Date: Wed, 30 Mar 2005 08:45:32 -0000
   From: "fizziey_2020" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Holy Water? Kenapa kita perlu takut dengannya?


Isu : Holy Water ? Suatu Penjelasan

BismilLah...

Kebelakangan ini, saya kerap menerima surat berantai menerusi e-
mel "forwarded", friendster (bulletin board) dan sebagainya yg
berbentuk amaran dan peringatan tentang bahayanya Holy Water. Dan
saya percaya, ramai lagi termasuk di kalangan anda sekalian yg turut
menerima ataupun pernah menerima dan membaca amaran-amaran seumpama
itu.

Dakwanya, Holy Water itu jika diminum boleh mengakibatkan hati
menjadi keras, lidah menjadi kelu, dan bibir tidak mampu untuk
menyebutkan kalimah-kalimah Allah SWT ?! Dan ada dakwaan yg lebih
perit dan menakutkan didengar oleh saya sendiri kononnya ada hamba
Allah SWT yg benar-benar telah sampai ke tahap murtad jika diminum ?!
masya-Allah SWT.


**************

Pada dasarnya, amaran-amaran dan peringatan seumpama itu jika dilihat
adalah baik dan bertujuan ingin mengingatkan jemaah Muslimin itu
sendiri. Tapi, secara sedar atau tidak, artikel ataupun surat layang
sebegini tidak lain dan tidak bukan adalah berperanan menakut-
nakutkan umat Islam yg mana jika dikaji, tidaklah mempunyai alasan
dan dalil yg kukuh !

Kita tahu, aqidah adalah sesuatu yg perlu dijaga oleh sekalian umat
Islam kerana aqidah yg menjadi dasar dan asas pengabdian seorang
manusia itu kepada Allah SWT. Semenjak kecil lagi, sebelum kita
diajar tentang 'ibadah (solat, puasa dll) mahupun akhlak Islamiyyah,
benda yg paling utama dan paling dahulu kita perlu pelajari ialah
bab 'aqidah iaitu yg didasari dgn lafaz kalimah 2 syahadah. Begitu
juga bagi mereka yg ingin masuk Islam misalnya dari agama lain,
terlebih dahulu mereka perlu membersihkan dari aspek aqidah bermaksud
mereka perlu menerima Islam itu terlebih dahulu sebagai dasar hidup
dan kemudian, barulah diajar ttg ibadah solat puasa dan sebagainya.

Persoalannya ialah, apa kaitan 'aqidah kita dgn HOLY WATER ? Air suci
(dari segi makna) itu kononnya boleh menyebabkan aqidah kita
tergugat? Benarkah begitu? Mengapa?

Dakwa sesetengah pihak air Holy Water itu ialah dibuat daripada air
jampi paderi-paderi di Gereja Vatican, menggunakan air usus, ada juga
katanya dicampur dgn pelbagai bahan-bahan kotor lain spt air
bersetubuh paderi lelaki dan wanita, najisan seperti khinzir dsb.
Waaah, byk sungguh teori orang kita berhubung air Holy Water ini. Mmg
jika didengar dan dilihat sekali pandang, kita akan tergamam dan
terkejut serta mengakui bahawa Holy Water ini adalah "kotor"
dan "menjijikkan".

Tapi, sepatutnya kita kena ada persoalan balik, "BENARKAH BEGITU?"

Apa itu Holy Water ?

Jika anda bertanyakan orang Kristian, bukanlah begitu air Holy Water
ini. Dan mungkin mereka akan ketawa bila mendengar dakwaan orang kita
berhubung pembuatan Holy Water yg menjijikkan itu dan juga kesannya
kepada kita.

 Air Holy Water sebenarnya adalah merupakan air yg diambil dari
Sungai Jordan yg digunakan untuk upacara Baptism atau lebih mirip
kepada upacara aqiqah dalam syariat Islam kepada bayi-bayi Kristian
yg baru dilahirkan. Dalam upacara Baptism ini bayi akan dikristiankan
dan menurut sumber Bible juga, amalan ini merupakan sunnah John (Nabi
Yahya as) di mana Prophet John (Nabi Yahya as) pernah melakukan
kepada Jesus (Isa as).

 Dari segi definisi pula, menurut al-Mausuu'ah al-Maisirah :

"Baptism : iaitu mencelup kepala dengan air atau spray dengan nama
Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Qudus, satu luahan (expression)
pembersihan diri (soul) dari kesilapan2 dan dosa2"

 Menurut suatu sumber laman web (Kristian) :

Holy water, as our catechisms taught us, is "water blessed by the
priest with solemn prayer, to beg God's blessing on those who use it,
and protection from the powers of darkness."

>> http://landru.i-link-2.net/shnyves/holy_water2.htm


*************

Perlu kita maklumi, agama Kristian yg kini menjadi suatu agama yg
paling ramai penganutnya di muka bumi hingga mencecah jumlah 2
billion lebih, bukanlah sesekali kerana faktor Holy Water. Tetapi
adalah kerana kerja kuat dan usaha gigih "missionary" yg dijalankan
mereka sejak dari dulu. Usaha penyebaran agama Kristian oleh para
paderi mereka mmg kita akui dan prinsip agama Kristian itu sendiri
adalah mengamalkan missionary iaitu usaha penyebaran fahaman agama
tersebut, tidak seperti agama lain, contohnya agama Buddha dan Hindu
yg tidak mengamalkan missionary seperti mana yg ada pada agama
Kristian.

