Presiden PAS ajak rakyat Sabah buat perubahan politik sekali lagi
Thursday, April 21 @ 09:00:09 MYT


Oleh SAHAR ABD AMAJID
KOTA KINABALU, 21 April (Hrkh) – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat Sabah melakukan perubahan politik di negeri itu pada masa akan datang bagi memastikan mereka mendapat hak dan pembelaan sewajarnya.

Katanya, rakyat Sabah telah berpengalaman melakukan perubahan kepimpinan politik bermula zaman pemerintahan Usno, Berjaya, PBS dan Umno sekarang ini.

“Rakyat sudah berpengalaman dan tentunya boleh menilai pemerintaahan yang ada dan inilah masa terbaik bagi mereka melakukan perubahan itu,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bilik Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang kelmarin setelah menamatkan lawatan tiga hari di Sabah.

Katanya, penduduk tempatan Sabah sudah tidak asing lagi dengan PAS khusnya di kalangan generasi mudanya "maka kita tidak menghadapi sebarang masalah dalam perkara ini."

Ustaz Abdul Hadi menambah, Sabah adalah antara negeri yang kaya di negara ini kerana memiliki sumber asli yang banyak seperti kayu balak, petroleum, tembaga dan seumpamanya namu rakyat terus dicengkam dengan kemiskinan dan kemunduran.

Sepatutnya tambah Ustaz Hadi, kekayaan yang banyak ini telah lama dinikmati oleh rakyat dan bukan lagi terus berada dalam keadan seperti yang ada sekarang ini jika kepimpinan negeri bijak dan jujur untuk mengagihkan kekayaan itu secara adil kepada rakyat.

“Saya mengambil contoh Kelantan dan Terengganu yang diperintah oleh PAS telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat melalui dasar yang adil kepada semua tanpa mengira agama dan latar belakang politik walaupun kita menghadapi pelbagai tekanan dan asakan daripada segena penjuru," katanyta.

Bagi Terengganu katanya, walaupun hanya dapat memerintah negeri itu empat tahun lebih, tetapi PAS dapat melaksanakan banyak perubahan dasar negeri seperti penghapusan cukai pintu perlaksanaan dasar Islam dan seumpamanya telah memberi keselesaan kepada rakyat berbanding empat puluh tahun BN memerintah sebelum itu.

“Dan kekalahan PAS dalam pilihan raya lalu pun bukanlah disebabkan oleh rakyat menolak PAS tetapi penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh BN dan pihak Suruhanjya Pilihanraya (SPR) sendiri. Dalam pada itu undi PAS meningkat sehingga tiga peratus di negeri itu,” ujar beliau.

Menjawab soalan dari wartawan mengenai kerelevenan PAS di tengah-tengah masyarakat Sabah yang berbilang bangsa dan agama, beliau berkata PAS tidak menghadapi sebarang masalah kerana PAS telah membuktikannya di Semenanjung khasnya di Kelantan dan terengganu.

“Kita tidak menghadapi masalah, kerana kita telah buktikannya di Kelantan dan Terengganu, kaum Cina, India dan Orang Asli memberi sokongan kepada PAS dan hubungan kita dengan mereka cukup baik. Sabah pun juga demikian,” ujarnya lagi.

Demokrasi sakit dan kurus

Cuma apa yang PAS mahu, kata Ustaz Abdul Hadi ialah demokrasi di negara harus dipulihkan bukan sahaja dalam pilihanraya tetapi juga pendemokrasian dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan kebebasan akhbar untuk kepentingan rakyat di negara ini.

Katanya lagi, yang menjadi masalah besar hari ini ialah peranan media yang berat sebelah dan hanya berpihak kepada parti pemerintah dan tidak melaporkan kebaikan yang dilakukan oleh parti pembangkang seperti PAS.

“Mereka juga sengaja memburuk-burukkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas kepada pembangkang untuk menjauhkan orang bukan Islam untuk menyokong PAS. Dan pihak PAS pula tidak diberi laluan untuk memberikan penerangan dan jawaban.

“Demokrasi hari ini bukan sahaja sakit tetapi telah menjadi kurus," kata ustaz Hadi.

Sepatutnya kata beliau lagi, pimpinan kerajaan Malaysia wajar mencontohi amalan demokrasi di negara-negara lain di barat termasuk negara Asia seperti Indonesia yang memberikan laluan kepada parti pembangkang untuk menyampaikan mesej mereka, tetapi di Malaysia tidak demikian.

Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi turut berasa gembira apabila melihat sokongan terhadap PAS di Sabah semangkin meningkat terutama dari golongan generasi mudanya.

Beliau meletakkan keyakinan bahawa rakyat Sabah dapat bersama PAS dan Barisan Alternatif (BA) dalam melakukan perubahan itu.

Bagi Ustaz Hadi, kujungannya ke Sabah kali ini benar-benar dapat memberi gambaran jelas terhadap keupayaan PAS bersama BA dan sokongan rakyat taerhadap parti itu yang begitu memberangsangkan untuk perubahan yang lebih meyakinkan pada masa akan datang.

- SAM/zs

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke