VCD ceramah dikatakan ancaman kepada Umno - Pengedar
Thursday, March 03 @ 14:31:05 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - Seorang penjual VCD ceramah PAS dan akhbar Harakah, Salim Ahmad mendakwa beliau telah tiga kali ditahan pihak berkuasa Polis kerana menjual VCD ceramah PAS dan bahan bacaan berkaitan agama ketika ceramah umum.

Beliau yang mengunjungi Harakahdaily semalam selepas dibebaskan dari Balai Polis Alor Gajah pada 1 Mac mendakwa, beliau diperlakukan seperti binatang tanpa dibenarkan untuk mengikat jamin dalam masa ditahan.

"Penahanan saya lebih dasyat dari seorang pembunuh. Pembunuhpun dapat peluang untuk bela diri atau dijamin.Tapi pengedar VCD ceramah diperlakukan sebaliknya," ujar beliau.

Bagaimanapun, selepas 24 jam barulah beliau dibebaskan dengan ikat jamin mulut.

Sebelum ini katanya, beliau pernah ditahan ketika menjual VCD dan buku-buku agama di Banting iaitu pada 8 mac 2003.

Ujarnya, beliau telah dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan kemudianya ditahan semula pada bulan berikutnya untuk didakwa di mahkamah.

Setakat ini katanya, dalam dua kali rampasan yang dibuat ke atasnya, kerugian dianggarkan sekitar RM8000.00 termasuk peralatan audio visual seperti televisyen dan perakam video.

Beliau mendakwa, penahanan beliau bukan berasaskan kepada mahu membanteras VCD haram sebaliknya niat pihak tertentu untuk menghapuskan pengaruh PAS melalui ceramah.

Katanya, ketika ini dalam keadaan Harakah disekat penjualan, VCD ceramah adalah mekanisme yang paling baik untuk meneruskan konsep dakwah dan penerangan berkaitan isu-isu tertentu.

Tetapi ujarnya, elemen tersebut telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa dan ada tangan-tangan tertentu yang mengarahkan pihak berkuasa membanteras VCD ceramah.

Terbaru katanya, VCD ceramah Tsunami turut menjadi mangsa propaganda pihak tertentu untuk mengelirukan rakyat dengan menabur fitnah bahawa VCD Tsunami PAS memesongkan fakta.

"Ketika ditahan, kebanyakan VCD Tsunami PASlah yang dirampas," katanya. - mns


Celebrate Yahoo!'s 10th Birthday!
Yahoo! Netrospective: 100 Moments of the Web

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke