Mungkin ada yang sedar bahawa berita keputusan SPM 19
A Nadiah ini telah melanggar Undang-undang Jenayah OSA
(Official Secret Act) Malaysia.

Kempunan Kerismuddin untuk tumpang tui glamour.

Keputusan SPM sepatutnya keluar pada hari Isnin (12
Februari 2007) depan,   tetapi minggu ini berita telah
bocor dan heboh dalam akhbar.

Siapakah yang bersalah ?
Mungkin ini adalah salah satu lagi lubang berita yang
mampu dikorek oleh UMNO Baru / BN bagi menutup pekung
mereka yang busuk lagi menggelikan.  Matalamat
menghalal cara Regim Hadhari.

Pembunuhan Altantunya dengan C4, rasuah Ketua Pengarah
BPR dan rasuah Timbalan Menteri Johari Baharum yang
banyak jasa kepada Dollah Badawi adalah tambahan
kejahatan mereka yang terlalu kejam yang perlu ditutup
segera ...... agar rakyat terus lalai dan layu.


Cara Nadiah mendapat 19 A dalam SPM
Oleh: SUNARTI KIBAT

BELAJAR secara berjadual dan fleksibel merupakan
rahsia pencapaian cemerlang Nadiah Amirah Jamil, 18,
sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2006 dengan memperoleh 19 A.

Lebih-lebih lagi, beliau terpaksa belajar sendiri
lapan mata pelajaran tambahan yang diambil bagi
mencapai impian memecahkan rekod idolanya, Nur Amalina
Che Bakri yang mendapat 17 1A dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) 2004.

Lapan mata pelajaran tambahan yang terpaksa beliau
belajar sendiri ialah Ekonomi Asas, Tasawwur Islam,
Pendidikan al-Quran as-sunnah, Pendidikan Syariah
Islamiah, Sains, Geografi, Sastera dan Perdagangan.

Sebelas lagi mata pelajaran yang diambil ialah Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik
Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan
Islam, English For Science and Technology (EST) dan
Prinsip Perakaunan.

“Sepatutnya saya nak ambil 21 subjek tetapi ibu
melarang kerana katanya 19 subjek sudah cukup
membebankan,’’ katanya.

Menyedari mata pelajaran yang diambil bukan
calang-calang jumlahnya, pelajar pintar ini terpaksa
menyusun jadual secara teliti agar tidak ada satu pun
mata pelajaran yang diambil akan ketinggalan dan
tercicir dari segi penumpuan.

Anak sulong daripada tiga adik-beradik kepada pasangan
guru, Jamil Omar, 55, dan Zakiah Zakaria, 51, ini
memberitahu, bagi mengimbangi jadual pembelajaran
hariannya yang cukup ketat, beliau akan memberi
penekanan yang lebih kepada matapelajaran utama atau
penting.

Beliau berkata, bagaimanapun, penekanan kepada mata
pelajaran penting ini pada ketikanya akan diubah
sekiranya dirasakan perlu dilakukan setelah membuat
penilaian terhadap semua pencapaian mata pelajaran
dalam peperiksaan penggal.

Katanya, selepas melihat keseluruhan pencapaian,
biasanya beliau terpaksa mengubah jadual dengan
memberi penekanan pula kepada mata pelajaran yang
mengalami kemerosotan.

Tambah Nadiah, beliau perlu memastikan setiap mata
pelajaran mencapai keputusan yang seimbang. 

“Ini penting bagi menentukan saya boleh mencapai
keputusan A1 dalam semua mata pelajaran yang diambil
dan jika boleh mencatat markah 100 peratus,” katanya.

“Apabila berlaku keputusan markah yang kurang seimbang
tersebut, saya akan mengubah semula jadual belajar
iaitu memberi penekanan kepada mata pelajaran yang
mengalami kemerosotan,” katanya ketika ditemui MEGA di
rumahnya di Kampung Sungai Tongkang Tambak, Batu
Pahat, Johor. 

Nadiah memberitahu bermula dari tingkatan empat dan
percubaan peperiksaan SPM, beliau berjaya mencapai
keputusan cemerlang dalam hampir kesemua mata
pelajaran kecuali pernah menghadapi masalah di
peringkat awal dalam mata pelajaran perakaunan.

Beliau berkata, oleh kerana perakaunan merupakan satu
bidang yang terlalu baru baginya dan ketika mula
mengambilnya, keputusan awal tidak begitu
memberangsangkan.

Namun beliau berjaya mencapai markah 100 peratus
selepas berusaha lebih dan mengikuti kelas tambahan.

Katanya, bagi mata pelajaran yang terpaksa diambil
secara sendiri, beliau mengakui banyak menerima
bimbingan daripada guru-guru di sekolahnya termasuk
ayahnya sendiri yang merupakan guru geografi di
sekolahnya.

Di samping itu katanya, beliau melakukan perbincangan
dengan rakan-rakan lain yang mengambil subjek yang
sama bagi memantapkan lagi kefahamannya.

Nadiah mengakui beliau sebenarnya bukanlah tergolong
sebagai pelajar yang mengambil waktu terlalu lama
untuk mengulangkaji mata pelajaran selepas waktu kelas
di rumah.

Seperti remaja-remaja lain beliau juga turut
menggunakan waktu lapang yang ada dengan membaca
buku-buku di luar bidang akademik khususnya buku-buku
motivasi dan dia amat meminati hasil karya Dr. H.M.
Tuah serta buku-buku resipi masakan kerana Nadiah juga
minat memasak.

