http://www.harakahdaily.net/v061/

"Kalau kami harap kepada kerajaan Barang Naik, tentu
kami mati!"        
Abu Bakar Rahman 
Sun | Dec 24, 06 | 09:34:08 PM  

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) - "Sektor swasta yang
selamatkan nyawa kami. Kalau kami harap kepada
kerajaan, tentu kami akan mati!" 


Itulah kata-kata yang terpapar pada kain rentang yang
dipasang oleh mangsa-mangsa banjir di Kampung
Abdullah, Segamat. 


Gambar kain rentang itu boleh dilihat di blog Ahli
Jawatankuasa DAP, Ronnie Liu. 


Ronnnie juga menceritakan seorang ahli majlis tempatan
dari Tangkak memberitahu Nanyang Siang Pau bahawa
pasukan penyelamat di tempat beliau tidak bertugas 24
jam. 


Mereka hanya berkerja dari pukul sembilan pagi hingga
lima petang seperti biasa malah ada sesetangah dari
mereka yang tidak datang bertugas, kata beliau. 


Ramai mangsa banjir, katanya lagi, yang terpaksa
menyewa sendiri bot dari pihak swasta untuk
menyelamatkan nyawa dan harta benda mereka. 


Ronnie juga menceritakan, Presiden Dewan Perniagaan
Cina Johor, Dato' Lim Ba menceritakan kepada akhbar
bahawa beliau terperangkap di dalam banjir sehingga 18
jam dan melihat sendiri sesetangah bot penyelamat
tidak mempedulikan mangsa-mangsa termasuk kanak-kanak
dan orang tua yang terpaksa memanjat bumbung. 


Ada di antara mereka yang terperangkap sehingga 20
jam. 


Lim percaya ramai yang tidak yakin lagi kepada
kerajaan. 


Bernama sebelum ini melaporkan, seorang mangsa banjir
dari dari Segamat juga, S. Ramachandran mengadu,
sesetengah pekerja penyelamat meminta wang daripada
mangsa banjir. 


Seorang mangsa banjir yang lain pula mengadu beliau
terpaksa berlapar sehingga empat hari. 
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to