Nasional-BERITA HARIAN

 Cetak .  Emel Rakan .   
Malam  Tangisan Gaza kecam kezaliman Zionis
Oleh  Nazmi Yaakub

2010/07/0315 penyair tanah air simpati penderitaan rakyat Palestin

KUALA  LUMPUR: Kira-kira 15 penyair tanah air meluahkan kemarahan terhadap  
kekejaman Israel terhadap Palestin dalam bentuk deklamasi puisi dan lagu  puisi 
pada Malam Puisi PENA: Malam Tangisan Gaza, di Rumah Persatuan  Penulis 
Nasional 
Malaysia (PENA) di sini, malam tadi. 


Puisi protes kezaliman rejim Zionis  itu  ke atas rakyat Palestin,  terutama di 
Gaza, termasuk isu misi bantuan kemanusiaan  dibacakan  Penerima Anugerah 
Sasterawan Negeri Melaka 2009, Mokhtar Yasin yang  mendeklamasikan puisi Rayuan 
Warga Bumi.
art
  
Ketua Satu Persatuan Penulis Melaka (PENAMA) yang juga Speaker Dewan  Undangan 
Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Muhammad pula membacakan  puisi Aku, Puisi 
dan 
Bani Israel, manakala penyair veteran, Jamaluddin  Darus mendeklamasikan puisi 
Wangi Taman Pembunuhan Metafora Sebuah Gaza.   

Malam puisi itu turut menampilkan tokoh dari luar negara, iaitu mantan  
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Tone Brulin dari  Belgium dan 
Penasihat Lembaga Adat Melayu Luhak Tambusai, Riau,  Indonesia, Datuk Muda 
Taufik Affandi Talib. 


Antara penyair yang mendeklamasikan puisi ialah Ismas Saring,  Khalid Salleh, 
Abdul Hadi Yusof dan Osman Mahali, selain personaliti  TV3, Ahmad Fitri Yahya. 


Malam puisi anjuran PENA, Gabungan Persatuan Penulis Nasional  (GAPENA) dan 
Yayasan Salam itu turut dimeriahkan dengan persembahan lagu  oleh Datuk Ibrahim 
Bachik. 

Kirim email ke