Kalau Dollah Badawi tidak mampu TURUNkan Barang Naik
... maka Dollah sendiri patut TURUN.

Seluruh Rakyat Malaysia menderita akibat salah guna
kuasa regim Dollah, tanpa mengira bangsa, agama, parti
politik, usia dan kerjaya.
Polis, Tentera, FRU, SB, Pemuda UMNO, Puteri UMNO,
Putera UMNO, Wanita UMNO, Pesara UMNO, Pemandu
Water-Cannon  semuanya turut susah dan menderita !

Mari kita sama-sama selamatkan negara Malaysia
tercinta ini daripada kehancuran dan kebinasaan yang
lebih dahsyat !!!


Kenapa saya kata Pak Lah Perdana Menteri yang lemah ?
Oleh:   Shamsul Iskandar

Saya ingin mengulangi penegasan yang telah saya
lakukan semasa program Debat Perdana pada 12 Mac 2006
lalu yang disiarkan secara langsung melalui TV 1
bahawa Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang
lemah. Pada malam tersebut, saya telah membawa
sekurang-kurangnya tiga contoh yang jelas iaitu:

Kegagalan Perdana Menteri untuk meluluskan permit
surat khabar rasmi Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara
Keadilan walaupun Parti Keadilan Rakyat merupakan
sebuah parti yang berdaftar. Permohonan permit telah
dilakukan semenjak tujuh tahun yang lalu. Kebebasan
media dan maklumat merupakan prasyarat kepada sebuah
kerajaan yang demokratik. 

Kegagalan Perdana Menteri untuk menangani isu-isu yang
berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu di
mana secara khususnya saya merujuk kepada dasar
kerajaan pimpinan beliau mengenai pengajaran Matematik
dan Sains di dalam Bahasa Inggeris, AP (approved
permit) yang dianugerahkan kepada segelintir elit
pemerintah dan anugerah biasiswa yang pada waktu
sekarang ini tidak lagi dinikmati oleh pelajar Melayu.


Kegagalan Perdana Menteri untuk memahami masalah dan
beban rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat
daripada kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen. 

Saya percaya penilaian dan pandangan saya bahawa PM
Abdullah merupakan seorang Perdana Menteri yang lemah
turut dikongsi oleh sebilangan besar rakyat Malaysia
termasuk beberapa bekas pimpinan kerajaan. Yang
terbaru ialah kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad yang menyatakan secara diplomatik
bahawa kenaikan harga minyak di Malaysia boleh
dielakkan sekiranya kerajaan mengambil tindakan dengan
mengukuhkan mata wang kerana dengan mengukuhkan mata
wang, harga minyak sebenarnya tidak akan menjadi
terlalu tinggi. Dalam erti kata yang lain, pandangan
beliau memberikan satu perspektif bahawa kerajaan di
bawah pimpinan PM Abdullah adalah lemah dan tidak
berwibawa.

Justeru, saya percaya tindakan YB Wee Ka Siong yang
menganggap bahawa kenyataan saya mengkritik PM
Abdullah seorang Perdana Menteri yang lemah sebagai
satu kenyataan yang BIADAP, menggambarkan tentang
bagaimana semangat demokrasi khususnya kebebasan
memberikan pendapat dan pandangan telah mati di dalam
sebuah negara yang dianggap sebagai negara yang
demokratik. Apatah lagi, pandangan seperti ini keluar
dari mulut seorang pimpinan muda kerajaan yang
sepatutnya mempunyai pandangan yang lebih progresif
dan terbuka. 

Saya dengan ini membuat cabaran rasmi dengan mana-mana
pimpinan muda parti pemerintah untuk berdebat dengan
saya tentang penegasan saya bahawa Malaysia mempunyai
sorang Perdana Menteri yang lemah dan beliau perlu
berubah segera !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Naib Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat



MTUC teruskan perhimpunan bantah kenaikan harga bahan
bakar Ahad ini      
Thu | Mar 23, 06 | 04:56:17 PM 

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2006  - Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC) akan meneruskan 'Perhimpunan Pekerja
Bersama Keluarga" di perkarangan bangunan KLCC Ahad 26
Mac ini bagi membantah kenaikan harga bahan bakar yang
diumumkan kerajaan sebelum ini.

Presiden MTUC, Syed Shahir berkata, perhimpunan ini
bertujuan untuk menerangkan kepada para pekerja dan
keluarga mereka kenapa MTUC membantah kenaikan ini
sebelum memorandum bantahan diserahkan kepada Perdana
Menteri pada keesokan harinya (Isnin).

"Kita akan pastikan perhimpunan ini seaman mungkin,"
kata Syed Shahir ketika dihubungi Harakahdaily.

Ketika ditanya kenapa MTUC membantah kenaikan ini,
Syed Shahir memberikan dua sebab utama iaitu mangsa
utama kenaikan ini adalah golongan pekerja dan yang
kedua 'ia boleh dielakkan'.

"Sebagaimana kenyataan pelbagai pihak termasuk bekas
Perdana Menteri sendiri, kenaikan ini boleh
dielakkkan," kata beliau.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak
perlu menaikkan harga minyak kalau kerajaan
memperkuatkan nilai mata wang negara iaitu ringgit.

Perhimpunan anjuran MTUC ini akan bermula jam 10 pagi
di perkarangan KLCC. Ia bakal disertai oleh
badan-badan lain termasuk NGO dan sebagainya.

Sebelum ini, Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak dan
Gas (Protes) dalam kenyataan mereka berkata, para
penyokongnya juga diarahkan untuk menyertai
perhimpunan anjuran MTUC ini.

Protes dengan slogannya 'Protes Sampai Turun' telah
menganjurkan demo di seluruh negara termasuk dua kali
di perkarangan KLCC.

 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to