Kebaya nyonya: Kenyataan Abdul Rahman dibidas
Saturday, May 07 @ 14:01:41 MYT


Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Kamal Ashari menyelar kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat, Abdul Rahman Palil bahawa pakaian kebaya nyonya dapat membantu menerapkan mengembalikan unsur budaya dalam diri anak muda yang kian ditelan zaman.

Menurut beliau, pakaian kebaya nyonya itu jelas tidak sesuai dipakai kerana pakaian itu mengikut bentuk badan dan ia bertentangan dengan hukum syarak yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan sunnah.

Beliau berkata, Abdul Rahman tidak boleh membuat kenyataan secara umum kecuali jika beliau mengatakan kebaya nyonya sesuai dipakai oleh para isteri untuk pandangan suami ketika di rumah.

Abdul Rahman berkata demikian ketika merasmikan jamuan Hi-Tea Semakin Hari Semakin Sayang Kebaya Nyonya di Klang, kelmarin.

Mengulas kenyataan tersebut, Kamal yang baru memegang jawatan Timbalan Ketua mempersoalkan mengapa perlu memisahkan budaya dengan ajaran Islam, bukankah pakaian kebaya nyonya itu tidak menutup aurat.

"Tidak sesuai seorang Exco agama bercakap berkenaan dengan kebaya nyonya yang jelas bercanggah dengan hukum Islam,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Sementara itu Ketua Amal Nisa' Pusat, Mastura Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily berharap, Abdul Rahman dapat membuat kajian terlebih dahulu sebelum memperkenalkan kebaya nyonya dapat membantu menerapkan unsur budaya dalam diri anak-anak remaja.

"Abdul Rahman perlu membuat definisi pakaian wanita Islam yang dituntut dalam Islam supaya ia sesuai dengan konsep Islam Hadhari sebagaimana yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Selepas membuat definasi beliau boleh membuat perbandingan dengan cara pakaian wanita Islam yang dituntut dalam Islam,"katanya. - mks.


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke