Malaysia di jangka akan setuju membekalkan kepada
Singapura sebanyak 200 juta meter padu pasir setiap
tahun, selama tempoh 20 tahun bagi melebarkan negara
"Israel Selatan" itu. Dengan itu Singapura akan 2 kali
ganda lebih besar dari keluasan sekarang.   

Sejak 15 tahun yang lalu banyak pasir dari Johor telah
dijual kepada Singapura oleh syarikat-syarikat yang
berkait rapat dengan beberapa pemimpin UMNO Johor.  
Pasir itu kebanyakannya di korek dari daerah Mersing
dan Kota Tinggi.    Pemimpin UMNO Johor tidak
melepaskan peluang untuk mengaut habuan
berbillion-billion RM hasil jualan itu, walaupun
perluasan Singapura mengancam keselamatan Malaysia.


Ura-ura benar Singapura guna ruang udara satu
pengkhianatan - Pemuda PAS      
Wed | Mar 22, 06 | 12:06:36 PM 

JOHOR BARU, 22 Mac  - Dewan Pemuda PAS Pusat kesal
dengan ura-ura kerajaan  yang mahu membenarkan
Singapura menggunakan ruang udara negara ini di
samping bersetuju menjual pasir selama 20 tahun
kepadanya sebagai balasan persetujuan Singapura dengan
pembinaan jambatan baru.

Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman dalam
kenyataannya menyifatkan jika benar-benar berlaku
perkara ini, ia satu pengkhianatan terbesar parti
pemerintah yang diterajui oleh UMNO/BN terhadap negara
dan rakyat. 

Menurutnya, Pemuda PAS melihat secara serius tulisan
yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia ( 19 Mac 2006 /
Ahad ) melalui ruangan wawancara bersama Pengarah
Urusan Gerbang Perdana Sdn Bhd, Datuk Yahya A. Jalil. 

Gambaran tentang persetujuan kerajaan untuk
membenarkan penggunaan ruang udara negara dan
perbekalan pasir adalah suatu yang amat
mendukacitakan, katanya. 

"Membenarkan penggunaan ruang udara negara kepada
Singapura merupakan satu tindakan yang amat tidak
wajar dilakukan oleh kerajaan. Mana-mana negara yang
berdaulat sekalipun tidak akan membenarkan tindakan
ini. Ini kerana ianya bukan sekadar melibatkan maruah
dan kedaulatan negara tetapi ianya juga melibatkan
tentang keselamatan rakyat dan negara," tegas berliau.

Begitu juga halnya dengan persetujuan untuk
membekalkan pasir kepada Singapura. Sebagaimana yang
dinyatakan, bahawa persetujuan ini bermakna Malaysia
akan membekalkan sebanyak 200 juta meter padu pasir
selama tempoh 20 tahun bagi melebarkan Pulau Tekong,
Tuas dan Jurong. 

"Menjelang tempoh tersebut sebenarnya kita telah
membantu Singapura untuk memperluaskan lagi
wilayahnya. Persoalannya tidak sedarkah pimpinan
kerajaan keadaan ini kelak akan mengundang lebih
banyak permasalahan dimasa depan?" soal beliau dalam
satu kenyataan bertulisnya.

"Jika sebelum ini kita menentang sekeras-kerasnya
tindakan Singapura melakukan proses penambakan laut
dengan alasan ianya akan memberi kesan kepada perairan
negara malah lebih kronik lagi kita menentang usaha
Singapura tersebut sehingga membawanya ke mahkamah
antarabangsa kerana kesan negatifnya juga memudaratkan
operasi TLDM di Tanjung Pengelih tetapi mengapa kini
kerajaan dilihat berubah pendirian? 

"Adakah persoalan keselamatan dan kedaulatan negara
kini bukan lagi menjadi keutamaan kerajaan?" soal
beliau lagi.

Bagi Pemuda PAS, langkah ini jelas sekali akibat
keterdesakan kerajaan untuk meneruskan projek
pembinaan jambatan tersebut bagi menyelamatkan CIQ (
Komplek Imegresen dan Kuarantin) yang bernilai RM1.16
billion daripada menjadi projek gajah putih.

Bagi beliau, keterdesakan ini telah dipergunakan
sepenuhnya oleh Singapura untuk memperolehi segala
yang dicita daripada Malaysia. 

Lebih menyedihkan kerajaan dilihat begitu mudah
diperbudakkan oleh Singapura semata-mata untuk
mempertahankan ego mereka, kata beliau.

Bagi Pemuda PAS, kata Mazlan, keterdesakkan ini tidak
akan timbul jika kerajaan mempunyai satu perancangan
yang sistematik bagi setiap projek pembangunan negara.

Isu kerugian RM1.16 billion sebagaimana yang
ditimbulkan oleh Datuk Yaya A. Jalil tidak akan timbul
jika kerajaan mempunyai perancangan yang jelas dan
telus, katanya.
 
Sewajarnya sebelum sesuatu projek dilaksanakan
terutamanya bagi yang melibatkan pihak lain kebenaran
bersama perlu diusahakan terlebih dahulu sebelum
perlaksanaan projek dimulakan. 

Tetapi di dalam hal pembinaan jambatan bagi
menggantikan Tambak Johor ini kerajaan mengamalkan
kaedah pengurusan projek yang cukup pelik, projek
dimulakan dulu kemudian baru meminta kebenaran. 

Kerana kepelikan inilah kerajaan terpaksa menanggung
tambahan kos sebanyak RM33 juta bagi membina laluan
menyambungkan Tambak Johor ke CIQ apabila projek
pembinaan jambatan tertangguh, beritahu beliau dalam
kenyataannya.

Inilah realitinya permasalahan isu pembinaan jambatan
bagi menggantikan Tambak Johor, tindakan mengambil
kesempatan Singapura secara jelas tidak dapat diterima
tetapi persoalan pokoknya ianya timbul kerana
kesilapan pimpinan kerajaan Malaysia sendiri, kata
Mazlan.

"Lemah dalam mentadbir negara, gagal untuk
melaksanakan pembangunan secara strategik serta
kepimpinan yang tidak konsisten dan kredibal. Inilah
yang mendasari amalan pentadbiran negara yang mana
kesannya kini jutaan duit rakyat seringkali lebur
hanya untuk memperbaiki kesilapan yang mereka
lakukan," jelas Mazlan lagi.

Kini dalam menyelesaikan isu pembinaan jambatan bagi
menggantikan Tambak Johor kerajaan dilihat mengulangi
prinsip yang sama, menyelesaikan masalah dengan
mencipta masalah baru. 

Kerajaan, katanya, dilihat tidak mempunyai kredibaliti
untuk mewakili kepentingan rakyat di dalam isu
pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor ini.

Bgai beliau, pertimbangan singkat dengan mengenepikan
pengajaran-pengajaran daripada peristiwa lalu kini
mewarnai rundingan antara Malaysia-Singapura di dalam
isu ini. 

"Jika sebelum ini kita ditipu hidup-hidup dalam
perjanjian perbekalan air dan banyak lagi isu yang
berbangkit, DPPP melihat rundingan berkenaan isu
pembinaan jambatan ini juga akan mengulangi episod
yang sama," tambah beliau lagi.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS dengan tegas
berpendirian bahawa sebarang keputusan kerajaan untuk
memberi persetujuan terhadap permintaan Singapura
adalah suatu kesilapan yang akan mengundang bala yang
lebih besar kepada negara. 

Persetujuan ini merupakan satu pengkhianatan yang
tidak akan dimaafkan oleh rakyat, tambah beliau.

 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to