Semua dijemput hadir ke Kuliah Ruhaniyyah yang akan mengupas Kitab al Hikam ibn 
Ata'illah al Sakandari. 

Pengkuliah : 

Al Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi ZamZam 
Al Banjari An Nadwi Al Maliki 

Tarikh : 7 Mac 2006 (Selas) 
Waktu : Selepas Solat Maghrib (Maghrib Bersama) 

Tempat : Surau Anjung Rahmat 
Kompleks Anjung Rahmat 
Tingkat 3, Bt.6, Jln Gombak, Kuala Lumpur 

Semua dijemput hadir! 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ABIM Pusat di talian 03- 
61880300 atau Sdr. Mohamad Raimi - 019 3825762 

Pengenalan Kitab 


Kitab al Hikam yang dikarang oleh Syeikh Ibn Ata’illah al-Sakandari 
(709H/1309H) adalah merupakan kitab tasawwuf yang tidak asing di dalam dunia 
Melayu semenjak dahulu lagi. Ia merupakan kitab yang mempunyai maksud yang 
dalam dan jarang orang yang dapat menghuraikannya kecuali mereka betul-betul 
memahami uslubnya. 

Oleh kerana manfaat kitab ini begitu besar kepada umat Islam, ia telah diulas 
oleh begitu ramai ulama’sehingga ke zaman kita ini. Di dalam Kitab al- Hikam 
yang diulas oleh Syeikh Said Hawa ini, gaya ulasan beliau adalah mudah dan 
senang difahami. Beliau mengaitkannya dengan uslub haraki. Ini tidak hairan 
memandangkan beliau sendiri adalah seorang pemimpin gerakan Ikhwan al-Muslimin 
di Jordan. Dalam ulasan kitab al-Hikam ini, beliau turut menjelaskan kekeliruan 
faham sesetengah kalangan terhadap isi kandungan kitab al-Hikam ini dan 
kegagalan mereka menjelaskan maksudnya yang sebenar. 

  al-Fadhil Ustaz Fahmi Zam Zam mensyarahkan hikam berdasarkan kepada kitab 
yang disusun oleh al-Marhum Sheikh Sa'id Haawa bertajuk Mudzakiraat fi 
Manaazilis Siddiqin wa Rabbaniyyin. 

Kitab arab ini telah diterjemahkan dan ada dijual dipasaran bertajuk Syarah 
al-Hikam Ibn 'Athoillah as-Sakandari - Mencapai Maqam Siddiqun dan Rabbaniyun. 
Terbitan Pustaka Dini. 

Syarah Hikam oleh Sa'id Hawwa ini, beliau susun dengan mengambil syarah-syarah 
kitab hikam seperti: 
- Iqazul Himam oleh Ibn 'Ajibah 
- Ghaisul Mawaahibil 'Aliyyah fi Syarh Hikam al-'Atho'iyyah oleh Ibn 'Abbad 
- al Manh al–Qudsiyyah ‘ala al–Hikam al–Atho’iyyah oleh Syeikh Abdullah al - 
Hijazi al – Syarqawi 
disamping catatan pelajaran dari gurunya iaitu Sheikh Muhammad al-Hamid 
al-Kholidi an-Naqsyabandi. 

Wallahu a'lam.
   
  
Biodata Pengkuliah 

Yang Berbahagia Ustaz Fahmi Zam-Zam al-Banjari Al Nadwi Al Maliki merupakan 
Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan 
Pasentren Yasin di Warateweh, Kalimatan, Indonesia. Selain itu, beliau juga 
merupakan tenaga pengajar di Maahad Tarbiah Islamiah di Derang, Pokok Sena, 
Kedah. 

Antara guru-guru beliau yang mashyur ialah ulama’ besar India, Almarhum Syeikh 
Abul Hassan Ali Alhasani An-Nadwi dan ulama’ besar Makkah Alhamarhum Sayyid 
Muhammad ‘Alawi al Maliki al Hasani. Beliau juga aktif menulis dan telah 
menyusun beberapa buah buku diantaranya; Siri 40 Hadits - Akhlaq Mulia, Penawar 
Hati, Kelebihan Ilmu dan Ulama’, Peristiwa Akhir Zaman, Kiamat Hampir Tiba, 
buku Nasihat Ya Bunayya! serta bibliografi Sejarah Hidup Almarhum Syeikh 
An-Nadwi dan Almarhum Syeikh Muhammad al Maliki.


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to