Sidang meja bulat `wanita pertama’ 10 Okt  
   
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Solidariti Wanita Muda Malaysia (SWiMM) akan menganjurkan 
sidang meja bulat khas membincangkan isu perlabelan "wanita pertama" terhadap 
isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor.
 
Sidang bertajuk "Kewajaran Rosmah Mansor Sebagai Wanita Pertama Malaysia" itu 
akan diadakan pada 10 Oktober dengan menampilkan pakar perlembagaan Prof. Dr 
Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa 
Malaysia (UIAM) sebagai panelis.
 
Tiga lagi panelis bersama adalah wakil Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat dan 
dua wakil dari NGO wanita negara.
 
SWiMM dianggotai beberapa pertubuhan wanita, manakala anjuran sidang meja bulat 
tersebut adalah dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat 
PAS 
Pusat.
 
Menurut Ketua Koordinator program tersebut Aiman Atirah A-Jundi, penganjuran 
program tersebut bagi membincangkan kewajaran serta kesan penggunaan label 
"wanita pertama" isteri perdana menteri dari sudut perlembagaan, belanjawan dan 
adab susila rakyat negara ini.
 
"Kita bangkitkan isu ini bukan sebab Rosmah Mansor, tetapi kerana ianya satu 
pelanggaran kepada perlembagaan kita yang dah ada. Kita mengamalkan konsep raja 
perlembagaan bukan republik.
 
"Artilkel 32 (2) menyatakan bahawa pemimpin utama negara adalah Yang Di Pertuan 
Agung. Tidak ada ungkapan wanita pertama dalam perlembagaan, yang ada hanya 
Yang 
di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong," katanya.
 
Bagaimanapun menurutnya, tempat program akan diumumkan kemudian dan akan 
diadakan di sekitar Lembah Klang.
 
Selain implikasi kepada sejarah negara, perbincangan meja bulat itu juga 
jelasnya akan menumpukan kesan terhadap bajet negara menanggung kos dan 
perbelanjaan program "wanita pertama".
 
"PM ke luar negara pun akan disentuh dalam bajet, dan tentunya sebarang program 
"wanita pertama" akan melibatkan peruntukan besar sedangkan ianya tidak 
termaktub dalam peruntukan bajet negara.
 
"Dan terbaru dia pergi ke Belgium atas sifat dia sebagai wanita pertama, adakah 
wang yang dibelanjakan itu dikira sebagai kos melepas belanjawan negara di mana 
rakyat lebih memerlukan?" soalnya lagi.
 
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa SWiMM akan mengadakan sidang 
media membuat bantahan rasmi ke atas perlabelan Rosmah sebagai wanita pertama.
 
Mereka berpendapat, tindakan Rosmah termasuk pihak yang mempromosikannya 
sebagai 
"wanita pertama" adalah derhaka dan secara tidak langsung membelakangi konsep 
raja perlembagaan dan Permaisuri Agung.
 
"Apa yang Rosmah Mansor buat ini adalah bukan konsensus dari rakyat dan tidak 
pun dibincangkan dan ini melanggari tata susila adab bangsa kita.
 
"Ini satu pelanggaran dan penghinaan yang didiamkan, dan atas rasa hormat kita 
kepada yang Permaisuri Agong, kita bangkit mempertahankan baginda.
 
Sebelum ini banyak pihak membantah penganjuran sidang kemuncak First Ladies 
oleh 
Rosmah yang dijadual berlangsung 11 hingga 13 Oktober ini yang disifatkan 
sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja 
Permaisuri Agong.
 
Teguran sama sebelum ini juga pernah dibuat selepas iklan berwarna dua halaman 
penuh memaparkan Rosmah di akhbar New York Times pada April lalu.
 
Ianya sebagai ucapan tahniah kepada isteri perdana menteri itu dengan tajuk 
'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan 
Harmoni Antarabangsa 2010.
 
Genting - Najib mahu pulangkan hasil keluarga judinya ?

Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara 
diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands 
Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada 
tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian 
terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan 
Genting Berhad.
Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya 
masih kekal sehingga ke hari ini.

Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar (bapa Tun Rahah dan Tun 
Suhaila) yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di 
dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar 
negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah 
yang 
mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi 
dan 
kasino.

Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak 
dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah 
cucu kepada Tan Sri Noah.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan 
Genting Berhad.

Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua 
Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik 
Hashim 
Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan 
Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi 
Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut 
sejak 
dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan  Umno.
 
