
termasuklah Dollah dan Najib.
UMNO Baru dan rasuah kini sudah tidak dapat
dipisahkan, ibarat TAHI dan KENTUT !

Mahathir rasuah jutaan Ringgit Lobi “White House”
 - oleh : Badrul Hisham Shaharin (28 Jun 2005) 

Menurut satu sumber sahih Jabatan Keadilan Amerika
Syarikat menyatakan Jabatan itu sedang menyiasat kes
melibatkan pembayaran jutaan ringgit oleh kerajaan
Malaysia kepada beberapa orang ahli kongres bagi
tujuan melobi sokongan kerajaan Amerika Syarikat yang
dilakukan secara tidak sah. 

Media-media antarabangsa mendakwa kerajaan Malaysia
melalui bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
membayar jutaan ringgit kepada sebuah badan pemikir
sayap kanan Amerika Syarikat untuk melobi sokongan
pentadbiran Rumah Putih sejak tahun 2001. 

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat
terjejas selepas pemecatan dan pemenjaraan bekas
Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada tahun 1998
yang didakwa negara kuasa dunia itu tidak adil dan
melanggar hak asasi manusia. 

Cara Dr Mahathir memerintah termasuk keputusan untuk
mengikat matawang Malaysia dan sikap anti-semitik
membuatkan beliau menghadapi kecaman dari berbagai
pihak dalam dan luar negara termasuk dari Amerika
Syarikat. 

Bagaimanapun, selepas George W Bush dipilih sebagai
Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000, Dr Mahathir
didakwa terlibat membayar sekurang-kurangnya 5.3 juta
ringgit kepada Heritage Faundation bagi melobi
sokongan kerajaan Amerika kepada pentadbirannya. 

Perkara tersebut didedahkan kali pertama di muka depan
akhbar harian berpengaruh Amerika, Washington Post, 17
April lalu. 

Laporan itu menyebut, Heritage Foundation melalui
pengerusinya Edwin Fuelners, telah menerima sogokan
untuk mengubah sikap dan pandangan mereka terhadap Dr
Mahathir dan kerajaan Malaysia, atas sejumlah bayaran
yang masih belum dapat dipastikan lagi. 

Menurut laporan itu lagi badan pemikir itu telah telah
menghantar laporan bertajuk : Standing UP for
Democracy dan US and Malaysia: Ways to Cooperate in
Order to Influence Peace and Stability in Southeast
Asia. 

Siasatan yang dilakukan menunjukkan, wang tersebut
telah diberikan kepada Bella Haven Consultant,
syarikat yang ada kaitan dengan Presiden Heritage
Foundation Edwin Fuelners, untuk melobi Washington. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Akhbar The
Standard, Hong Kong. Malaysia cuba memulihkan hubungan
dengan Amerika melalui usaha US-Malaysia Exchange
Association (Usmea) yang ditubuhkan pada 2001, sebuah
badan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Megat Junid
Megat Ayub, bekas setiausaha politik dan orang
kepercayaan Dr Mahathir. 

Usmea dan Bella Haven kemudiannya berkerjasama
membelanjakan 5.3 juta ringgit untuk tujuan kempen
melobi melalui Heritage Foundation. 

Mengikut Majalah Times 30 Ogos 2001, satu lawatan ke
Malaysia telah diatur melibatkan ahli kongres Amerika
Tom DeLay, isteri, pegawai dan dua orang ahli
Republikan menghadiri mesyuarat dan makan malam
bersama Dr Mahathir. 

Persoalannya siapakah membiayai perjalanan tersebut?
Seorang pegawai kanan Heritage Malcolm Wallop
memberitahu Times, Heritage tidak membiayai perjalanan
tersebut. 

“Bella Haven membiayainya,” kata beliau. 

Sumber yang rapat dengan Senat Amerika Syarikat
memberitahu Times, empat firma Amerika menerima lebih
5.3 juta ringgit daripada Bella Haven antara 2001
hingga 2003 untuk melobi bagi pihak Malaysia. 

Setengah daripada wang tersebut dibayar oleh PK Baru
Energy, syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada 2000
dikuasai oleh Megat Junid dan anaknya. 

Washington Post menyebut siasatan sedang dilakukan
oleh Jabatan Keadilan Amerika kepada Jack Abramoff
–bekas orang kuat DeLay yang turut terlibat dengan
American International Center (AIC) 

Abromoff mengaku dibayar terus oleh kerajaan Malaysia
untuk tujuan tersebut. Siasatan menunjukkan Kedutaan
Malaysia di Amerika telah membayar AIC melalui
sekeping cek bertarikh 6 Mac 2002 sebanyak 1.14 juta
ringgit. 

Sehingga tulisan ini dikeluarkan masih belum ada
pemimpin UMNO mahupun kerajaan yang berani menafikan
perkara ini walaupun telah didedahkan secara berulang
ulang. 

------------------------------------------------------------
Penulis merupakan Pengarah Pusat Media Angkatan Muda
Malaysia merangkap Timbalan Ketua Penerangan Angkatan
Muda Malaysia dan boleh dihubungi melalui email
[EMAIL PROTECTED] 



                
____________________________________________________ 
Yahoo! Sports 
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football 
http://football.fantasysports.yahoo.com


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to