Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang 
paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku 
bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". 
Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' 
telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita 
kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika 
mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka 
hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, 
sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui 
daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA 
adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT 
SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan 
Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari 
suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti 
ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia 
merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit 
dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. 
Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, 
si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur 
kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang 
hamba sahaya kerana Allah." (HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan 
katanya: " Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , 
ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW 
menjawab: " Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga 
apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, 
masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan 
sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada 
suaminya."(HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke 
katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan 
suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu 
pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat 
kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar 
roti." (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia 
tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia 
berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak." (Diriwayatkan oleh 
al-Thabarani)

"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya 
ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…" (Surah an-Nisaa', ayat 34)

Rasulullah bersabda,, "Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh 
mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila 
kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika 
ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Aku melihat ke dalam Syurga maka 
aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang fakir) dan aku 
melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah 
wanita." (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak 
mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya." (HR 
Nasa'i)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab 
(yang syar'ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga." (Hadis Riwayat Abu 
Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni 
Neraka, baginda bersabda : " … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi 
hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong 
dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka 
seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak 
mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak 
perjalanan sekian dan sekian." (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya 
melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w 
melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda 
kepada para sahabatnya: " … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku 
melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya 
adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : "Mengapa (demikian) wahai 
Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab : "Kerana kekufuran mereka." Kemudian 
ditanya lagi : "Apakah mereka kufur kepada Allah?" Baginda menjawab : "Mereka 
kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. 
Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu 
yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) 
nescaya dia akan berkata : `Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada 
dirimu.' " (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk 
bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit 
mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka 
tentang akhirat kemudian baginda bersabda : "Bersedekahlah kamu semua. Kerana 
kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!" Maka berdirilah seorang wanita 
yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua 
pipinya, dia pun bertanya : "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?" Baginda 
menjawab : "Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami." 
(Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa 
di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika 
berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu 
mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi bersabda , "Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan 
suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga". (HR At-Tirmidzi)

*
Blog : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/
Twitter : http://twitter.com/tazkirah
Facebook : http://www.facebook.com/tazkirah



------------------------------------

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, 
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

Untuk melanggan: Hantar email ke dakwah-subscr...@yahoogroups.com
Berhenti melanggan: Hantar email ke dakwah-unsubscr...@yahoogroups.com
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/dakwah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/dakwah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    dakwah-dig...@yahoogroups.com 
    dakwah-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    dakwah-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke