Jawaban PM yang  mengenai Jet Eksekutif baru, sungguh
terang membuktikan bahawa pemikiran PM adalah hanya
setaraf minda Pak Pandir.

Dari kisah penglipur-lara, ..........  Pak Pandir rasa
gembira melihat anaknya menggelitik dimandikan dengan
air-panas menggelegak kerana disangkanya anaknya
tergedik-gedik kegembiraan.  Akibatnya anak kecilnya
mati.

Setelah anaknya mati Pak Pandir membawa anaknya ke
kubur untuk di kebumikan dalam gulungan tikar.  Dalam
perjalanan, mayat anak Pak Pandir itu terkeluar dari
gulungan tikar lalu tercicir tanpa di sedari oleh Pak
Pandir.   Pak Pandir gembira kerana "mayat" yang
dibawa dalam tikar itu semakin ringan.   Tanpa
usul-periksa,  Pak Pandir telah menanam tikar kosong,
tanpa mayat anaknya kedalam kubur.    Dalam perjalanan
pulang dari kubur Pak Pandir terjumpa mayat anak yang
tercicir tadi.   Pak Pandir yang lurus bendul itu
terus buat andaian mayat itu anak orang lain tanpa
usul-periksa.
Apabila sampai di rumah terus dia berkata kepada Mak
Andeh ...   "Andeh,   bukan anak kita saja yang mati,
anak orang lain pun mati juga."
 
Pak Pandir berkata bahawa kerajaan hanya menyewa
pesawat tersebut dari PMB. Ia bukan duit kerajaan.  

ULASAN:  Sewa kepada PMB pakai duit rakyat,  bagi Pak
Pandir itu bukan duit kerajaan.    Bagi Pak Pandir GLC
PMB bukan syarikat kerajaan tapi milik kroni.   Sewa
kepada kroni adalah berganda-ganda lebih mahal dari
harga kapalterbang itu sendiri.   Penyamun seperti PM
Pak Pandir inilah yang menyebabkan GLC seperti MAS,
Tabung Haji, Bank Bumiputera dll semua lingkup dan
binasa.
Sebab itulah PM Pak Pandir selalu tidur ..........
bagi dia semuanya OK !




Jet eksekutif: Penyokong Dr M tolak dakwaan PM        
Abdul Aziz Mustafa 
  
KUALA LUMPUR, 30 Jan  - Laman web penyokong bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, MYKMU,
menyifatkan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi bahawa wang kerajaan tidak
digunakan untuk membeli jet eksekutif sebagai amat
aneh. 


Dalam kenyataannya, Perdana Menteri mendakwa hanya
menyewa pesawat itu dari Penerbangan Malaysia Berhad
(PMB). 


"YAB berkata bahawa kerajaan hanya menyewa pesawat
tersebut dari PMB. Ia bukan duit kerajaan. 


"Kenyataan ini amat aneh kerana mengikut laman web
PMB, PMB kini adalah anak syarikat yang dimiliki
sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad. Apakah ini
bukan duit kerajaan?" soal MYKMU yang menyifatkan
penjelasan Perdana Menteri mengenai perkara itu amat
mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya. 


Laman itu juga mempersoalkan pembelian jet eksekutif
itu. 


"Soalnya kita baru sahaja mempunyai pesawat khas untuk
Perdana Menteri yang dikendalikan oleh Tentera Udara
Di Raja Malaysia (TUDM) beberapa tahun lalu sahaja.
Mengapa perlukan lagi pembelian baru ini?" 


Perdana Menteri juga dianggap menimbulkan kekeliruan
oleh laman itu apabila menggambarkan kerajaan tidak
rugi kerana hanya menyewa dari PMB. 


"Jawapan Datuk Seri bahawa kerajaan tidak rugi menyewa
kerana PMB yang akan menanggung jika rosak dan
sebagainya menimbulkan kekeliruan. Sebagai anak
syarikat milik Khazanah Nasional, PMB merupakan hak
milik kerajaan. 


"Sebarang perbelanjaannya merupakan perbelanjaan harta
benda kerajaan," kata laman web tersebut. 
 






 
____________________________________________________________________________________
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives.
http://tools.search.yahoo.com/toolbar/features/mail/


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to