Faktor kedua berkembangnya Kristian ialah kerana ia dibantu oleh
kejayaan tamadun Barat sejak bermula zaman Revolusi yg mana Kristian
menjadi agama asal tamadun ini. Ibnu Khaldun, seorang ulamak, intelek
dan sejarawan Islam berkata, adalah menjadi resam manusia untuk
meniru, mencontohi dan mengambil apa jua dari puak atau tamadun yg
dilihat begitu berjaya. Maka, warga di seluruh dunia melihat dan
mempunyai tanggapan bahawa agama Kristian adalah agama anutan bangsa
yg berjaya dan merupakan salah satu pakej kejayaan tamadun Barat,
menyebabkan mereka terpengaruh untuk menerima Kristian.

Kita juga perlu tahu bahawa agama Kristian adalah merupakan agama
samawi (agama langit) dan ajarannya sama dengan agama Islam dari segi
memerangi sihir dan perkara-perkara tahyul. Jadi, adalah amat
mustahil mereka menggunakan amalan sihir dan jampi bagi melaksanakan
missionary mereka untuk mengembangkan agama Kristian itu !

**********

Dan bila mana membincangkan persoalan dan isu sebegini, kita juga
perlu meletakkannya di atas neraca pemikiran kritis dan idea logika
kita sendiri. Cuba bayangkan seandainya begitu mudah menarik
seseorang dari sesuatu agama menukar kepada agama lain, mengapa tidak
RasuluLlah saw menggunakan cara yg sama sewaktu berdakwah dahulu?
Tidak perlulah RasuluLlah bersusah payah berdakwah dengan cara yg
begitu memeritkan? Kenapa tidak RasuluLlah mohon kepada Allah SWT
agar bapa saudaranya Abu Talib memeluk Islam ?

Kita juga sepatutnya tahu, dalam keghairahan puak Kristian
mengembangkan syiar mereka melalui amalan missionary yg tidak pernah
berkesudahan, terdapat juga di kalangan mereka termasuk paderi-paderi
besar yg ; syukur alhamduliLlah menerima hidayah daripada Allah SWT
dan akhirnya kini memeluk Islam. Dan tidak sedikit di kalangan mereka
yg kini menghabiskan masa dan tenaga berdakwah pula di bawah panji
syiar Islam kepada golongan non-Muslim di luar sana? Cuba kita fikir
sejenak, sewaktu mereka masih Kristian, sudah tentu banyak kali juga
mereka meminum air Holy Water ini? Tapi hasilnya.. ? Bukankah kini
mereka dengan selamatnya telah bergelar seorang Muslim ? Air Holy
Water bukanlah suatu halangan dan tidak berupaya menjadi pengekang
lidah untuk mengucapkan kalimah syahadah.

Kenapa juga tidak sahaja orang Kristian yg dilihat begitu bersungguh-
sungguh dalam usaha missionarynya itu bertindak menuangkan air Holy
Water misalnya ke dalam sungai Arab, supaya senang seluruh
semenanjung Arab kelu lidahnya untuk mengucapkan kalimah Allah SWT ?

Dan akhir sekali kita perlu sentiasa sedar, bahawa masakan aqidah
kita, keimanan kita terhadap Allah SWT, Iman dan Islam ; boleh
tergugat dan terjejas hanya kerana air - Holy Water ? Aqidah umat
Islam adalah sesuatu yg berharga dan menjadi tiket menentukan kita ke
syurga atau ke neraka kelak. Masakan aspek sepenting ini, boleh
diganggu gugat oleh air semata-mata? Adakah ukuran keimanan kita,
darjat ketaqwaan dan nilai amal kita kepada Allah SWT mampu
dirosakkan oleh AIR JAMPI PADERI ?

Dalam syariat Islam juga, terdapat suatu kemaafan kepada golongan yg
melakukan sesuatu kesilapan secara tidak sengaja. Dalilnya :

 Di dalam Sahih Muslim dari Ibnu 'Abbas diriwayatkan
bahawa Nabi saw bersabda:

Apabila turun ayat 'Wahai Tuhan kami janganlah engkau mengambil kira
apa-apa yang kami lakukan kerana kelupaan atau kesilapan' maka Allah
SWT berfirman: Telah aku perkenankan." [sahih muslim 1/81]

 Nabi saw juga bersabda:

"Dimaafkan buat ummatku kesilapan dan kelupaan."
[sahih, irwaa' al ghaliil 1/123]


Maka, bagaimana pula dengan isu Holy Water ini? Siapa yg sanggup
meminumnya melainkan jika berlaku tanpa kerelaan dan hasil daripada
suatu ketidaksengajaan ? Dan adakah kerana ketidaksengajaan itu, maka
perlu dibayar pula dengan Aqidah ? Adakah begitu murah nilai sebuah
aqidah ?

**********

Kesimpulannya, dakwaan terhadap bahaya dan kesan Holy Water itu
adalah merupakan suatu dakwaan yg tidak benar, tidak berasas,
mengarut, tiada dalil, malah berubah pula menjadi suatu fitnah
terhadap agama Kristian itu sendiri. Tidak ada kebaikan melainkan
hanya menakut-nakutkan umat Islam itu sendiri.

Segala salah dan silap harap dimaafkan. Sila sebarkan kepada org
ramai. Mudah-mudahan bermanfaat

Sekian

Wan 'G'






Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the 
posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the 
contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke