Ma kasih ya mbak Intan buat warningnya,
iya ya klo salah paham gimana ya ....
niatnya seh aku ng-infoin ada keadaan
yang sengaja dilakukan oleh seseorang
yang akibatnya secara spontan tidak parah (di kampung
dia itu suatu metode penyembuhan), jadi klo seseorang
melakukan suatu ketidak sengajaan tentunya yg tertelan
dalam jumlah yang tidak terlalu banyak, sehingga
ada harapan klo hal itu bukan sesuatu yang fatal
tetapi tetap harus dihindari.

Terima kasih untuk referensinya.

salam,





"intan dima" <[EMAIL PROTECTED]> on 02/23/2005 11:34:28 AM

Please respond to balita-anda@balita-anda.com

To:   balita-anda@balita-anda.com
cc:    (bcc: Oktiarti/BSFM)

Subject:  Re: [balita-anda] Minyak tanah tertelan, dampaknya apa ya?

mbak,
mohon hati2 loh kalau ngasi info...
apalagi buat bayi dan balita

ini saya kutip dari
http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/racun/1997/um6.html (Pusat Racun
Negara Malaysia)
saya yakin masih banyak artikel yg bisa di search mengenai bahayanya minyak
tanah ini jika tertelan, (baik oleh orang dewasa maupun bayi/balita)

Berikut kutipannya:

Minyak diesel seperti juga minyak tanah tergolong dalam satu kumpulan besar
bahan kimia yang dikenali sebagai hidrokarbon adalah satu sebatian organik
yang mengandungi karbon dan hidrogen.

Kumpulan bahan kimia ini mengandungi pecahan beberapa kumpulan kecil bahan
kimia yang dihasilkan daripada proses penyulingan petroleum.

Proses penyulingan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan berbagai produk
dari minyak mentah.

Walaubagaimanapun bukan semua berasaskan hidrokarbon boleh membahayakan
kesihatan contohnya cat, getah dan lain-lain lagi.

Produk seperti minyak diesel, minyak tanah, turputin, minyak petrol dan
produk lain yang dihasilkan dari penyulingan petroleum adalah berbahaya jika
dilihat daripada ciri-ciri kimianya.

Produknya dalam bentuk cecair selalunya boleh didapati atau disimpan di
rumah dan boleh menyebabkan keracunan (kemalangan tak disengajakan)
terutamanya kepada kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.

Kerap kali kemalangan yang dilaporkan berlaku adalah akibat daripada
kecuaian dari segi penyimpanannya atau mengubahnya ke dalam bekas makanan
atau minuman.

Paru merupakan tapak serangan utama bahan-bahan berasakan hidrokarbon.

Ia boleh menyebabkan radang paru-paru, dan kebiasaannya paru-paru akan
cedera dan boleh membawa maut.

Ini adalah disebabkan sebahagian besarnya fungsi paru-paru terganggu.

Hidrokarbon juga boleh merengsakan bahagian perut.

Kadangkala muntah boleh berlaku secara spontan dan ini membolehkan
hidrokarbon masuk ke dalam paru-paru.


Gangguan fungsi organ
Hidrokarbon juga berkemungkinan boleh mengganggu fungsi organ-organ dalam
badan yang lain seperti otak, sistem saraf, hati dan jantung.

Tanda-tanda yang biasa apabila berlaku keracunan yang melibatkan minyak
diesel termasuklah terasa mual, muntah dan batuk-batuk.

Kebiasaannya terasa seperti panas atau pedih seolah-olah terbakar pada
bahagian mulut dan kerongkong.

Ini membuatkan mangsa sukar untuk bernafas sekiranya terminum dengan jumlah
yang banyak.

Jika minyak diesel masuk ke dalam paru-paru ia boleh menyebabkan radang,
bengkak, susah untuk bernafas dan ludah berdarah.

Jika terminum dengan jumlah yang banyak boleh membuatkan mangsa menjadi
lemah, pening, kadar pernafasan menjadi perlahan, tidak sedar diri diikuti
dengan sawan dan serangan sakit jantung.

Bagi kaedah rawatan dalam kes terminum minyak diesel, segera bawa mangsa ke
hospital di mana rawatan kecemasan dapat dilakukan dengan segera.

Manakala dalam kes terhidu kebiasaannya mangsa mengalami susah untuk
bernafas.

Oleh itu mangsa perlu dibawa ketempat lapang dan diberi bantuan pernafasan
dengan segera.

Seterusnya bawa mangsa ke hospital secepat mungkin untuk mendapat rawatan
lanjut.

Begitu juga sekiranya terkena pada mata, bersihkan mata dengan air bersih
yang banyak selama 15 minit.

Jika masih terasa sakit, pedih, berair segeralah berjumpa dengan doktor
untuk mendapat rawatan lanjut.

Sekiranya minyak tertumpah atau terkena pada badan, cuci dengan sabun dan
air yang banyak.

Rawatan perlu diberikan jika bahagian badan tersebut mengalami kesakitan
atau rengsa.

Sekiranya pencemaran berlaku yang melibatkan minyak diesel, ia mudah dikesan
kerana salah satu sifatnya berbau seperti minyak tanah.

Begitu juga lapisan minyak jelas kelihatan pada permukaan air. Ia juga mudah
terbakar.

Oleh itu jika didapati adanya kesan minyak diesel dalam air minuman jangan
sekali-kali memasak atau mendidihkan air kerana kemungkinan ia akan terbakar
dan meletup, tetapi itu bergantung kepada jumlah minyak diesel yang
dipanaskan.

Sesiapa yang ingin mendapatkan naskhah percuma buletin umum dari Pusat Racun
Negara sila hantar sampul surat (6" x 9") bersetem 40 sen dan beralamat
sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM, 11800 Minden, Pulau
Pinang.

----- Original Message -----
From: <[EMAIL PROTECTED]>
To: <balita-anda@balita-anda.com>
Sent: Wednesday, February 23, 2005 8:00 AM
Subject: Re: [balita-anda] Minyak tanah tertelan, dampaknya apa ya?


>
>
>
> Pak, aku pernah dikasih tau sama tk pijatku
> klo minum minyak tanah bisa ngobatin perut kembung
> or masuk angin, bener gak nya seh gak nyoba
> Koq bisa ke telan pak ?
> maaf cuman info gak bisa jelasin gak punya referensinya
>
> salam,
>
>
>
>
> "Dadang" <[EMAIL PROTECTED]> on 02/22/2005 12:42:36 PM
>
> Please respond to balita-anda@balita-anda.com
>
> To:   balita-anda@balita-anda.com
> cc:    (bcc: Oktiarti/BSFM)
>
> Subject:  [balita-anda] Minyak tanah tertelan, dampaknya apa ya?
>
> Moms & Dads,
>
> Ada yang tau gak dampak yang dapat ditimbulkan akibat tertelannya minyak
> tanah oleh anak kecil baik keminum atau yang menyatu dengan makanan? Pls
> mohon sharingnya ya!
>
> Rgds
>
>
> AYO GALANG SOLIDARITAS UNTUK MEMBANTU KORBAN MUSIBAH DI ACEH & DAN
SUMATERA
> UTARA !!!
> ================
> Kirim bunga, http://www.indokado.com
> Info balita: http://www.balita-anda.com
> Stop berlangganan/unsubscribe dari milis ini, e-mail ke:
> [EMAIL PROTECTED]
> Peraturan milis, email ke: [EMAIL PROTECTED]
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> AYO GALANG SOLIDARITAS UNTUK MEMBANTU KORBAN MUSIBAH DI ACEH & DAN
SUMATERA UTARA !!!
> ================
> Kirim bunga, http://www.indokado.com
> Info balita: http://www.balita-anda.com
> Stop berlangganan/unsubscribe dari milis ini, e-mail ke:
[EMAIL PROTECTED]
> Peraturan milis, email ke: [EMAIL PROTECTED]
>


AYO GALANG SOLIDARITAS UNTUK MEMBANTU KORBAN MUSIBAH DI ACEH & DAN SUMATERA
UTARA !!!
================
Kirim bunga, http://www.indokado.com
Info balita: http://www.balita-anda.com
Stop berlangganan/unsubscribe dari milis ini, e-mail ke:
[EMAIL PROTECTED]
Peraturan milis, email ke: [EMAIL PROTECTED]









AYO GALANG SOLIDARITAS UNTUK MEMBANTU KORBAN MUSIBAH DI ACEH & DAN SUMATERA 
UTARA !!!
================
Kirim bunga, http://www.indokado.com
Info balita: http://www.balita-anda.com
Stop berlangganan/unsubscribe dari milis ini, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED]
Peraturan milis, email ke: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke