http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
  Jangan pertikai Perkara 121(A)  PUTRAJAYA 24 Julai – Menteri Pelajaran, Datuk 
Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua pihak supaya tidak 
mempertikaikan kedudukan Perkara 121(A) dalam Perlembagaan Persekutuan
   
  Sehubungan itu beliau meminta supaya semua tindakan berbau provokasi 
mempertikaikan kandungan perkara serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi 
Malaysia itu, perlu dihentikan segera. 
   
  Katanya, mereka perlu akur bahawa Perkara 121(A) dalam Perlembagaan 
Persekutuan itu jelas menunjukkan negara ini merupakan sebuah negara Islam.
   
  ‘‘Apa yang mereka gembar-gemburkan itu sangat sensitif dan jika kita tidak 
jaga ia akan memecah-belahkan keharmonian dan hubungan akrab antara kaum di 
negara ini yang terbina sejak puluhan tahun,” katanya.
   
  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis 
menandatangani Kontrak Perjanjian Pembangunan Pelan Strategik Teknologi 
Komunikasi dan Maklumat (ICT) antara Kementerian Pelajaran dan MSC Technology 
Centre Sdn. Bhd. di sini hari ini.
   
  Hishammuddin diminta mengulas tindakan Kumpulan Artikel 11 yang mengandungi 
13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Peguam yang sedang 
menjalankan kempen seluruh negara bagi mendapat sokongan untuk meminda Perkara 
121(A) Perlembagaan Persekutuan.
   
  Kandungan Perkara 121(A) tersebut merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang 
menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.
   
  Pertemuan pertama kumpulan 13 NGO tersebut berlangsung di Johor Bahru, Johor 
pada 22 Julai lepas.
   
  Menurut Hishammuddin, walaupun Malaysia sebuah negara demokrasi yang 
membenarkan ketelusan dan keterbukaan membincangkan pelbagai perkara, ia tetap 
terhad jika berkaitan aspek yang sensitif.
   
  ‘‘Dalam isu Perkara 121(A), ia ada batasannya. Sebab itu jika kita mahu 
memperjuangkan ketelusan dan keterbukaan dalam masyarakat berbilang kaum, 
kebijaksanaan pemimpin terdahulu mesti diambil kira.
   
  ‘‘Begitu juga mengenai Perkara 121(A) ini, ia tidak boleh dibincangkan begitu 
sahaja kerana telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan jelas bahawa 
Malaysia merupakan sebuah negara Islam,” tambah beliau.
   
  Ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria 
baru-baru ini mengenai 100,000 umat Islam di Malaysia murtad berdasarkan kajian 
oleh pihak tertentu, Hishammuddin berkata, perkara itu perlu diteliti oleh 
kehakiman syariah.
   
  ‘‘Saya tidak boleh jawab mengenai isu ini, ia mesti dirujuk atau dibicarakan 
di mahkamah-mahkamah syariah,” ujar beliau.
   
  
-----------------------------------------------------------------------------------------------
  Usah keruhkan keharmonian, gugat Islam  KUALA LUMPUR 24 Julai – Kumpulan yang 
cuba menggugat kedudukan Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan 
diingatkan supaya tidak meneruskan sebarang aktiviti yang boleh mengeruhkan 
keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
   
  Setiausaha Biro Agama UMNO, Datuk Othman Desa berkata, peruntukan 
perlembagaan tersebut jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan ia 
bukannya bertujuan untuk memencilkan mana-mana agama.
   
  Menurut beliau, sebarang tindakan yang cuba menerapkan elemen baru terhadap 
Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan dengan membawa pengaruh dari luar akan 
menyentuh sensitiviti dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di negara 
ini.
   
  Katanya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini 
pernah menasihatkan agar sebarang rasa tidak puas hati terhadap perlembagaan, 
khususnya perkara-perkara yang menyentuh kedudukan raja-raja dan Islam sebagai 
agama rasmi persekutuan dibincang secara tertutup.
   
  “Sejarah juga membuktikan bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi bukan 
bermula semasa negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ia bermula sejak 
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi.
   
  “Kedatangan penjajah pada abad ke-16 juga tidak pernah ‘mengacau’ kedudukan 
Islam, malahan memberikan kuasa mutlak perkara berkaitan Islam kepada raja,” 
katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
   
  Beliau mengulas tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan kedudukan Islam 
dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi, di sini hari ini.
   
  Mengulas resolusi Forum Syariah dan Cabaran Semasa Umat Islam anjuran 
pertubuhan bukan Islam yang dicapai semalam, beliau menyifatkannya sebagai 
langkah positif memperkukuh status Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
   
  Beliau berkata, setiap individu di negara ini berhak menghormati peruntukan 
perlembagaan persekutuan yang merupakan sebuah skim pembentukan negara dengan 
mengambil kira setiap aspek dan latar belakang sejarah.
   
  Sehubungan itu, Othman berkata, UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang 
memperjuangkan Islam, akan terus memastikan tiada anasir luar mampu menggugat 
status Islam dengan mengadakan Konvensyen Pengerusi Biro Agama UMNO dalam 
tempoh terdekat.
   
  Konvensyen itu, katanya, bertujuan untuk memperjelaskan isu semasa dan 
mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan berkaitan Islam di 
negara ini.


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to