 
Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit ehsan yang 
dikutipnya dari warga tua Pulau Pinang yang dituduh dari hasil JUDI.

 
Mengikut laporan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pada 
sidang media, Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit 
ehsan yang dikutipnya dari warga tua.

Pemimpin Umno, Reezal Merican telah mendakwa duit ehsan yang diberikan oleh 
kerajaan negeri kepada warga tua Pulau Pinang adalah haram kerana duit itu 
adalah dari sumbangan dari kelab lumba kuda di Pulau Pinang.

Namun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menafikan dengan sekeras-kerasnya 
bahawa duit yang diberikan kepada warga tua adalah dari duit sumbangan judi 
tetapi dari duit kerajaan yang berjaya dijimatkannya.

Umno mula menganjurkan ‘program mengembalikan duit haram’ dari 
penerima-penerima 
wang ehsan tersebut. Dalam setiap program yang yang dianjurkan Umno, kelihatan 
warga tua sedang mengembalikan duit yang dikatakan haram itu.

Menurut TV3/4, Umno akan mengembalikan semua wang yang dikutip oleh mereka 
kepada kerajaan negeri. Tetapi, KM, Lim Guan Eng menafikan setakat ini ada 
menerima apa-apa wang dari Umno Pulau Pinang.

“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan 
yang tidak munasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak 
amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” kata 
Lim. – harakahdaily

Setakat ini dikatakan lebih dari 100 orang telah mengembalikan duit ehsan itu. 
Ini bermakna kutipan mereka sudah mencecah lebih dari RM 10,000. Siapakah yang 
sedang memegang duit ini? Reezal Merican Naina Merican?

Apakah duit ini akhirnya akan dikembalikan ke khazanah kerajaan negeri? Kita 
tidak tahu sebenarnya berapa ramaikah warga tua yang sudah mengembalikan duit 
mereka. Akaun berkaitan wang yang dikembalikan oleh warga tua yang disimpan 
oleh 
Umno tidak boleh dipercayai kerana Umno kita percaya tidak beramanah. Siapakah 
akhirnya yang akan menikmati semua kutipan dari warga tua ini?

Wang yang dikutip dari sumbangan orang ramai kepada tabung Tsunami suatu masa 
dulu, juga dikatakan tidak diagihkan dengan betul kepada mangsa bencana alam 
tersebut oleh Umno/BN. Ada mangsa yang mendakwa mereka tidak menerima apa-apa 
bantuan dari tabung Tsunami! Wang untuk mangsa bencana alam pun mereka ‘gasak’.

Jadi, apakah duit ehsan yang dikembalikan oleh warga tua akan selamat kembali 
kepangkuan khazanah negeri Pulau Pinang?

Lebih dari 100,000 warga tua telah menerima duit ehsan dari kerajaan negeri, 
namun 100 orang lebih sahaja yang telah mengembalikan duit tersebut.

oleh decapucino

Ulasan GB (greenboc)

Dalam hal ini GB kata LIm Guan Eng bersalah. Sebabnya tiada laporan polis 
dibuat. Dari awal lagi GB sudah berpesan di SINI. Petikan:

Pertama, laporan polis perlu dibuat supaya wang-wang yang dipulangkan itu 
benar-benar dikembalikan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 
RM4,000.

Dan di SINI. Petikan:

Kerajaan negeri berhak untuk tuntut RM4 ribu yang kononnya dikatakan dipungut 
semula dari warga emas tersebut. Kalau pun betul wang itu pungutan dari warga 
emas, memang wajar YB Penaga itu perlu menyerahkan semula kepada Kerajaan 
Negeri. Jika tidak YB Penaga itu boleh ditahan dan ditangkap kerana menipu 
warga 
emas berkenaan dengan melarikan wang ihsan itu. Kalau wang itu bukan wang ihsan 
tetapi milik YB Penaga sendiri tetapi cuma dilakonkan saja, dia sepatutnya 
ditahan juga kerana menipu.

Degil!
http://greenboc.blogspot.com/2010/10/umno-kebas-pungutan-wang-ihsan-di-pulau.html


      


------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to alt-net-moderat...@onelist.com

To Sub    : Send blank e-mail to alternatif-net-subscr...@onelist.com
To Unsub  : Send blank e-mail to alternatif-net-unsubscr...@onelist.comyahoo! 
Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    alternatif-net-dig...@yahoogroups.com 
    alternatif-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    alternatif-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to