Bagi Nadiah memasak mampu menjana otak untuk menjadi
lebih kreatif dan beliau sudah pandai menyediakan nasi
goreng untuk diri sendiri ketika di sekolah rendah dan
mampu memasak untuk keluarga dan tetamu khususnya nasi
ayam ketika berada di tingkatan satu.

Menyentuh mengenai cara belajar lagi, Nadiah
memberitahu beliau lebih memberikan tumpuan ketika
berada di kelas dan seboleh-bolehnya menyelesaikan
masalah yang ada ketika itu juga dengan bimbingan
guru-guru.

“Saya jarang berjaga sehingga larut malam untuk
mengulangkaji pelajaran di rumah dan biasanya saya
akan masuk tidur tepat jam 11 malam,'' katanya.

Bagaimanapun, Nadia mengakui beliau akan bangun lebih
awal iaitu kira-kira jam 3.30 pagi untuk bersolat
sunat terlebih dahulu, menghafal al-Quran sambil
menunggu waktu solat subuh dan kemudian bersiap-siap
ke sekolah.

Beliau mengakui melakukan mind setting amat penting
bagi mengekalkan tumpuan kepada pelajaran dan
pengajaran guru di kelas.

Katanya, apa pun kesulitan termasuk gangguan mengantuk
ketika belajar dapat diatasi jika seseorang pelajar
mampu menguasai pemikirannya.

“Jika kita kata kita mengantuk, maka kita akan jadi
mengantuklah... dan begitulah sebaliknya,” katanya
yang mengakui suatu ketika dahulu pernah menjadi
seorang gadis yang kuat tidur sehingga mendapat
gelaran ‘Ratu Tidur’ di kalangan rakan-rakan
sekelasnya gara-gara pernah tertidur dalam kelas dan
ketika menjawab soalan Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR).

Kejayaan dan kecemerlangan Nadiah juga banyak dibantu
dengan keyakinannya terhadap kekuatan dan keupayaan
menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Beliau yakin membaca dan menghafal kitab tersebut
merupakan kaedah yang baik untuknya untuk sentiasa
dapat berfikir dan bertindak secara lebih tenang dan
mudah membuat hafalan.

Oleh itu katanya, beliau berusaha menghafal Al-Quran
sejak di tingkatan satu dan menjadi amalan hariannya
sehingga kini, walaupun dilakukan secara sedikit demi
sedikit.

Nadiah kini telah berjaya menghafal lapan surah
antaranya Yasin, Al-Mulk, Ar-Rahman, Al-Sajdah,
Al-Waqiah dan Luqman.

“Saya menyimpan cita-cita untuk menghafal kesemua
juzuk dalam al-Quran kerana yakin ia mampu memberi
ketenangan dan menguatkan ingatan,” katanya.

Bersesuai dengan keyakinan terhadap ajaran Allah dapat
mambantunya berjaya dunia dan akhirat, Nadiah juga
menjadi seorang yang sangat pemilih terhadap
persekitaran khususnya muzik yang perlu didengarnya
setiap hari untuk menghilangkan kebosanan atau
tekanan.

Nadiah mengakui beliau banyak mendengar lagu-lagu
nasyid yang baginya sesuai untuk membentuk jiwa
seseorang menjadi lembut dan amat meminati Kumpulan
Raihan.

“Jika kita sentiasa terdedah dengan lagu-lagu bercorak
keras, lama kelamaan jiwa kita juga akan menjadi
keras,” katanya yang turut meminati Datuk Siti
Nurhaliza dan berharap dapat bertemu dengan penyanyi
pujaan ramai itu suatu hari nanti.

Jika mendapat kesempatan, Nadiah memberitahu, beliau
berhasrat melanjutkan pelajaran di bidang farmasi
kerana beliau mempunyai impian menjadi usahawan
berjaya dalam bidang tersebut dengan membuka sebanyak
mungkin rangkaian farmasi di dalam dan luar negara.

Katanya, beliau juga berharap dapat melanjutkan
pelajaran di bidang farmasi di University of
Cambridge, United Kingdom hingga ke peringkat
kedoktoran falsafah (PhD) kerana beliau juga
bercita-cita menghasilkan ubat yang mampu meningkatkan
sel-sel neuron dalam otak manusia.

Nadiah menasihatkan pelajar-pelajar khususnya yang
akan mengambil peperiksaan penting agar tidak
mengambil jalan singkat untuk berjaya. 

Katanya, sikap suka meniru juga merupakan tabiat yang
sangat buruk dan boleh menyebabkan sesuatu bangsa itu
akan mundur.

“Ingat... di sebalik kesulitan ada kemudahan dan
kejayaan itu sangat manis,'' katanya.

Beliau juga mengakui belum mempunyai teman lelaki
istimewa kerana baginya ia tidak perlu ketika masih di
bangku sekolah kerana tanggungjawab seorang pelajar
adalah menuntut ilmu.

Katanya, ketika ini kasih sayang ibu bapa,
adik-beradik, guru-guru dan rakan-rakan sudah memadai.

“Saya mempunyai seorang kawan lelaki yang sangat rapat
tetapi setakat ‘teman tetapi mesra’,” katanya sambil
tersenyum.






 
____________________________________________________________________________________
Finding fabulous fares is fun.  
Let Yahoo! FareChase search your favorite travel sites to find flight and hotel 
bargains.
http://farechase.yahoo.com/promo-generic-14795097


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/4It09A/fOaOAA/yQLSAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to