Johari Baharum dalam akhbar hari ini sudah beri
isyarat bahawa ramai pemimpin rakyat akan ditahan
menggunakan ISA.


5 pemimpin Hindraf yang kena ISA hanya sandiwara untuk
penangkapan ala Ops Lalang besar-besaran.


Isu demonstrasi dan huru-hara diperhebohkan supaya
rakyat lupa isu besar seperti pembunuhan Altantuya
oleh Najib,  penipuan Dollah keatas Mahathir di Kubang
Pasu, rasuah Khairi Jamaluddin dan ramai pemimpin
UMNO/BN, kenaikan harga barang, petrol dan tol,
Malaysia jadi negara maksiat dan jenayah dll.


ISA jadi alat yang dapat digunakan supaya kominis
UMNO/BN dapat terus merompak dan menjajah rakyat
Malaysia hingga Hari Kiamat.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20071215231333/Article/index_html


Polis ada senarai individu ancam keselamatan negara:
Johari

JITRA: Polis hanya menunggu masa untuk menahan
beberapa lagi individu yang terbabit dalam kegiatan
mengancam keselamatan dan mencabar undang-undang
negara mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

"Senarai nama mereka sudah ada, cuma menunggu masa
untuk ditangkap. Kita mahu mereka yang terbabit
menghentikan segera perbuatan tidak bermanfaat sebelum
tindakan tegas diambil," kata Timbalan Menteri
Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum. 



Pada sidang media selepas menyaksikan persembahan
sempena Majlis Bersama Rakyat Ahli Parlimen Kubang
Pasu, di sini, semalam, beliau berkata, sehingga kini
polis sudah menyenaraikan beberapa nama individu
termasuk anggota Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu
(Hindraf) yang dikesan terbabit dalam aktiviti haram
yang mengancam keselamatan negara. 

"Individu berkenaan bukan saja merujuk kepada pemimpin
dan anggota Hindraf, malah sesiapa saja yang terbabit
mengancam keselamatan negara," katanya ketika diminta
mengulas kemungkinan polis menahan beberapa lagi
pemimpin Hindraf mengikut akta itu. 

Beliau berkata, tindakan mengikut ISA jalan terakhir
terhadap individu yang berdegil dan cuba mencabar
undang-undang negara. Tindakan itu juga akan dibuat
secara berterusan kepada pihak tidak bertanggungjawab
yang cuba mencetuskan kekacauan dan meniup sentimen
perkauman sehingga mengancam kestabilan politik,
ekonomi dan pembangunan negara. 







      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ 



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to