Kelantan guna nilaian wang dinar      
Oleh Salmah Mat Husain  

KOTA BHARU, 22 Mei  -    Kerajaan Kelantan bakal
menjadi negeri pertama di negara ini menggunakan
nilaian mata wang dinar dan dirham apabila ia
dilaksanakan kira-kira tiga bulan lagi. 

Sementara itu Malaysiakini memetik berita - PM
Abdullah Badawi rejects PAS's plan on Islamic
currency.
The Malaysian government has slapped down plans by the
 Muslim rulers of Kelantan to introduce the Islamic
dinar and dirham currencies, reports said Monday.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan
Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan,
Dato' Husam Musa berkata, cadangan berkenaan dibuat
bagi menjaga mata wang supaya tidak terus susut,
sebaliknya meningkat mengikut perkembangan semasa. 

Katanya, untuk menggunakan dinar (emas) dan dirham
(perak) dalam konteks simpanan nilai, pajak gadai
Islam Ar-Rahn diberi tanggungjawab penuh untuk
menjayakannya iaitu mengeluarkan syiling dalam bentuk
emas. 

"Mereka boleh membeli dinar dari Ar-Rahn dan sekiranya
mereka nak tunai, mereka boleh jual balik dinar
berkenaan kepada Ar-Rahn,” katanya selepas merasmikan
Seminar Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam 2006 di
Hotel Grand Riverview, di sini, semalam. Seminar itu
dianjurkan Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan. 

Menurutnya, dengan cara itu dinar dijadikan sebagai
simpanan nilai bagi mengatasi kesan inflasi di negara
ini. Ini kerana, menurutnya harga emas akan naik dari
semasa ke semasa mengikut perkembangannya, sedangkan
mata wang kertas turun juga mengikut perkembangan yang
sama. 

"Sebagai contoh di zaman Rasulullah seekor ayam di
Pasar Madinah berharga satu dirham, sekarang satu
dirham kalau kita tukar di syarikat tukaran wang asing
kita nak wang tunai, dia akan beri kita lebih kurang
RM9. 

"RM9 ni boleh dibeli ayam, jadi nilainya 1,400 tahun
dahulu di zaman Rasulullah s.a.w kekal, di mana harga
di zaman itu satu ekor ayam satu dirham," ujarnya. 

Sambungnya lagi, dalam konteks dinar ini juga bukan
berhasrat untuk mematikan pajak gadai lain, itu
terpulang pada pengguna kaedah mana yang mereka ingin
pilih. 

Katanya, rakyat Kelantan perlu memahami simpanan emas
adalah menguntungkan mereka memandangkan harga emas
akan naik mengikut perkembangan semasa. 

"Sedangkan sekiranya mereka menyimpan wang dalam
bentuk kertas, harganya akan turun, jadi mereka akan
diberi pilihan dibayar sebahagian gaji mereka dalam
bentuk emas. Bank tertentu kini telah bersetuju untuk
membuka akaun dalam bentuk simpanan emas. 

"Sebagai contoh katakan akaun saya di bank berkenaan
Husam bin Musa ada RM3,000 tunai dan dinar ada 200
keping. Sekarang saya pergi ke bank berkenaan nak
keluarkan 10 keping dinar, tetapi saya nak keluarkan
dalam bentuk RM. 

"Di bank berkenaan tiap-tiap hari ada rates dia,
katakan hari ini satu keping dinar harganya RM250,
sedangkan empat tahun lepas satu dinar harganya RM180,
jadi sudah naik RM70 dalam tempoh empat tahun. 

"Jadi bank akan keluarkan pada saya dalam bentuk RM
bersamaan dengan 10 keping dinar, jadi dalam akaun
saya akan ada hanya 190 keping dinar," ujarnya. 

Husam berkata, sekarang cadangan kerajaan negeri bukan
menjadikannya sebagai mata wang, sebaliknya hanya
sebagai simpanan nilai. 

Tetapi tambahnya, sekiranya kerajaan Malaysia
memikirkan sudah sampai masanya negara ini menggunakan
dinar dan dirham sebagai mata wang, tidak menjadi
masalah, sebaliknya ia merupakan cara yang baik dengan
mengekalkan penggunaan RM. 

Beliau berkata, kaedah itu sama seperti perbankan cara
Islam dan perbankan konvensional bagi membolehkan
masyarakat memilih kaedah mana yang mereka mahu. 

"Jadi kenapa tidak negara kita mempunyai dua mata
wang, iaitu matawang emas dan mata wang kertas biasa
sebagaimana yang diamalkan sekarang," ujarnya. 
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to